Relak Minda Dirantau Seberang

Politik Malaysia kini menjadi suatu politik yang amat gila.Penuh keserabutan, berkecelamok.Tiada parti yang tiada bermasaalah,tiada bercakaran.

Adakala elok kita relakkan minda dengan melarikan diri jauh dari manusia manusia gila ini.Carilah sesuatu yang nyaman.Berjalanlah,berjalan menambahkan pengalaman.Meluaskan pandangan dan pemikiran. http://jom lawat tempat orang
Paparan perjalanan lokasi lokasi yang bolih menenangkan fikiran

Catatan Konpirasi

Ucapan Sultan Azlan Shah Tahun 1980 “Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya” – Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980



Beruk Baca Utusan

Beruk Baca Utusan

Isnin, 17 Januari 2011

Siapa Wanita Pertama



Rosmah Mansor Di Oman


Setelah melakukan lawatan sambil kerja bersama BAKTI ke Arab Saudi,satu badan kebajikan untuk para isteri menteri dan timbalan menteri,Rosmah Mansor meneruskan siri lawatannya atas nama lawatan sambil bekerja ke Oman.
Namun dari liputan yang diberi olih media ,rakyat mula bertanya atas kapasiti apakah lawatan ini dilakukan.
Adalah satu perkara mustahil untuk negara besar seperti Arab Saudi dan Oman memberi sambutan dengan penuh penghurmatan kepada seorang individu yang tiada sebarang jawatan dalam pemerentahan tetapi hanya berbekalkan status seorang isteri Perdana Menteri tanpa ada sesuatu disebaliknya.Lagi mustahil jika hanya berbekalkan Ketua rombongan BAKTI,status tahap tertinggi yang dibawa bersama ke negara teluk.
Lapuran Bernama yang dipetik olih Sinar Harian pada 17/01/2011 seperti yang diperturun dibawah menambah kemuskilan itu dan menguji tahab minda kita siapa RM dan keinginan nalurinya dalam mengejar status.
Walaupun kali ini perkataan Fist Lady tidak dijumpai digunakan dalam mana mana ulasan,tapi perhimpunan 11 hingga 13 October 2010 mengingatkan kita siapa yang telah menggunakan gelaran ini.
(Tajuk berita:Rosmah mulakan lawatan ke Oman. Tersiar dalam Sinar Harian 17/01/2011,petikan dari Bernama
Rosmah melawat Oman sebagai tetamu kerajaan negara itu,status yang akhir sekali diberi kepada kenamaan Malaysia dua dekad lalu apabila Yang Dipertuan Agong ketika itu Sultan Azlan Shah melawat Oman pada 1991.)
Soalan terus berlegar:
Adakah ini satu idea dari APCO.Dan idea ini disokong penuh olih Kuasa Utama dan pegawai kedutaan Malaysia dinegara berkaitan dengan menyembunyikan hariki sebenar Kepala Negara bagi negara Malaysia.Walaupun ini nampak andaian bodoh,tetapi tidak mustahil .Tambahan perhimpunan Fist Lady yang diadakan pada 11-13 Oct 2010,mungkin sebagai langkah awal untuk mengenengahkan RM sebagai Wanita Pertama Malaysia dimata dunia yang nama Malaysia belum pepular berbanding realitinya nama Tun M lebih popular dan dikenali didunia ketiga termasuk dunia arab.
Memberi gelaran Fist Lady tentu melayakan individu ini disambut dengan penuh penghurmatan seperti mana yang diterima olih DYMM Sultan Azlan pada 1991.
Lawatan sebagai Fist Lady dari negara Islam termaju
Dengan niat bersangka baik dan mengenepikan prasangka burok kapasiti jawatan RM ke negara telok dengan mengatakan ia memang berhak menerima status layanan Fist Lady kerana beliau merupakan wakil PM,beberapa perkara yang berlaku dalam siri lawatan ini terus menjadi persoalan.
1.Sambutan
Menjadi kebiasaan didalam siri lawatan pembesar negara yang kedudukannya diperolihi melalui politik akan disambut di lapangan terbang negara yang dilawatinya olih duta dinegara terlibat atau wakilnya .
Jadual seterusnya jika ada,ialah perjumpaan dengan rakyat Malaysia termasuk penuntut penuntut Malaysia dimana pembesar ini akan hadir bukan sebagai tetamu tetapi sebagai wakil negara bagi menyampai amanat atau melapurkan perkembangan terkini dari Malaysia.
Namun kelainan berlaku dalam siri lawatan RM ini.
Dilapurkan beberapa jamuan di adakan khusus bagi menyambut kedatangannya.Ini belum lagi program dimana beliau dikatakan dijemput menyampai Ucap Utama dan yang hadir termasuklah pembesar pembesar negara yang dilawati.
Umum mengetahui bahawa hanya yang ada kedudukan paling istimewa saja yang berhak menerima protokol tertinggi ini.
Melihatkan apa yang terjadi ini,tidak bolihkan kita terus membuat spekulasi bahawa ini adalah kerja kerja buat yang berpunca dari pengambilan APCO.
Walaupun dikatakan bayaran pada APCO hanya pada kadar RM77 juta,tetapi ia tentu tidak berdasarkan bayaran pukal.
Jika andaian andaian penglibatan APCO ini benar,tentu kita dapat bayangkan berapa banyak wang rakyat terpaksa dikorban demi menjayakan niat seorang individu yang gemarkan dirinya dipandang tinggi statusnya.
Ini belum termasuk lagi bayaran bagi mengadakan jamuan sempena sambutan kehadiran RM yang sudah pasti bukan dari saku BAKTI.Banyak RM yang terpaksa diboroskan.
2-Penampilan dan ketrampilan RM juga diperhati secara bersungguh sungguh pada setiap kali beliau muncul.Pakaian yang dipakainya akan dilihat olih umum sebagai pakaian seorang artis atau peragawati.Inilah kehebatan RM
Susulan dari itu beberapa tingkah laku RM yang terjadi didepan mata umum perjadi percakapan dan rungutan.Peristiwa bersentuh pipi dengan bintang bollywood mungkin satu daripadanya.Ini belum termasuk lagi kemunculan beliau dan kemunculan pragawati di pesta fesyen yang dikatakan berkonsep Islam yang berlaku beberapa bulan lalu.
Di Arab Saudi,beliau memperagakan pakaian Wanita Muslimat sebagai perakuan beliau berada disebuah negara Islam yang Islam adalah perlembagaanya.
Walaupun ia mungkin sekadar memenuhi kesesuiaan majlis dan bukan kerana faktor ia wajib dari hukum,namun keupayaan pegawai Malaysia di Arab Saudi menemui faktor ini bolihlah diberi kredit.
Tetapi ini tidak berlaku di Oman.Adakah pegawai di konsulat Malaysia gagal atau takut memberitahu Rosmah etika pemakaian apabila mengunjungi negara Oman ini.
Keterampilan RM di Oman amat memalukan seluruh umat Islam di Malaysia(itu pun bagi yang menerima hukm menutup aurat wanita adalah wajib).Beliau hadir bukan sebagai seorang pelancong biasa,tapi sebagai individu yang disambut dengan penuh protokol.
Pasti timbul di fikiran rakyat Oman,inilah contoh wanita Malaysia dan mungkin tertanya juga mereka,mazhab apakah Islam di Malaysia.
Kredit untuk Dato A Kadir Jasin diatas catatan dibawah yang saya copy terus dari lamannya The Scribe A Kadir Jasin
Hak Guna Duit Negara
Mengenai bolehkah duit negara digunakan membiayai lawatan dan kegiatan isteri Perdana Menteri, saya ingin merujuk para pembaca sekalian kepada laporan New Straits Times pada 12.11.2010 yang berbunyi:“NO permanent or contractual staff are provided for Datin Seri Rosmah Mansor, wife of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.
In a written reply to Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera), Najib said officers from his office sometimes helped his wife in carrying out her official duties.
However, the Members of Parliament (Remuneration) Act 1980 states that the prime minister's wife is entitled to claim food, lodging and winter apparel allowances when she accompanies her husband on his official duties overseas.”(
Tidak ada pegawai tetap atau kontrak diperuntukkan kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dalam jawapan bertulis kepada Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera), Najib berkata pegawai dari pejabatnya kadang kala membantu isterinya menjalankan tugas rasminya.Bagaimanapun, Akta Ahli Parlimen (Gajian) 1980 mengatakan isteri Perdana Menteri berhak membuat tuntutan elaun makan, penginapan dan pakaian musim sejuk apabila mengiringi suaminya dalam tugas rasmi di luar negara.”)

1 ulasan:

Wajah cerminan Minda berkata...

Maaf saudara,
Berbahas seharusnya rasioanal dan berminda mantap.Bukannya hentam keromo dan beremosi melulu.
Mind over Mind not Mind over crazy.