Relak Minda Dirantau Seberang

Politik Malaysia kini menjadi suatu politik yang amat gila.Penuh keserabutan, berkecelamok.Tiada parti yang tiada bermasaalah,tiada bercakaran.

Adakala elok kita relakkan minda dengan melarikan diri jauh dari manusia manusia gila ini.Carilah sesuatu yang nyaman.Berjalanlah,berjalan menambahkan pengalaman.Meluaskan pandangan dan pemikiran. http://jom lawat tempat orang
Paparan perjalanan lokasi lokasi yang bolih menenangkan fikiran

Catatan Konpirasi

Ucapan Sultan Azlan Shah Tahun 1980 “Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya” – Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980



Beruk Baca Utusan

Beruk Baca Utusan

Khamis, 17 Mac 2011

Doktor Dalam Rumah-Mahadhir Tidak Berbohong

Intipati:
Tun Mahadhir bertegas mengatakan beliau tidak diberi layanan sewajarnya ketika melawat Singapura pada 1981.Tiada sambutan rasmi dan protokol diberi padanya sebagai Perdana Menteri.Beliau hanya disambut olih Lee Kuan Yew setelah 15 minit beliau tiba dan berjumpa dengan Presiden Singapura Dr Benjamin Henry Sheares.

Dr Benjamin Henry Sheares meninggal pada 12 May 1981 dan Tun Dr Mahahdir menjadi PM pada 16 July 1981.
Agak agaknya Tun berjumpa siapa? Atau Wikipedia ymengubah tarikh kematian Dr Benjamin bagi menunjukan ingatan dan memori Tun Mahadhir ada silap dan kelompong ditengah tengahnya.Apa macam ,kita buat demo terhadap Singapura kerana memutar belit fakta.


A Doctor In The House ,Doktor Dalam Rumah satu memori @ autobiography dari bekas PM Tun Mahadhir Mohamad telah diterbitkan baru baru ini 7 Mac 2011.

Dikatakan sold out buku ini.Aku tak baca pun buku ini,tapi berdasarkan ulasan ulasan dari media dan blogger , ia menimbulkan banyak persoalan ,ada yang memuji dan ada yang mengeji.

Aku tak baca buku ini,sebab itu aku tak tahu apa isinya.Dan kerana aku tak tahu isinya yang sebenar,aku juga akan melilau dengan pandangan aku sendiri berdasar maklumat maklumat dalam blog dan media.

Banyak sekali depa yang kritik buku ini terutama depa yang tidak sebulu dengan Tun M.

Dan mungkin juga sama banyak dengan depa yang memuji isi buku ini.Namun aku percaya,dikalangan depa yang mengeji dan memuji buku ini,depa juga macam aku,tak baca pun buku ini.

Ok,bagaimana dengan pandangan aku.

Aku percaya dengan apa juga yang ada dalam buku ini.Percaya tapi tak bermakna mengaku kebenaran isinya.

Satu memori adalah penceritaan semula akan ingatan lama.Dan sebagai sifat asal naluri manusia,ia akan ingat apa perkara perkara yang sering menghantui dan menganggu pemikirannya.

Jika dibukukan, ingatan lama mengenai keburukan dirinya pasti akan disoroknya,tidak diceritakannya.

Demikian juga dengan Doktor Dalam Rumah.Mahadhir akan menceritakan apa saja yang dirasakan ianya betul.Jika ada tindakannya tidak betul,haram tak akan dimasukkan dalam memorinya.Kalau ada yang tidak betul dengan ceritanya,akan ada orang yang disediakan untuk mengatakannya betul.ISA contohnya.

Kebanyakan ulasan pengkritik buku mengatakan Mahadir berbohong dalam hal kes moral Anwar.Aku berkata,Tun Mahadhir tidak berbohong,cuma ia melanjutkan pembohongan orang kepadanya.Mahadir memanjangkan pembohongan Umi Hafida,Azizan driver yang didakwa Anwar sebagai pelaku utama konpirasi untuk menjatuhkannya secara jahat dan tidak bertemadun kemanusiaan.Samada pembohongan kepadanya atas restunya,jawapanya hanya bolih diputuskan dengan merujuk cerita cerita saksi dalam kes mahkamah 1998.

Bagaiamana mahu dikatakan Mahadhir berbohong jika cerita Trivoli Villa yang siap untuk diguna telah diubah ubah tarikh siapnya olih pendakwa tidak diceritakan dalam buku ini.

Mahadhir juga tidak bolih dikatakan berbohong kerana cerita beliau tidak berani hadir sebagai saksi juga tidak dimasukkan dalam memorinya.

Usah dibincang soal penggunaan wang dalam kempen 1987 olih Tengku Razalegh.Beliau hanya ingat bahawa TR banyak membelanja duit untuk kempen merebut jawatan Presiden UMNO,tetapi Mahadir tidak menceritakan dia tidak membuat apa yang TR buat.Maknanya,mungkin beliau juga buat tetapi tidak menceritakannya.Mahadir tidak berbohong dengan memorinya.

Cerita cerita penggunaan wang Petronas sebagai hak keluarga juga tidak ada dalam memorinya sewaktu beliau menulis DDR.Kerana beliau tidak menceritakannya,sekali lagi jelas beliau tidak berbohong.

Memori DDR mengesahkan Mahadir adalah raja segala raja.

Jesteru janganlah kita mengatakan DDR rumah,apa yang ditulis olih Mahadir semuanya bohong.Cuma dalam setengah keaadaan beliau memanjangkan pembohongan lain lain makluk kepadanya.

Tiada ulasan: