Relak Minda Dirantau Seberang

Politik Malaysia kini menjadi suatu politik yang amat gila.Penuh keserabutan, berkecelamok.Tiada parti yang tiada bermasaalah,tiada bercakaran.

Adakala elok kita relakkan minda dengan melarikan diri jauh dari manusia manusia gila ini.Carilah sesuatu yang nyaman.Berjalanlah,berjalan menambahkan pengalaman.Meluaskan pandangan dan pemikiran. http://jom lawat tempat orang
Paparan perjalanan lokasi lokasi yang bolih menenangkan fikiran

Catatan Konpirasi

Ucapan Sultan Azlan Shah Tahun 1980 “Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya” – Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980



Beruk Baca Utusan

Beruk Baca Utusan

Ahad, 6 Mac 2011

Parlimen Merbok-MP dan ADUN ,PAS Yang Layak

Aku pengundi Parlimen Merbok dan ADUN Bukit Selambau.
Aku kenal nama MP Merbok,namanya Rashid Din dan ADUN Bukit Selambau,namanya Manikumar.
Itu saja yang aku tau.Mengenali batang tubuh sebagai wakil rakyat,sorry ,aku tak kenal.
Aku sajakah yang berpendapat begitu.Tentu tidak malah beribu ribu lagi.
So, kalau macam tu untuk apa lagi aku bersusah payah mempertahankan mereka.

Dalam politik tentu banyak yang berangan tinggi.Tapi bukannya aku.Masa dan usia sudah tidak mengizinkan.Aku hanya mahu mereka yang dipilih menjalankan amanah yang diberi pada mereka.Kalau setakat ada tapi macam tak ada,tak payah ada pun tak apa.

Rashid Din dikatakan tak berminat lagi untuk bertanding di masa hadapan.Memang patut pun kerana dia bukan orang politik.Namun aku bukan munafik untuk menidakkan kebaikan orang.Cerita seorang sahabat ,dicelah celah sifatnya yang tidak agresif, banyak kawan dekatnya tau cerita bagaimana dia mengorbankan sebahagian elaun dan pernah menjual kambingnya untuk membeli beg sekolah pada awal musim sekolah bagi diagihkan pada mereka yang memerlukan adalah satu petunjuk beliau tak membuat sesuatu bukan atas kehendaknya tapi peruntukan tak ada.
Bila Rashid Din tak minat untuk bertaading semula,tentu ada yang berangan angan nak ganti tempatnya.
Dan pasti nama paling diatas adalah Ketua PKR BCabang Merbok sekarang.Apa namanya.Depa kata namanya Saiful Izham Ramli.Aku pernah jumpa dia di Yayasan Aman.Setakat jumpa dan berjabat salam yang ikut penilaian aku,belum cukup cara salam pengenalan seorang yang mahu menjadi orang politik bergelar YB.

Selepas krisis UMNO 1998,aku tidak bersama UMNO lagi.Aku joint sebagai ahli biasa PAS walaupun aku dijemput untuk bersama sebagai penaja penubuhan Parti KeAdilan Merbok.
Hanya depa yang setahun jagung dalam PKR saja yang bolih menafikan peranan aku dalam KeAdilan diperingkat awal penubuhannya.Ezam mula kenal ceramah tanpa permit di kawasan utara setelah aku yang membawanya masuk kesini.JJ kawan aku dalam UMNO sekarang pun tau hakikat ini kerana dia kawan baik Md Nor kawan Ezam yang duduk di Penghulu Him.

Malah sembang sembang Zahid,Lokman ,Ghani dan depa depa yang lari balik kepada UMNO,telah aku dengar lama lebih awal dari depa masuk UMNO.Alasan mudah,depa nak masuk UMNO pasai nak berjuang membebaskan Anwar dari dalam.Betoi tak betoi niat depa,aku tak mau ulas.Soal sekarang depa taruh Anwar kiri kanan juga bukan persoalan.Samada soal survival hidup atau memang dirancang supaya tak nampak sangat peranan depa sebagai agen PKR ,juga aku tak mau ulas.Kalau Dewan Lip Seng Kor bolih bercakap,tempat tu bolih jadi saksi.

Cerita balik pasai PKR di Parlimen Merbok.Sama macam aku,ada banyak lagi ahli PAS yang berpendapat sudah masanya peranan PKR di Parlimen Merbok terutama DUN Bukit Selambau dikurangkan.Sudahlah Parlimen depa sapu,ADUN pun hak depa juga.Lagi sakit hati bila yang jadi ADUN nya jenis depa yang menentang Interlok.
Tambah sakit hati bila ada jawatan tapi tak buat kerja.Seach juga aku dalam geoogle kalau ada tempat untuk mudah depa dihubungi.Rashid Din adalah juga alamat pejabat,tapi si ADUN merangkap EXCO ni,elek.Mungkin pejabat di dirumah atau dalam kebun getah mana mana estate.
Aku pernah hantar e-mail pada PKR Kedah minta maklumat bagaimana pengundi nak berhubong dengan depa.Sekali lagi,elek,tak ada respond.Kalau perkara mudah pun depa tak bolih buat,apatah lagi permintaan yang berat berat.
PKR Cabang Merbok ni ada ahli yang berkebolihan ka?.Kalau ada,tentu depa tak cari orang PAS sebagai ganti MKK dikawasan kawasan tertentu.Bagi aku ini bukan tolak ansur,tapi hakikatnya depa tak ada orang dan hanya harapkan PAS untuk bergerak bersama rakyat.
Kalau dah tau depa ni dok tumpang kekuatan PAS,buat apa lagi nak bagi Parlimen Merbok ni pada depa.Silap silap bagi,sekali lagi dia buat celaru dengan tidak memenuhi syarat SPR waktu percalunan PRU13 nanti.Marah dan melengong pun dah tak ada guna.Orang PKR ni bukan bolih percaya sangat walaupun asasnya aku amat percaya pada kekuatan mental dan atiqamah Anwar Ibrahim.
Bagi aku,PAS perlu ambik balik Parlimen Merbok ,terutama DUN Bukit Selambau tambah tambah lagi jika UMNO meletakkan calun Melayu dikawasan ini.Hangit untuk PR mempertahankannya.
Kalau sewaktu aku dalam UMNO aku tidak terikat dengan kehendak parti,begitulah juga bila aku menyertai PAS.Tidak ada perkataan wala kalau ia bolih menghancur perinsip aku.

Tiada ulasan: