Relak Minda Dirantau Seberang

Politik Malaysia kini menjadi suatu politik yang amat gila.Penuh keserabutan, berkecelamok.Tiada parti yang tiada bermasaalah,tiada bercakaran.

Adakala elok kita relakkan minda dengan melarikan diri jauh dari manusia manusia gila ini.Carilah sesuatu yang nyaman.Berjalanlah,berjalan menambahkan pengalaman.Meluaskan pandangan dan pemikiran. http://jom lawat tempat orang
Paparan perjalanan lokasi lokasi yang bolih menenangkan fikiran

Catatan Konpirasi

Ucapan Sultan Azlan Shah Tahun 1980 “Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya” – Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980



Beruk Baca Utusan

Beruk Baca Utusan

Sabtu, 18 Jun 2011

Kembalinya Tarikh Keramat Baling 4 Disember 1974

BILA KU LIHAT GAMBAR INI


bila aku lihat gambar ini
detik detik itu sampai kembali
bila aku lihat gambar ini
selasa 3 disember datang sekali lagi

bila aku lihat gambar ini
muka muka ini
anak anak muda ini
muncul dan muncul lagi

lalu aku teringat dataran satera
lalu aku teringat dewan tunku chancelor
lalu aku teringat sudut pidato
lalu aku teringat janji dan cita cita
lalu aku teringat pekikan ke jalan raya

dimana kau sekarang?
dimana kau sekarang?

aku tahu kau tidak akan lupa
pada janji 3 disember
kepada setiakawan ikatan kita
kepada tani dan buruh

dan

dengarkan sekali lagi
tiupan seruling internationale

hidup ini satu perjalanan
bagitu jauh kita telah berjalan
lalu kita kembali sekali lagi ke padang ini
lalu kita kembali ke jalan raya yang ini

kali ini aku tidak bersuara dari sudut pidato
yang dulu aku meminta kau pegang tangan kekaseh
dan heret bersama ke dataran merdeka
yang dulu aku meminta kau tinggalkan kuliah sejarah
untuk kita membuat sejarah

kali ini aku meminta kau turun sekali lagi
aku yakin kau telah kebal
aku yakin kau telah jadi lebih berani

dulu kau ke jalan raya
bersama kawan dan kekaseh
hari ini aku mahu kau terus berbangga
walau rambut telah beruban
walau perut sadikit gendut
aku tahu hati kau masih setia
pada janji 3 disember

kali ini
kau turunlah ke jalan raya
kau datang lah bersama anak cucu dan bini

wahai anak muda
anak anak muda yang gambarnya
sedang aku lihat ini
jika kau membaca surat aku ini
jika kau masih lagi bersetia
jika kau bukan pembelot durjana
kita akan bertemu sekali lagi
seperti 3 disember dulu
ditempat yang sama
di waktu yang sama
aku menunggu kau di sana

seperti janji janji yang kita janjikan
kita kotakan janji kita yang lalu

tidak ada lagi apa yang perlu kita takutkan
datanglah seribu saitan
datanglah seribu ugutan
kita tidak berganjak
dari mara ke depan

Tiada ulasan: