Relak Minda Dirantau Seberang

Politik Malaysia kini menjadi suatu politik yang amat gila.Penuh keserabutan, berkecelamok.Tiada parti yang tiada bermasaalah,tiada bercakaran.

Adakala elok kita relakkan minda dengan melarikan diri jauh dari manusia manusia gila ini.Carilah sesuatu yang nyaman.Berjalanlah,berjalan menambahkan pengalaman.Meluaskan pandangan dan pemikiran. http://jom lawat tempat orang
Paparan perjalanan lokasi lokasi yang bolih menenangkan fikiran

Catatan Konpirasi

Ucapan Sultan Azlan Shah Tahun 1980 “Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya” – Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980



Beruk Baca Utusan

Beruk Baca Utusan

Sabtu, 14 Mei 2011

Hikayat UMNO Merbok

Hikayat UMNO Merbok:Intipati permulaan sebagai menyahut serangan dari belakang tembok olih si pengecut pengecut dalam UMNO Bahagian Merbok era 2011.

Menepati dengan slogan UMNO-Dulu kini dan selamanya,jelas apa jua yang dilakukan olih pelaku pelaku aktif dalam UMNO sejak dulu hingga kini adalah sama sahaja.Tidak ada yang basi.Cuma yang bedanya ialah tahap pelakuan nya mengikut kawasan dan mengikut kepala jenderalnya saja.Pandi kutty hanya menurut kaedah yang ditentukan olih para jenderal mereka.
Cerita fitnah,cerita rasuah,cerita tipu,cerita rogol malah cerita bunuh yang biasanya ditonton melalui tayangan padang,pawagam atau tv bukan lagi cerita cerita dalam filem,tetapi telah diterjemah menjadi cerita realiti dalam kelompok juak juak umno.

Ini adalah cerita benar bagaimana UMNO yang ditubuhkan dengan tujuan awal sebagai memegang amanah majoriti orang Melayu untuk mengemudi sebuah negara Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya dengan nama Malaysia menuju kehancuran setelah sampai kepada umur baligh halatuju sebenar manusia,iaitu umur 40an.

Fokus aku adalah UMNO Bahagian Merbok (UBM)dimana aku pernah berada didalamnya.Membaca apa yang berlaku pada UMNO Bahagian Merbok seolah kita membaca apa yang juga terjadi pada bahagian bahagian lain yang berada di seluruh Malaysia.Cuma UBM agak “kerugian” kerana sedikit lambat melibatkan diri dalam aktiviti aktiviti ini.Banyak sekali UMNO bahagian lain yang mendahului UBM melakukannya.Dibandingkan dengan jiran dekatnya,UMNO Bahagian Sungai Petani ternyata ia begitu ketinggalan jauh,10 tahun terkebelakang.Terutama sewaktu UMNO Bahagian Sungai Petani diterajui olih Shuib Lazim,seorang dari team 3 T dengan dibantu olih seorang timbalan yang juga merupakan bekas imam sebuah masjid dan pernah dituduh dengan satu tuduhan yang paling mengaibkan jika dihubungkaitkan dengan jawatan agama yang disandangnya.


Dikala UMNO Bahagian lain sedang memfaraid segala jenis komisyen atas nama projek,pelaku dalam UMNO Merbok masih lagi bolih dianggap orang kampung yang melihat kok tanah merah sebagai agenda utama.Cerita cerita dan cakap cakap,”Pak Ya saja yang elok jadi Ketua Cawangan untuk kali ini dan biak saya sokong dari belakang saja “masih ada.Tolak menolak penerimaan jawatan dalam cawangan dan untuk dicalunkan sebagai AJK bahagian masih ketara dibanyak cawangan.Mesyuarat mesyuarat agong begitu mudah dikendalikan.Rumusannya kalau nak lihat apa yang berlaku dalam mesyuarat UMNO pada ketika itu,lihat lah suasana yang berlaku dalam mesyuarat cawangan PAS pada masa ini.


Si “betul bendol” menjadi mainan si cerdik mula menjalar ke UMNO Bahagian Merbok sebaik sahaja UMNO Merbok dikatakan perlu di matangkan. Anak UMNO local dikatakan tidak layak untuk mewakili rakyat bagi era memandang ke timur.

Ketua Bahagian dan wakil rakyat untuk parlimennya perlu diterbangkan dari KL.Untuk ditunjukkan bahawa anak negeri masih diutamakan,pemulaan percarian kroni yang punya ciri ciri yang bolih memboncetkan perut mereka yang berada di KL perlu dimulakan.Dan era songsang UMNO Bahagian Merbok pun bermula,menuruti jejak jirannya yang telah bermula lama sebelum ini.

Kempen pilahanraya UMNO akan bermula di cawangan cawangan.Tolak ansur memimpin parti yang dulunya menjadi amalan dicawangan mula beransur hilang.Juru juru kempen calun untuk Ketua Bahagian dan Ketua Pemuda mula mengujudkan kem masing masing.Ditengah pekat malam team team akan bergerak ikut arah jadual yang disusun dirumah mereka yang terkanan.Mana mana pemimpin cawangan yang nyenyak tidur akan digerakkan.Seingat aku tidak ada yang pernah menyergah kehadiran juru juru kempen in.Banyak juga yang masih bersantai di beranda rumah sewaktu team team ini tiba.Bayangkan jika kempen bermula pukul 0900 malam dan satu jam diperuntukan untuk bersembang sebelum tajuk utama diperinci,pukul berapa agaknya team team ini melawat rumah yang ke 4 atau ke 5.Tentu hampir pagilah jawapnya.

Jujur aku katakan mereka mereka ini( yang menerima kedatangan)adalah adalah mereka yang masih lagi mengamal cara politik awal orang politik UMNO Bahagian Merbok.Team yang mendatang masih lagi bersembang dengan modal air liur.Belum lagi ujud sampul sampul dibawa bersama.Walhal ada diantara mereka ini sudah pun menjadi balaci dan orang upahan calun Ketua Bahagian,orang koperat dari KL.


Sebelum tokoh tokoh koperat dihantar ke Merbok,politik UMNO hanya diminati orang orang kampong sahaja.Paling tinggi pembelajaan pun hanya beberapa orang guru yang baru mendapat ijazah.Rata rata yang mengusainya adalah penggiat Kemas,guru guru biasa dan beberapa orang pegawai rendah di beberapa jabatan kerajaan.Jesteru jika ada ploitik paling kotor pun hanyalah menghimpun dan menempatkan perwakilan di Mesyuarat Agong UMNO Bahagian di hotel atau dirumah tumpangan sebelum dibawa dengan bas ke lokasi mesyuarat pada hari yang ditentukan.Belum ada jolok sana jolok sini dengan cerita cerita yang BENAR BENAR mengaibkan.Cerita cerita si betina dengan se lelaki berasmara dalam kereta .adalah sikit sikit diperkatakan,tidaklah sampai ahli ahli UMNO bolih dikatakan begitu suci diwaktu itu.(KEMAS dulu kini dan selamanya adalah sama saja)


Penglibatan tokoh koperat KL dalam UBM menarik minat mereka mereka yang mempunyai cita rasa yang sama dengan tokoh tokoh koperat ini.UBM mula dilimpahi olih individu yang punya agenda tersendiri dengan menjadikan individu individu “betul bentul” sebagai orang orang yang bolih diperkudakan.Mereka menjual dengan air liur,tetapi pulangannya jualan masuk kekantung masing masing.


Dari kempen malam hari ,jejak rumah kerumah,mereka mengatur jadual mingguan untuk perjumpaan secara kumpulan dan kelompok.Disinilah juara juara baru akan dperkenalkan.Sudah ada yang bertitle Ex Mejar ATM,ada yang membawa pengenalan Phd bersama dan ada juga yang membawa bersama “business card” sebagai salam pengenalan bahawa merekalah penjuang baru untuk UBM.

Cara kempen bukan lagi sekadar sembang sembang biasa,tetapi lengkap dengan carta dan bahan bukti bagi mengukuhkan percakapan.


**** bersambung-londeh melondeh musuh politik sesame sendiri

Tiada ulasan: