Relak Minda Dirantau Seberang

Politik Malaysia kini menjadi suatu politik yang amat gila.Penuh keserabutan, berkecelamok.Tiada parti yang tiada bermasaalah,tiada bercakaran.

Adakala elok kita relakkan minda dengan melarikan diri jauh dari manusia manusia gila ini.Carilah sesuatu yang nyaman.Berjalanlah,berjalan menambahkan pengalaman.Meluaskan pandangan dan pemikiran. http://jom lawat tempat orang
Paparan perjalanan lokasi lokasi yang bolih menenangkan fikiran

Catatan Konpirasi

Ucapan Sultan Azlan Shah Tahun 1980 “Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya” – Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980



Beruk Baca Utusan

Beruk Baca Utusan

Rabu, 4 Mei 2011

Berani Meliwat,Berani Berzina,Berani Merompak,Tapi Takut Bersumpah?

Kadang kadang cerita logik akal perlu dijawap dengan logik akal juga.
Memasukkan logik dan alasan ugama sudah tidak dapat diterima olih mereka yang tertutup hatinya akibat terlalu banyak air syaitan didalam dirinya-jab sp

Tujuan saya memulakan blog ini ialah kerana saya merasa terpanggil untuk membantu menyelamatkan umat Islam khususnya Melayu daripada menjadi mangsa diperbodohkan oleh agama. Kewujudan konsep sumpah laknat di dalam agama membuatkan saya benar-benar terfikir mengenai kebenaran agama yang kita anuti sekarang. Bagi saya, kalau terdapat satu perkara bodoh pun, ini sudah cukup untuk kita memeriksa keseluruhan sistem kepercayaan tersebut. Sebagai contoh, anda memberi saya satu buku mengenai astrofizik setebal 2000 mukasurat. Tetapi satu mukasurat dalam buku tersebut menceritakan mengenai matahari mengelilingi bumi. Ini sudah cukup untuk saya meragui kandungan 1999 mukasurat yang lain di dalam buku tersebut.

Saya "kagum" bagaimana agama boleh menjadikan manusia bodoh dan tidak menggunakan akal fikiran. Contohnya di dalam isu politik yang hangat di negara kita sekarang, rata-rata orang Islam mengambil serious sumpah laknat. Para mufti, ustaz, ahli politik, jurutera, doktor, pensyarah, pemegang PhD dan golongan berpendidikan yang beragama semuanya menganggap sumpah laknat sebagai cara seseorang penjenayah untuk membuktikan dirinya tidak bersalah. Ini adalah tahap kebodohan gila babi. Alasan ianya ada di dalam agama tidak boleh mengubah hakikat bahawa konsep sumpah laknat untuk membuktikan innocence seseorang adalah satu kebodohan yang gila babi tahap tinggi.

Bayangkan, seseorang itu berani berzina, meliwat, mencuri atau membunuh. Tiba-tiba manusia yang berani melakukan perbuatan ini takut untuk bersumpah pula, bodoh punya kepercayaan ! Jadi kalau tertuduh itu berani bersumpah dengan menggunakan nama Tuhan, ia membuktikan tidak bersalah? Tanggapan mudah oleh hukum agama di sini ialah peliwat, penzina, pencuri takut kepada Tuhan? Macam manakah kita boleh mempunyai tanggapan yang bodoh lagi gila ini? Mereka yang tidak mencuri dan meliwat seperti stand-up comedian di negara Barat pun berani mempersendakan nama Tuhan di atas pentas mereka.

Konsep sumpah laknat akan memberi keuntungan kepada orang jahat dan merugikan orang baik yang benar-benar beriman dan percaya kepada Tuhan. Manusia yang ikhlas dan benar-benar percaya kepada Tuhan akan gementar dan tidak berani menyebut ayat seperti "Tuhan laknatilah aku dan keturunan aku" (walaupun dirinya tidak bersalah). Saya merasa terpanggil untuk menulis mengenai isu ini kerana saya juga tidak berani untuk menggunakan nama Tuhan di dalam sumpah sekiranya tujuan sumpah saya ialah untuk membuktikan kepada manusia lain bahawa saya tidak bersalah, dan dengan sumpah tersebut, maka saya akan mendapat jawatan, harta dan sebagainya. Kalau saya yang jahat dan pernah melakukan bermacam-macam dosa ini tidak berani untuk melafazkan "Tuhan laknatilah aku..." (walaupun saya tidak bersalah), semestinya terdapat manusia lain juga mempunyai perasaan dan pandangan yang serupa dengan saya iaitu takut untuk menggunakan nama Tuhan dengan cara sedemikian.

Dalam kes Anwar Ibrahim, bagaimana sekiranya Anwar Ibrahim tergolong species yang mempunyai pandangan seperti yang saya nyatakan di atas? Iaitu tidak berani menggunakan ayat "Tuhan laknatilah aku dan keluarga.." (walaupun diri beliau tidak bersalah). Lebih-lebih lagi di dalam kes Anwar, beliau adalah ahli politik dan sumpahan beliau semestinya memberi kesan politik. Sudah semestinya beliau akan terasa seperti menyalahgunakan nama Tuhan untuk tujuan politik sekiranya beliau bersumpah.

Pernahkah kita terfikir jika beliau tidak mahu bersumpah kerana sebab-sebab yang saya nyatakan di atas? Ini menunjukkan konsep sumpah laknat untuk membuktikan diri bebas dari kesalahan jenayah adalah bullshit. Ia memberi kelebihan kepada penjenayah dan ketidakadilan untuk orang yang benar-benar percaya kepada Tuhan.

Sumpah Laknat

Tiada ulasan: