Relak Minda Dirantau Seberang

Politik Malaysia kini menjadi suatu politik yang amat gila.Penuh keserabutan, berkecelamok.Tiada parti yang tiada bermasaalah,tiada bercakaran.

Adakala elok kita relakkan minda dengan melarikan diri jauh dari manusia manusia gila ini.Carilah sesuatu yang nyaman.Berjalanlah,berjalan menambahkan pengalaman.Meluaskan pandangan dan pemikiran. http://jom lawat tempat orang
Paparan perjalanan lokasi lokasi yang bolih menenangkan fikiran

Catatan Konpirasi

Ucapan Sultan Azlan Shah Tahun 1980 “Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya” – Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980



Beruk Baca Utusan

Beruk Baca Utusan
Terdapat ralat dalam alat ini

Jumaat, 22 November 2013

Tranformasi Kedai Kopi

Tajuk asal DAKJ :YB Shahidan-Siapa labur siapa lebur

A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]


KALAU laporan media atas talian (online) tepat, maka bolehlah saya membuat kesimpulan iaitu Menteri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Shahidan Kassim, telah mencabar wartawan agar menjadi agen penggalak pelaburan.

Saya rasa, wartawan dan media massa sudah pun memainkan perasan itu. Bukanlah laporan positif media massa tempatan selama ini telah membantu meyakinkan pelabur dalam dan luar untuk menanam modal di negara kita?

Itulah peranan wartawan – menulis berita dan bukan menjadi wakil negara untuk menarik masuk modal asing.

Lagipun, mana ada wartawan yang ada jet peribadi atau boleh guna jet eksekutif milik negara untuk ke sana sini menggalakkan pelaburan?

Tumpang sekali sekala tu ada lah. Itu pun kalau Perdana Menteri atau menteri ajak.

 

Rakyat Susah Nak Percaya. Tahun 2007 Pak Lah nafi beli pesawat ini dengan harga AS$55 juta. Sekarang terpampang depan mata.



Shahidan yang jaga hal ehwal Parlimen, antara lain, telah dipetik sebagai berkata kepada wartawan: “Jika kamu seorang yang baik, kamu akan membawa pelabur ke sini. Kamu telah mencipta banyak kebencian terhadapnya.”

Terhadapnya dalam konteks kenyataan Shahidan itu merujuk kepada isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor.

Rosmah sekali lagi bermandi cahaya lampu limpah apabila beliau menggunakan jet eksekutif kerajaan untuk menghadiri persidangan tidak rasmi di Qatar baru-baru ini.

Label tidak rasmi itu datangnya daripada MP Pengerang, Azalina Othman, yang khabarnya turut sama dalam rombongan isteri PM itu.

Kontroversi jet eksekutif itu berlaku hanya beberapa hari setelah Parlimen dimaklumkan yang penggunaan pesawat milik negara oleh pemimpin politik dan pembesar tahun lalu menelan RM182 juta duit negara tahun lalu.

Pada mulanya Shahidan memberitahu Parlimen yang Kabinet membenarkan Rosmah menggunakan pesawat itu.

Kemudian semalam dia berkata pula bahawa mesyuarat Kabinet yang memberi izin kepada Rosmah menggunakan pesawat itu dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Mohd Yassin.

Shahidan dilaporkan sebagai berkata bahawa penampilan negatif media baru terhadap Rosmah boleh menyebabkan pelabur tidak mahu datang ke negara kita.

Katanya: “Maafkan saya, awak tidak berlaku adil kepadanya. Jika kamu seorang yang baik, kamu akan membawa pelabur ke sini. Kamu telah mencipta banyak kebencian terhadapnya. Pelabur akan takut untuk datang ke sini.”

Beliau menambah: “Beliau (Rosmah) telah membina negara ini.”

Kita boleh bahas hal ini sebab itulah demokrasi, ketelusan, keterangkuman dan rakyat didahulukan.

Shahidan boleh mempertahankan Rosmah dan pembangkang boleh mempertikaikannya atas prinsip sekatan dan imbangan (check and balance).

Dengan perwakilan yang lebih besar dalam Dewan Rakyat, pembangkang akan dikutuk dan dianggap gagal sekiranya tidak bersuara.

Kita rakyat jelata pun boleh berbahas, membuat andaian dan kesimpulan. Kita wajib bersuara kerana ini negara kita dan duit yang kerajaan belanjakan adalah duit kita.

Janganlah terlalu gundah gulana. Tidak sampai lima tahun dari sekarang kita boleh pangkah semula, insya-Allah. Cuma yang kita takut adalah dalam jangka masa itu banyak yang dipelekuh. Wallahualam.

Tiada ulasan: