Relak Minda Dirantau Seberang

Politik Malaysia kini menjadi suatu politik yang amat gila.Penuh keserabutan, berkecelamok.Tiada parti yang tiada bermasaalah,tiada bercakaran.

Adakala elok kita relakkan minda dengan melarikan diri jauh dari manusia manusia gila ini.Carilah sesuatu yang nyaman.Berjalanlah,berjalan menambahkan pengalaman.Meluaskan pandangan dan pemikiran. http://jom lawat tempat orang
Paparan perjalanan lokasi lokasi yang bolih menenangkan fikiran

Catatan Konpirasi

Ucapan Sultan Azlan Shah Tahun 1980 “Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya” – Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980



Beruk Baca Utusan

Beruk Baca Utusan

Sabtu, 7 Mei 2011

Yayasan Amal Malaysia

Satu Dekad Mencurah Bakti

DIAM tidak diam Yayasan Amal Malaysia telah berusia 10 tahun. Dalam waktu satu dekad itu yayasan ini telah melangkaui hampir seluruh benua dalam mencurahkan khidmat bakti membantu mereka yang tidak bernasib baik dan memerlukannya. Tanpa riuh randah dan hebahan Yayasan Amal Malaysia selalu membawa delegasi ke serata lokasi di mana saja manusia yang memerlukan pertolongan dan bantuan kemanusiaan.



Berbunyi saja loceng kecemas di mana saja, delegasi Yayasan Amal Malaysia akan bergegas dengan penuh kesedaran dan keinsafan atas amanah bergerak untuk memberi bantuan.

Dalam tempoh itu Yayasan Amal Malaysia telah mengibarkan bendera kemanusiaan Malaysia ke Kwan Yen, Cina di Timur Kharton dan Kassala di Shara, Afrika. Pengembaraan amal yayasan ini bukan saja berhenti di situ, mereka sedang membuat persiapan untuk menghantar misi kemanusiaan jauh ke Timur, di Jepun dan jauh ke Barat di Benghaji di Tripoli Libya.

Paling merujakan kadang kala ketibaan para sukarelawan Yayasan ini di lokasi-lokasi di mana manusia memerlukan bantuan medahului dari NGO yang lebih besar dan bertenaga dari mereka. Inilah kepantasan dan semangat yang ada kepada sukarelawan yayasan ini. Mereka bergerak tanpa mengira sempadan dunia dan memberi bantuan tanpa melihat warna kulit, agama dan fahaman politik.

Saya sendiri penah dua kali terserempak dengan delegasi yayasan ini. Pertama sewaktu berlakunya tsunami di Aceh pada tahun 2004 dan ketika gempa bumi di Yogjakarta, Indonesia dua tahun kemudian.

Semasa di Yogjarkata saya sungguh kagum melihat penglibatan para delegasinya. Mereka bukan saja menyediakan bantuan kemanusiaan seperti makan dan minum serta pakaian tetapi juga turut membawa para medic dan beberapa orang doktor membantu memberi rawatan kepada mangsa.

Demikian juga penglibatan mereka di Aceh. Bantuan mereka bukan saja terhenti selepas beberapa tahun selepas tsunami itu tetapi batuan kemanusiaan itu berterusan sampai kini. Yayasan Amal Malaysia masih meberi peduli kepada nasib rakyat Aceh yang membutuhkan bantuan ekoran tragedi berkenaan. Untuk itu yayasan berkenaan juga telah membangunkan sebuah rumah kebajikan untuk anak-anak yatim di mana seluruh kos perbelanjaannya ditanggung atau diusahakan oleh yayasan berkenaan.

Seperti dikatakan tadi penglibatan Yayasan Amalan Malaysia dalam memberi bantuan kemnanusiaan bukan saja terhadap di rantau Asia sahaja, tetapi seluruh dunia. Di mana saja ada bencana dan kecelakaan alam, di mana saja ada manusia yang memerlukan bantuan, yayasan ini dengan segala kudratnya akan bergegas, melaksanakan misi tanggungjawab dan amal mereka seperti mana dituntut oleh agama.

Sesuatu yang paling manis buat yayasan ini, rombongan mereka juga turut sama terlibat dalam membawa bantuan makanan dan perubatan ke Gaza bersama kapal Mavi Marvara yang ditahan oleh Isreal. Orang kuat yayasan ini sendiri Jamaludin Elias hampir-hampir kehilangan nyawa apabila kapal dinaiki itu ditahan dan ditembak oleh askar Israel serta menyaksi sendiri akan kekejaman Israel dalam menindas rakyat Palestin.



Pagi tadi telah berlangusng mesyuarat agung perwakikan dwi tahunan yayasan berkenaan bertempat di Pusat Dakwah Serantau di Sungai Merab, Bangi Selangor. Sesungguhnya kalau saya tidak hadir ke mesyuarat berkenaan saya tidak tahu akan keupayaan dan juga segala aktiviti yayasan bekenaan. Terkejut juga saya kerana yayasan berkenaan disokong oleh beberapa wakil rakyat, antaranya Dr Rani Othman, Dr Halimah Ali Abdullah, Mohd Zaki Ibrahim, bekas Ahli Parlimen Jeli, Apndai Mohamad dan lain-lain.

Lebih 200 orang perwakilan dari seluruh negara hadir pada mesyuarat pagi tadi yang dirasmikan oleh Menteri Besar Selangir Abdul Khalid Ibrahim yang juga penasihat yayasan berkenaan. Penglibatan Khalid dalam yayasan kebajikan ini tidak ramai yang diketahui, di mana beliau dilantik menjadi penasihat sebelum beliau jadi Menteri Besar Selangor.

Segala macam aktiviti yayasan dan penglibatan mereka dalam misi bantuan kemanusiaan dipapar dalam mini pameran kecil di perkarangan pusat dakwah berkenaan sempena mesyuarat itu. Dari situ menyerlahkan akan peranan yayasan ini sebenar bessar dan merka bekerja memberi bantuan kebajikan seolah tidak mahu diketahui orang sesuai dengan sebuah hadith mengatakan, kalau kita hendak melakukan kebaikan biarlah secara diam umpama tangan kanan yang memberi tangan kiri tidak tahu.

Ternyata aspirasi yayasan ini bukan saja menyediakan bantuan kemanusiaan untuk mereka yang melarat ditindas, tetapi yayasan ini juga turut berperanan lebih luas dari itu memainkan peranan sebagai badan dakwah.

Tanpa sesiapa sedari, yayasan ini juga mewujudkan pusat dakwah di mana para anak didiknya terdiri dari saudara baru dari pedalaman Sabah dan Sarawak. Pasukan pelajar petama akan berakhir pada bulan Ogos depan dan kumpulan kedua akan mulai masuk September depan. Begitu mengkagumkan selain daripada pelajar ini dilengkap dengan asas-asas dakwah tetapi mereka juga dibekalkan dengan ilmu untuk mengurus diri berupa asas-asas dalam bidang pertanian.

Sesuai dengan kemajuan yang dicapainya Yayasan Amal Malaysia ini berhasrat untuk memperluaskan bidang pengajian ini dengan waktu ini sedang mengagaskan untuk menubuhkan sebuah bangunan sendiri bagi dijadikan pusat dakwah bekenaan. Tanah seluas empat ekar sudah pun diperolehi dan pembinaan kompeleks bernilai RM10 juta akan bermula bila-bila masa saja.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Yayasan Amal Malaysia. [wm.kl.5:45 pm 07/05/11]
Posted by mso.im at 5:32:00 PM

Tiada ulasan: