Relak Minda Dirantau Seberang

Politik Malaysia kini menjadi suatu politik yang amat gila.Penuh keserabutan, berkecelamok.Tiada parti yang tiada bermasaalah,tiada bercakaran.

Adakala elok kita relakkan minda dengan melarikan diri jauh dari manusia manusia gila ini.Carilah sesuatu yang nyaman.Berjalanlah,berjalan menambahkan pengalaman.Meluaskan pandangan dan pemikiran. http://jom lawat tempat orang
Paparan perjalanan lokasi lokasi yang bolih menenangkan fikiran

Catatan Konpirasi

Ucapan Sultan Azlan Shah Tahun 1980 “Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya” – Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980



Beruk Baca Utusan

Beruk Baca Utusan
Terdapat ralat dalam alat ini

Rabu, 8 Januari 2014

DAKJ-WAJIB TEGUR JIKA MAHU EKONOMI SELAMAT

Dato'
Hehehe,bersunggoh beberapa orang yang "pakar" dalam ekonomi mempertahankan apa yang telah Najib lakukan.Berbagai istilah ekonomi digunakan untuk menjadikan apa yang dilakukan olih Najib atas nasihat semua penasihatnya wajib diterima.
Kepada semua penasihat dan pakar itu,kami rakyat jelata sekadar mahu berkata "Lantaklah apa yang kamu buat,asalkan apa yang dibuat tidak membebankan rakyat".

Mungkin pakar pakar ini tertidur dalam bilik berhawa econ hingga tidak sempat melihat apa yang rakyat hadapi.Pakar pakar yang gajinya berpuloh ribu ringgit ini tidak berada dipasar,supermarket malah dipasar malam untuk mengetahui berapa yang rakyat belanja pada Jan 2014 berbanding dengan Januri 2013.
Untuk musim persekolahan anak anak mereka hanya dihantar olih orang gaji yang tak perlu bawa duit dan apa apa kerana yuran yang seolah kacang saja bagi mereka telah dilunaskan.
Maaf saya perlu berbahasa dengan sedikit bahasa yang tidak indah didengar."Hoi,yang diuruskan ini adalah sebuah kerajaan yang lahirnya dari sebuah pilihanraya.So dengarlah suara rakyat kerana yang merasanya adalah rakyat.Ini bukan sebuah syarikat hak milik keluarga yang jikanya ia bangkrup hanya keluarga itu yang bangkrup".
Walaupun tidak cerdik,bukanlah bodoh sangat untuk bertanya:Jika sebelum ini ekonomi diuruskan dengan baik,kenapa perlu menjual aset.Tidak cukupkah hasil negara dalam pelbagai bentuk?.Pernahkah pakar pakar ini dengar kata kata pakar kerajaan hutang yang meningkat kerana pihak yang bagi hutang percaya kita bolih bayar hutang".Malaun punya jawaban.Jika ada duit,untuk apa kita berhutang.
Untuk Dato' dan yang memahami erti kehidupan rakyat-Wassalam

DAKJ-WAJIB KRITIKAL JIKA MAHU EKONOMI SELAMAT
LINK

MUTAKHIR - 8 Jan - Berikut adalah jawapan Sdr HishamH pemilik blog Economics Malaysia.

Hafiz is correct, you've misrepresented what I've posted. The excerpts from my blog post come from YB Rafizi Ramli, not myself (links to his blog are provided in the post). Perhaps I wasn't as clear as I should have been, but in no way do I agree with Rafizi's analysis or conclusions.”

Jawapan penuh beliau dalam ruang komen. Saya ambil maklum dan mohon maaf kepada beliau, kepada pembahas dan pengunjung. Terima kasih.

 POSTING ASAL

ADA pembahas yang mengherdik saya kerana mengkritik Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, mengenai pengurusan ekonomi tetapi tidak memberi nasihat dan tunjuk ajar.

Saya rasa pembahas berkenaan tidak terbaca "nasihat" saya yang berjela-jela kepada Mohd Najib dan kerajaan melalui blog ini dan dalam tulisan saya di tempat-tempat lain berkaitan pengurusan ekonomi, mata wang, percukaian dan sebagainya.

Kadang-kadang, bila kita membincangkan isu ekonomi, banyak orang tidak peduli atau mudah bosan.  Tetapi kalau kita tidak bincang, mereka kata kita hanya pandai kritik.

Sejak tahun 2006 lagi, apabila kerajaan Abdullah Ahmad Badawi membuat potongan drastik subsidi petroliam sehingga menyebabkan harga minyak dan gas naik mendadak dan dengannya harga barang dan perkhidmatan, saya menulis beberapa buah rencana mengingatkan kerajaan mengenai kesan buruk tindakan itu dan bagaimana mengurangkan beban pengguna.

Pada 28 Februari 2006 saya menyiarkan dalam blog ini rencana bertajuk “Mengatasi Beban Kenaikan Harga Minyak” (kalau berminat baca arkib ini.)

Bukan tugas saya memberi tunjuk ajar terperinci kepada kerajaan mengenai pengurusan ekonomi. Itu tugas kementerian, jabatan, agensi dan para penasihat Perdana Menteri yang sangat ramai, hebat dan tersohor.

Tugas saya adalah memberi maklum balas dan membuat kritikan. Malangnya ada pihak menganggap kritikan sebagai penentangannya. Inilah akibatnya apabila masyarakat tidak berfikiran kritis ditambah pula oleh sikap partisan yang melampau.

Saya berulang kali berkata subsidi tidak lestari (unsustainable), mengherotbenyotkan (distort) ekonomi dan menyebabkan pergantungan terhadap kerajaan.

Tetapi saya mempertikaikan cara kerajaan, khasnya pada zaman Abdullah dan Mohd Najib, menguruskan subsidi, memantau dan mengawal kenaikan harga, mengagihkan penjimatan subsidi dan mengurangkan pembaziran sumber kewangan negara.

Tidak Cekap Urus Kewangan

Saya menuduh pentadbiran Abdullah dan Mohd Najib boros dan cemerkap menguruskan kewangan negara dan tidak sensitif terhadap perasaan rakyat jelata.

Ketika rakyat dilanda banjir, Abdullah sibuk ke Perth, Australia untuk merasmikan pembukaan kedai makan. Beliau pulang sebentar menjenguk mangsa banjir di Johor dan terbang semula ke luar negara.

Mohd Najib pula dua tahun berturut-turut bercuti di luar negara ketika tahun baru dan kali ini, pada saat tahun baru menjanjikan khabar buruk kepada rakyat jelata akibat dasar beliau memansuhkan  dan mengurangkan subsidi secara serentak.

Apakah salah saya dan sesiapa juga menegur dan mengkritik Mohd Najib dan para penasihat beliau yang bernilai berbilion ringgit itu?

Adakah beliau raja berkuasa mutlak yang tidak boleh disentuh barang sedikit pun?

Atau adakah dia keramat hidup yang bebas daripada segala bentuk kesilapan?

Mohd Najib dan kerajaannya wujud kerana rakyat jelata yang memilih mereka. Lagipun bukan rakyat jelata yang berjanji dan berikrar tidak menaikkan harga malah mengurangkannya. Yang berjanji tidak menaikkan harga adalah Mohd Najib dan para perancang Bilik Perang pilihan raya beliau. Sekarang siapa yang mungkir?

Ada Masalah Lain Selain Subsidi

Sebenarnya, bukan subsidi dan kenaikan harga saja yang wajar kita bahaskan. Banyak lagi isu yang bercanggah dengan dakwaan yang diuar-uarkan melalui media arus perdana.

Contohnya nilai ringgit yang terus merosot berbanding dengan dolar Amerika dan mata wang utama lain sedangkan ekonomi kita lebih kukuh daripada ekonomi Amerika.

Kenapa defisit belanjawan dan hutang negara semakin meruncing sedangkan kita dilambakkan dengan berita bahawa ekonomi kita mantap, hasil kerajaan meningkat dan pengurusan kewangan berhemah?

Tetapi adakah orang yang mengherdik saya kerana mempertikaikan pengurusan ekonomi Mohd Najib sedar bahawa ada rancangan untuk menjual aset negara bagi mengatasi masalah kewangan kerajaan?

Ini bukan cerita khayalan rekaan saya. Bukan fitnah. Ini adalah kata Bank Dunia yang kita menjadi anggotanya. Saya ambil ringkasan dari “Malaysia Economic Monitor: December 2013” ( muka surat 10) seperti berikut:

“… the government reaffirmed its headline deficit target for 2013 (4.0% of GDP vs 4.5% in 2012). This target will be achieved through additional tax revenues (Figure 13). Of the additional RM11.8 billion in revenues expected to be raised compared to budgeted estimates, RM7.4 billion originated from non-tax sources, including RM1.4 billion of proceeds from asset sales and RM4.2 billion from the securitization of government mortgages…” 

Ringkasnya Pentadbiran Mohd Najib telah, sedang atau akan menjual harta negara dan mengubah gadaian kerajaan menjadi saham untuk dijual kepada orang ramai bagi menampung defisit belanjawan. Perniagaan "derivatives" macam inilah yang membawa kepada krisis kewangan dunia pada tahun 2008 dan 2009.

Blog ekonomi “Economics Malaysia” dalam rencana bertajuk “Debt, Deficits, and Government Assets” pada 26 Disember 2013, antara lain mengulas:

“Ini adalah pendedahan yang cukup mengejutkan kerana pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak sudah sampai ke peringkat menjual aset negara dan mencagarkan harta-harta negara (melalui securitization of government mortgages) untuk menampung keborosan dan pembaziran kerajaannya.”

Pemilik blog itu menambah:

“Saya syak rancangan menjual aset negara ini telah pun berlaku kerana ia bertujuan mencapai sasaran defisit 4% bagi 2013 yang sebenarnya telah gagal. Ini bermakna, harta-harta negara ini telah pun dijual dan digadai supaya hasilnya itu diperolehi dalam tahun 2013 untuk menutup jurang pendapatan dan perbelanjaan negara….” (Baca di sini).

Pendek kata, masalah kita sebenarnya tidak terhad kepada kesan-kesan negatif rasionalisasi subsidi sahaja. Ada banyak isu dan masalah lagi yang membimbangkan. Kita perlu terus bertanya, menegur dan mengkritik.

Tetapi kalau ada orang yang berasa itu salah kerana mereka terlalu sayangkan Perdana Menteri, saya rasa tidak perlulah kita bersusah payah mengadakan pilihan raya untuk memilih kerajaan. Kita hapuskan demokrasi dan lantik saja kerajaan yang ada sekarang  sebagai pemerintah seumur hidup. Habis cerita. Wallahuaklam.

SATURDAY, JANUARY 04, 2014

Tiada ulasan: