Relak Minda Dirantau Seberang

Politik Malaysia kini menjadi suatu politik yang amat gila.Penuh keserabutan, berkecelamok.Tiada parti yang tiada bermasaalah,tiada bercakaran.

Adakala elok kita relakkan minda dengan melarikan diri jauh dari manusia manusia gila ini.Carilah sesuatu yang nyaman.Berjalanlah,berjalan menambahkan pengalaman.Meluaskan pandangan dan pemikiran. http://jom lawat tempat orang
Paparan perjalanan lokasi lokasi yang bolih menenangkan fikiran

Catatan Konpirasi

Ucapan Sultan Azlan Shah Tahun 1980 “Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya” – Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980



Beruk Baca Utusan

Beruk Baca Utusan

Rabu, 30 Mac 2011

Politik Dan Kehurmatan Anwar, Dindingnya Tok Guru

Kasar dan keras sekali tajuknya,tapi itulah hakikatnya,pada pandangan aku.
Ramai sekali kagum dengan ketahanan Anwar Ibrahim menempuh segala ujian dan musibah rekaan manusia ini.Alang alang manusia,tidak mampu mereka meneruskan.Akan terhenti pada halangan pertama lagi,sebaik sahaja dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada Ogos 1998.
Jika Anwar redha dengan pemecatan,aku percaya tidak akan ada liwat 2 dan tidak akan kes video sex yang begitu gah sekarang ini. Biarpun Anwar punya jenderal yang begitu ramai dibelakang waktu dipecat,melihat situasi hari hari selepas itu,aku yakin Anwar tidak mampu lagi bertahan lagi.Masakan tidak,seorang demi seorang para jenderalnya melarikan diri,menghambakan diri pada musuhnya.Azmin,Saifudin ,Tian Chua belum tentu ,menumpang bersinar seperti sekarang.
Nurul Ezzah mungkin bukan seorang yang bergelar MP seperti sekarang.Malah Ezam juga bukan seorang senator kurniaan Najib. Paling mungkin segala mungkin,Tun Abdullah tak akan bergelar Tun,dan Najib masih lagi ditakok Naib Presiden UMNO.Mahadhir akan terus menjadi PM,menjadikannya antara PM paling lama di dunia,mencabar pencapaian Muamar Ghadafi. Kita merancang,tetapi perancangan Allah yang tetap menjadi dan terjadi.
Diwaktu Anwar dipecat,izin Allah ,maka datanglah pertolongan pada hambanya.Walaupun realitinya ada 15 gabungan NGO bersatu bersama PAS dan DAP yang membentuk rangkaian bagi menghadapi kezaliaman Mahadhir yang dilabelkan olih mahafiraun pada waktu itu,namun tidak bolih ditolak kenyataan bahawa pemimpin yang menjadi teraju utama pada benting ini adalah seorang insan yang bertaraf ulama ,diakui bukan setakat di Malaysia atau rantau ini,tapi malah pengiftirafan antarabangsa mengesahkannya. Itulah Dato Haji Fadhil Mohd Noor(Allahyarham) Presiden PAS pada waktu itu. Anwar menggerakan reformasinya.Benting benting dibelakang adalah para jenderalnya.Sokongan diberi secara terang terangan olih Allahyarham Ustaz Fadhil walaupun ada juga pemimpin PAS yang meragui dan mempertikai sudut untung ruginya akibat sokongan itu pada PAS. Untuk mematikan reformasi,Anwar perlu "dimatikan".
Mahadhir dengan sifat dia adalah segala undang undang, memyumbat Anwar kedalam penjara.Diharapkan reformasi akan mati,tapi jelas ianya tidak berlaku. Tahun 2002 bulan June ,Anwar sekali lagi diuji,Ujian maha hebat walaupun beliau sewaktu itu telah pun berada di penjara Sungai Buloh.Kali ini datanglah ujian Allah untuk melihat adakah nilai dan ikatan persahabatan hanya ditentukan olih batang tubuh seseorang,atau ia adalah ikatan kukuh atas dasar istiqamah jemaah.Allah menjemput Ustaz Fadhil untuk selama lamanya.
(Ratusan ribu dari segenap pelusok negara bertumpu ke Darul Ulum dimana disitulah Allahyraham di semadikan.Berperingkat peringkat sembahyang jenazah diadakan.Terlalu ramai yang mahu menyembahyangkannya.Anwar yang dikatakan diberi perlepasan khas olih PM ,tidak kunjung tiba walaupun selepas jenazah dikebumikan.Dfahamkan kerenah biokrasi adalh puncanya. Dicelah kesedihan ada juga manusia yang masih mahu menunjuknunjuk kekuasaan yang baru diperolihinya.Marah betul kami waktu itu,sehinggakan sikap pemimpin ini pasti tidak akan kami lupakan.Siapa dia dan apakah namanya.Tanpa takut risiko aku menamakan dia adalah Ustaz HT ,sekarang bekas Exco Terangganu.Apa tindakannya?.Nampak kecil tapi besar bagi kami.Membawa mercedes hingga kekawasan paling dekat dengan khemah sementara hingga menghalang segala pandangan dan menganggu laluan mereka mereka yang mahu mendekatkan diri kekawasan perkebumian.Adakah dia uzur ketika itu.Kami tengok tidak ada keuzuran yang membolihkan dia dikecuali dari berjalan dari lapangan tempat kereta yang disediakan.Banyak pemimpin PAS lain yang sudi meredah kesusahan bersama orang lain.Malah TGNA sendiri dibawa dengan motosikal ke situ.Itulah sifat bongkak namanya,dan itulah antara punca (barangkali) Allah menarik balik kekuasaan di Terangganu.)(bersambung)

Tiada ulasan: