Relak Minda Dirantau Seberang

Politik Malaysia kini menjadi suatu politik yang amat gila.Penuh keserabutan, berkecelamok.Tiada parti yang tiada bermasaalah,tiada bercakaran.

Adakala elok kita relakkan minda dengan melarikan diri jauh dari manusia manusia gila ini.Carilah sesuatu yang nyaman.Berjalanlah,berjalan menambahkan pengalaman.Meluaskan pandangan dan pemikiran. http://jom lawat tempat orang
Paparan perjalanan lokasi lokasi yang bolih menenangkan fikiran

Catatan Konpirasi

Ucapan Sultan Azlan Shah Tahun 1980 “Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya” – Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980



Beruk Baca Utusan

Beruk Baca Utusan

Sabtu, 16 April 2011

Ayuh Pakatan-Gerakan Segera BERSIH

PRN Serawak sudah selesai.BN sapu 55 kerusi,Pakatan 15 dan bebas 1.
Malam tadi dan diulang pagi tadi,ada kawan tanya,apa ramalan aku mengenai PRN.
Aku jawap "bungkus" tapi baunya masih bolih di hidu.
Walaupun analisa demi analisa kenyakinan bahawa rakyat Serawak akan berubah,tapi bagi aku ia hanya sekadar catatan rakan blogger.Depa masih tak belajar dari PRK yang lepas,paling tidak Kerdau dan Merlimau.Kenyakinan tanpa menyelami apa maunya orang miskin menyebabkan kita cepat melatah dengan andaian.Depa lupa KEMISKINAN adalah deposit terbaik BN-UMNO.Tambah tambah si dayak dan si iban yang memilik kata putus pada ketua dikalangan kelompoknya yang berada di pendalaman.Melawan mengatasi KEMISKINAN dengan air liur berbanding dengan PBB-BN yang faraid harta negara se maksima mungkin membawa kepada jawapan hari ini.

Sebelum PRN Serawak ada kawan kawan bercakap (kerana terlalu banyak baca blog lah tu)bahawa Najib akan membubarkan parlimen supaya PRU13 dapat diadakan.Aku menjawaplah,TAK ADALAH.Kalau BN menang pun dalam PRN Serawak,Najib masih percaya BN belum mampu melawan kehendak rakyat.PRU13 paling awal pun tahun hadapan. Dulunya,itulah pendapat aku.
Tapi kini aku bersetuju dengan kembali dengan jangkaan depa,bahawa PRU13 akan diadakan pada tahun ini.
Cuma jangkaan aku mungkin berlainan dengan analisa profesor kangkong dan depa yang terlalu pening dengan membaca terlalu banyak analisa.
Pada aku BN (UMNO) belum menemui kekuatan asalnya,sokongan mutlak tanpa apa ganjaran,seperti yang mereka terima pada tahun tahun sebelum 2000 dahulu.
Kekuatan BN-UMNO kini sebenarnya dibantu olih Pakatan,lebih tepat disebut PAS dan PKR.Kedua dua parti ini tahu apa kekurangan BN-UMNO-PBB,tapi semua tindakan depa terus dibiarkankan.
Tanyalah semua pemimpin PAS-PKR,mengapa depa kalah.Jawapannya statik,SPR tidak adil,polis bersama sama BN-UMNO-PBB merampas hak kebebasan bersuara rakyat.Ceramah Pakatan disekat,ceramah BN dikawal dengan escort.Media media menjadi pecacai tidak bermaruah.Itu belum termasuk tuduhan pengundi hantu dan undi pos yang di manipulasikan.
Dengan situasi ini,mustahil bagi PAS-PKR untuk menang dikawasan yang kekuatan mereka 60-40.Walaupun atas kertas mereka telah menang tetapi 20 peratus lagi ditarik balik disaat pengundian dengan tawaran gila gila samada ianya tawaran lumayan semasa berbentuk RM tunai atau tawaran lu tolong gua,gua tolong lu.
Sebenarnya DAP tidak termasuk kedalam golongan ini kerana mereka ada kekuatan 80-20,dan jika 20 peratus menjadi dungu akibat tawaran,mereka masih lagi mampu memenanginya.Kaum cina juga tidak mudah di umpan dengan gua tolong lu kerana depa ada kekuatan RM yang tersendiri,selain kedudukan depa dalam bandar yang "mewajibkan" mahu tidak mahu projek perlu dilaksanakan.
Cakap cakap bahawa tycoon Cina menyokong BN dan dalam masa yang sama menyalur bantuan berganda kepada DAP berbanding apa yang diterima olih BN mungkin ada benarnya.Itulah sikap komuniti Cina,bersepadu dan bersatu bersama pemimpin persatuan kelompoknya.

So dengan huraian yang agak panjang ini,apakah yang aku nak kata.
Merapu panjang pun tak guna,cuma aku terus berpendapat:
INILAH AKIBAT HAMPA (PAKATAN) MEMBIARKAN BERSIH diperjuangan olih NGO tanpa hampa menyalur bantuan KEKUATAN AHLI.Selagi agenda BERSIH belum terlaksana,100 tahun pun impian hampa untuk ke Putrajaya akan tinggal sebagai hanya impian.

Najib tahu hal ini.Dia benar benar tahu.Jika ditangguhkan PRU13,BERSIH mungkin akan digerak semua.Bila BERSIH digerakkan,mampuslah BN kali ini.

Diwaktu ramai pemimpin Pakatan melaungkan amaran bahawa apa yang terjadi di Mesir,Tunisia dan dibeberapa lagi negara timur tengah akan merebak ke Malaysia,Najib amat tahu perkara ini tidak berlaku.
Seperti kata RPK,gerakan menuntut perubahan di negara timur tengah berlainan sama sekali dengan gerakan menuntut perubahan di Malaysia.Disana ,rakyat yang mahu,tetapi di Malaysia kelompok politik yang mahukannya yang hala tujunya adalah kekuasaan dengan mencanangkan "perubahan".
Di sana,ruang ruang untuk politik disekat dan ditekan sepanjang masa.Mata mata politik berada dimana mana.Tetapi di Malaysia penglibatan untuk berpolitik masih ada dan belum tertutup rapat,cumanya ianya demoktrasi ala Malaysia,pemerentah mengawal segala galanya.Ketua ketua penguatkuasaan di bela untuk terus setia pada BN.Rakyat dilalaikan dengan hiburan.

Jesteru,Najib tahu sebelum BERSIH digerakkan olih NGO dengan sokongan Pakatan,lebih baik BN bergerak terus dengan mempercepatkan PRU13..

Akhirnya,hanya DAP sahaja tidak memerlukan BERSIH kerana walaupun DAP dipimpin olih bukan Islam tetapi mereka mempunyai pegangan yang bersih untuk kaumnya dan rakan rakan Pakatannya(buat masa ini)

Tiada ulasan: