Relak Minda Dirantau Seberang

Politik Malaysia kini menjadi suatu politik yang amat gila.Penuh keserabutan, berkecelamok.Tiada parti yang tiada bermasaalah,tiada bercakaran.

Adakala elok kita relakkan minda dengan melarikan diri jauh dari manusia manusia gila ini.Carilah sesuatu yang nyaman.Berjalanlah,berjalan menambahkan pengalaman.Meluaskan pandangan dan pemikiran. http://jom lawat tempat orang
Paparan perjalanan lokasi lokasi yang bolih menenangkan fikiran

Catatan Konpirasi

Ucapan Sultan Azlan Shah Tahun 1980 “Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya” – Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980



Beruk Baca Utusan

Beruk Baca Utusan

Jumaat, 3 Februari 2012

-Imbas Kembali-MB Kedah Bersama Rakan Media Baru

Catatan asal 04/10/2011-BOLD adalah pandangan lanjutan terbaharu aku

Dulu sewaktu catatan ini aku buat tidak pernah terfikir aku akan memanggil semula dengan beberapa catatan tambahan.Tetapi melihat gelagat yang bertahap degil @ ketegak ala Hassan Ali ,dengan keegoan yang bolih menghancur PAS keseluruhan ,aku perturunkan semula apa yang aku dapat dari majlis yang aku hadir itu .

Dibawah adalah catatan yang pernah aku keluarkan.
*****************************************************************************
Kelmarin 03/10/2011- Ditengah hujan lebat aku bertolak dari rumah lk jam 6.40 petang.Mulanya ,bila tengok keadaan cuaca macam tak mau pi majlis ni.Dalam hati terpikiak juga kalau pi pun bukan ada faedah sangat.Tapi dah jadi stail aku kalau janji aku akan buat.Bukan janji dengan siapa siapa pun,setakat janji dengan catatan FB bahawa aku akan atend dalam kolum nak hadir atau tidak.Kerana aku janji nak pi,maka pi lah aku walaupun tengah hujan lebat.

Sewaktu dalam majlis dan waktu dalam perjalanan balik aku terpikiak elok juga aku ada dalam majlis ni.Sekurang kurangnya dengan hadir ke majlis ni dapatlah aku buat keputusan :KURANGKAN (atau minimakan)PENGLIBATAN DENGAN CATATAN DALAM FACE BOOK.
Tak pi kemana kalau dok discuss dengan depa depa yang otak telah di programkan untuk berkata betoi bila pemimpin berkata inilah yang betoi,walhal apa yang dikatakan olih pemimpin itu bolih didiscuss lagi.Bagi aku kita atas nama politik Islam ,hendaklah berkata benar walaupun ianya pahit untuk diterima.

Coret coret
1-Kehadiran lebih kurang 300 orang termasuk lebih kurang 20 muslimat yang kebanyakan ikut suami.TAHNIAH TAHNIAH kepada AJK Penganjur Rakan FB MB.Mesra dan sikap menghurmati tetamu(jemputan Rakan FB) perlu di beri kredit.
2-Dr Ismail dan Ustaz Azizan menekan keperluan rakan FB MB berusaha meluaskan skop penyebaran maklumat.Dari ulasan Dr Ismail Salleh ternyata banyak pengguna FB tidak paham bagaimana membentuk rangkaian rakan FB.Ini menyebabkan sesuatu posting "mati "sebagai posting pertama tanpa di share didalam laman FB lain bagi diperluaskan kepada mereka yang tidak menjadi rakan FB posting pertama.
3-60% rakan FB MB adalah gulongan muda,25% golongan pertengahan usia dan 15% golongan berusia.
Berdasar pecahan % inilah aku catatkan( diatas) bahawa apa yang dibahaskan olih rakan FB MB(sama seperti rakan PM Najib) buah fikiran kebanyakan nya adalah lanjutan pemikiran orang dan bukannya pemikirannya sendiri.Mereka ini tidak dapat melihat hujah hujah mereka bolih dipatahkan dengan mudah olih rakan FB (musuh politik)yang punya pengalaman politik yang panjang.
Kerana itu dalam setengah topik,aku lebih suka topik yang bolih memakan diri(merugikan Pakatan) dipendekkan atau di tiadakan.
4-Ucapan MB-dalam keadaan tertentu beliau tidak akan melayan soalan pemberita.Bagi aku inilah "kelebihan" Ustaz Azizan yang ada persamaan pemikiran dengan aku.Lebih baik tidak menjawap jika jawapan itu bolih memberi peluang untuk di manipulasi olih wartawan yang bekerja dengan pihak musuh politik kita.Aku cukup suka dengan jawapan Ustaz Azizan "Hari tu saya dah cakap kan.Berapa kali nak jawap".Nampak keras tapi itulah sepatutnya yang dilakukan.
Dan ini (kini)tidak dilakukan olih Ustaz Azizan terhadap rakan Pakatannya

Cerita kelakuan rakan FB MB macam tak pernah jumpa daging kambing akan dicatat nanti.
Rupanya kebanyakannya yang hadir bukanlah bertujuan untuk bersama MB memantap media IT gagasan MB dan Dr Ismail Salleh,tapi lebih bertujuan untuk membaham dan menghabiskan 9 ekor kambing yang dibakar pada hari itu.(jumlah yang aku katakan berdasarkan catatan dalam FB rakan MB dan berdasar pemerhatian rambang aku).Kerakusan mengambil daging kambing dengan melupakan apakah sunah benarkan ianya dilakukan begitu mengambarkan bahawa apa yang di kuliahkan pada jemaah belum tentu dilakukan olih si ustaznya.Status lebai yang berada di kepala belum tentu melambangkan status ketakwaannya.

*** :MB Kedah cukup OK,cemerlang cuma yang ditugas untuk menyokong pelaksanaannya saja (Rakan FB)yang belum tentu turut cemerlang.

Sorry lah-macam biasa,tarikh tercatit lain,tarikh peristiwa lain-kamera chokia.
Orang tua berbaju putih ,itulah aku.




Tiada ulasan: