Relak Minda Dirantau Seberang

Politik Malaysia kini menjadi suatu politik yang amat gila.Penuh keserabutan, berkecelamok.Tiada parti yang tiada bermasaalah,tiada bercakaran.

Adakala elok kita relakkan minda dengan melarikan diri jauh dari manusia manusia gila ini.Carilah sesuatu yang nyaman.Berjalanlah,berjalan menambahkan pengalaman.Meluaskan pandangan dan pemikiran. http://jom lawat tempat orang
Paparan perjalanan lokasi lokasi yang bolih menenangkan fikiran

Catatan Konpirasi

Ucapan Sultan Azlan Shah Tahun 1980 “Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya” – Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980



Beruk Baca Utusan

Beruk Baca Utusan

Sabtu, 12 Mac 2011

Mesyuarat PAS Cawangan Pekan Sungai Lalang

Pada 11/03/2011 Pas Cawangan Sungai Lalang yang setengah pihak menyifatkan sebagai PAS Kawasan dalam Kawasan Merbok telah mengadakan Mesyuarat Agong Cawangan. Majlis yang bermula pada jam 10.00 malam selepas solat Isyak dan jamuan makan malam turut DIARAH mengundang Yang Dipertuan PAS Kawasan Merbok Tuan Hj Mat Akhir Bin Thalib. Tidak seperti cawangan cawangan yang lain,arahan rasmi supaya YDP dijemput untuk merasmikan Mesyuarat Cawangan dirasakan janggal bagi setengah ahli.Jesteru ada suara suara dikalangan ahli supaya penjelasan diberi(diperingkat awal beberapa hari sebelum mesyuarat) ,kenapa tindakan ini dilakukan olih kawasan.Akibatnya ujud berbagai andaian dan persepsi.Namun hakikat yang nyata,bagi mereka yang mengtahui apa yang terjadi pada PAS Kawasan Merbok akibat surat menyurat PAS Cawangan Sungai Lalang kepada PAS Negeri dan kesannya pada PAS Kawasan dalam Muktamar PAS 2008(klik sebelah yang bold hijau kalau nak tau apa cerita lama tu),pasti tidak merasa ada peliknya. Cerita dari gambar (tarikh dalam kamera memang tak bolih pakai) Acara tetap yang tak ada dalam agenda.Makan dulu. Berbaris mengambil makanan,termasuk pelajar Tahfiz yang merupakan jemaah tetap Surau Al Firdaus,dalam komplek inilah Mesyuarat PAS Cawangan diadakan(Dewan PASTI Nurul Firdaus).Suatu kerisauan dimata "setengah pihak" apabila anak muda semuda usia didedahkan dengan kelompok Islam dunia akhirat.Mereka (paham paham sajalah siapa mereka ini )lebih suka jika anak muda seperti ini mengadap TV sepanjang masa atau merempit dijalan raya sambil menghidu gam. Muslimat menunggu hidangan disediakan.Dirumah depa sediakan hidangan,tapi disini mereka menjadi tetamu.
Baru pencen dari AIROD.Dulu kauww,sekarang tambah kauww.

Pendaftaran ke Mesyuarat Cawangan.Pendaftaran Pengundi pula jangan dilupakan.Tak guna hadir mesyuarat kalau hak mengundi diabaikan.

Pengerusi Tetap(dah jadi ex).Yang dibelakang tu,buanglah yang dalam tangan tu kalau bolih.tapi tak bolih.Bolih kot.Bolih bolih,tapi waktu dalam bilik mesyuarat.Keluar bilik cucuh balik.
SU Cawangan ,memulakan Majlis Perasmian.
Setengah kata galakan kehadiran.Check punya check bukan macam tu pasai tahun lepas pun jumlah yang hampir sama hadir walaupun tak ada cabutan bertuah.

Ini hanya mencerah mata diakhir majlis larut malam,majlis dijangka berlarutan.
Ketua Cawangan (Tok Ketua) Ybh Abd Latif Jusoh dengan aluan ucapan .Dibelakng beliau berbaju batik adalah YDP PAS Kawasan Merbok

Baru beberapa tahun pegang jawatan,dah berasa lama dah.Tak mau bertanding untuk kali ini bagi semua jawatan.Puncanya,katanya dibawah pimpinannya PAS Cawangan tak lakukan banyak aktiviti walaupun semua ahli tahu,dalam waktu tak banyak aktiviti yang PAS Cawangan lakukan,PAS Kawasan pun belum mampu buat seperti apa yang PAS Cawangan laksanakan.

Hasilnya,ahli mahu beliau kekal sebagai Tok Ketua.Bukan tak percaya pada orang lain ganti,tapi rugi kalau yang terbaik tidak digandingkan dengan yang baik.
YDP PAS Kawasan Merbok dengan ucapan perasmian.

Intipati ucapan,macam biasa yang diucapkan olih pemimpin parti dalam mana mana perhimpunan yang libatkan orang parti.Bersatu,bekerjasama,pengalaman diutama,parti kita parti yang memperjuang Islam dan bla bla bla.



Cerita dibawah ni kawan aku yang kata,bukan aku kata,pasai aku bukan tau sangat pasai politik ni,sikit sikit bolihlah.

Ada kelainan ucapan YDP kalau dibandingkan dengan ucapan pemimpin lain dalam sebuah parti yang memperjuang Islam .

Tok Guru Murshidul Am PAS pernah berkata beliau akan berundur kalau parti bagi isyarat khidmat beliau sudah tidak dikehendaki dan bukannya hasil desakan UMNO atau sekutu UMNO.Tok Ketua Cawangan kami pula minta nak berhenti tapi ahli tak bagi berhenti.

Manakala YDP PAS Merbok ini pula berkata dia tetap akan mempertahankan jawatan YDP dalam Mesyuarat PAS Kawasan Merbok untuk penggal ini kerana belum nampak baginya orang yang bolih dipercayai mampu memimpin PAS kawasan seperti yang dilakukan nya.

Terlopong depa yang mendengar ucapan ini.

Bukan sebarang terlopong tetapi terlopong kagum dengan komitmennya untuk memimpin parti sampai ada yang berkata bahawa "mungkinkah" YAB Menteri Besar Kedah telah melakukan kesilapan besar dengan melantik orang yang tidak berkebolihan menjadi EXCO (disambung pula untuk kali ke3).Dan kemudian diberi anugerah Dato' pula olih Ke Bawah DYMM Sultan Kedah .

Ada yang lain tambah "jadi orang kuat FAM pula di peringkat nasional".NOKHTAH


Aku yang tak berapa tau pasai politik ni pula punya andaian dan tangapan juga.

Aku juga kagum dengan perjuangan YDP PAS ni.Terutama bila dia bawa cerita lama macam mana dia keluak duit untuk satu perogram waktu dia jadi Yang Dipertua PIBG disatu sekolah di Merbok.Kalau panggil orang UMNO bagi ceramah(Doto' Hj Amzi Hamid),seduit pun dia tak mau keluak.Tapi program tanpa orang UMNO,bukan dua ringgit,tapi dua puluh ribu ringgit pun dia sanggop sponsor.

Orang yang macam ni kita mau.Tak kedekut,macam orang UMNO,mana kedekut duit.Kalau kita tak macam UMNO,sekurang kurangnya semacam pun jadi lah.

Pasai tu juga aku dengaq kali ini Mesyuarat PAS kawasan Merbok akan diadakan di SP INN juga(kalau tak betoi jangan marah,aku cakap apa yang aku dengaq) dan tidak di PUTIM.

PUTIM yang dibina hasil derma jemaah PAS bukan tak sesuai untuk majlis,tapi mungkin depa nak ubahsuai atau besaq sikit.Dari cerita ni mungkin kita bolih agak duit nak buat tu(kalau betoi)mai dari siapa.Tapi kalau hampa pi PUTIM dan tengok ada benda lain dalam banggunan tepi PUTIM,jangan hampa kata aku merapu pula.Mungkin depa tumpang letak "benda" tu sat saja,bila ubah suai depa pindahlah.

Aku dengaq depa nak calun Dato' Dr Hj Hamdan Khalib.La buat apa buat macam tu.Pemimpin macam ni hampa nak cadang.Dia asainya seorang doktor sepenuh masa.Jadi doktor ni duit mesti banyak.Walaupun jadi doktor sepenuh masa dia bolih dapat duit banyak,tapi dia tinggai pula profesion dia dan masuk politik sepenuh masa.Ini orang yang tak cerdik.Bila dia dah masuk politik,politik pembangkang pula,mana dia ada duit lagi.Dia sepatutnya masuk UMNO macam Dato Farmasi tu.Elaun EXCO dan DUN kalau nak compare dengan duit masuk bila jadi doktor beda sangat.Income doktor lagi tinggi.

Soal dia buat tu setakat kata nak tolong rakyat.jangan kita pakai sangat.Nak pakai macam mana,kalau ada kemewahan sanggup tinggai atas nama berjuang untuk rakyat.Aku kata sekali lagi,ini orang yang tak cerdik,dan orang tak cerdik macammana hampa nak cadang dia jadi YDP.

Orang cerdik sekurang kurang duduk di Lagenda atau Cinta Sayang,tapi doktor ni tak buat macam tu.Duduk rumah lama,depan surau pula tu yang tentu kerapkali bergema bunyi azan.

Derma nak buat surau tu mai dari mana hampa jangan tanya aku.


Sekali lagi aku kata,catatan atas itu hanya pendapat aku.Pendapat orang juga tak cerdik.So kalau hampa nak cadang siapa pun sebagai YDP,aku akan sokong selagi YDP tu tak termasuk dalam kumpulan yang menyokong tindakan terhadap buku Mujahid Yusuf Rawa baru baru ini.Kalau YDP yang hampa lantik nanti termasuk dalam kumpulan tu,tunggu lah catatan seterusnya dari aku.

Aku dah siap tajuknya"Dari PUTIM Ke Ban Pasir"

NOKTAH.
Ini dia ahli yang hadir.Banyak dan memuaskan.Majlis pula waktu oarng lain relak tengok TV.Ada yang batal program memancing semata mata nak hadir dalam mesyuarat ini.





Antara Muslimat yang hadir
Mesyuarat dah tamat

Hadiah cabutan bertuah kepada Ketua Muslimat
Yang ini ex Pengerusi Tetap.Jadi ex bukan kerana tak berkemampuan,tapi terlalu bersemangat hingga jemaah juga risau kesihatannya.Adalah ahli yang acah acah cakapnya waktu mesyuarat hingga kendalian mesyuarat diserahkan pada Timbalan Pengerusi Tetap.Jangan ada pula yang cerita mengenai gambar ini padanya,akan tambah penat lah dia.

Depa minta tolong sampaikan hadiah cabutan bertuah,hadiah utama pula tu,kita pun bagi.


Berakhirlah mesyuarat pada jam 0015 tengah malam,awal dari tahun lepas yang tamat pada 1 pagi.




Mesyuarat 2009http://dun-surau-firdaus.blogspot.com/2010/04/sekitar-mesyuarat-pas-pekan-sungai.html

Tiada ulasan: