Relak Minda Dirantau Seberang

Politik Malaysia kini menjadi suatu politik yang amat gila.Penuh keserabutan, berkecelamok.Tiada parti yang tiada bermasaalah,tiada bercakaran.

Adakala elok kita relakkan minda dengan melarikan diri jauh dari manusia manusia gila ini.Carilah sesuatu yang nyaman.Berjalanlah,berjalan menambahkan pengalaman.Meluaskan pandangan dan pemikiran. http://jom lawat tempat orang
Paparan perjalanan lokasi lokasi yang bolih menenangkan fikiran

Catatan Konpirasi

Ucapan Sultan Azlan Shah Tahun 1980 “Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya” – Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980



Beruk Baca Utusan

Beruk Baca Utusan

Sabtu, 22 Januari 2011

Pariah Pariah Politik

PAS memperjuangkan Islam sebagai perlembagaan.
UMNO pula memperjuangkan Nasionalis Melayu.
adik kembar berlainan ibu dan bapanya MIC dan MCA dengan ketuanan bangsanya.
PKR dan DAP pula dengan slogan hak kesamarataan rakyat.
Ini belum diambil kira apa yang dikatakan dalam perlembagaan parti parti nyamuk yang lain.

Adakah aku keliru akan kepelbagaian ini.Adakah aku pening dibuatnya.Dan adakah aku berkata ada diantara perlembagaan ini tidak betul,maknanya salah.
Jawapan aku,aku tidak keliru dan semua perlembagaan ini betul dan baik.
Mungkin ada yang akan mempertahankan perlembagaan partinya maha betul kerana ia menglibatkan pegangan agama dan satu lagi mempertahan kewajaran perlembagaan partinya berfaksikan bangsa.

Manusia bolih berbohong pada seseorang,tetapi manusia pasti tidak berjaya membohongi sejarah.
Sejarah pula tidak semesti yang telah lama berlaku,tetapi sejarah juga meluputi apa saja yang pernah berlaku walaupun 1 minit yang lalu.

Aku pernah bersama UMNO.UMNO pula bersama MIC,MCA dan beberapa lagi parti.Berbagai agama dan berbagai kaum.
Kini aku bersama PAS.PAS juga kini bersama PKR,bersama DAP,yang juga parti berbilang bangsa dan berbilang ugama.
Jesteru apa perbedaannya.Nampak sama,tetapi tidak sama.Tetapi apa yang tidak sama?.
TERAS kepimpinan,bukan pemimpinnya.

Perlembagaan bolih bolih ditulis itu dan ini.Tetapi menjadikan perlembagaan itu sebagai satu peraturan,belum tentu dapat dilakukan jika pemimpin terlalu diberi kuasa sebagai kuasa penentu.
Itulah yang berlaku dulu,kini dan selamanya.Juga itu yang berlaku, dulu hudud kini sudah tiada.

Manusia rakus apabila mendapat kekuasaan dan mempertahankan kekuasaan.Berlaku dalam UMNO-BN,berlaku dalam PKR,berlaku dalam PAS,juga berlaku dalam DAP.
Cuma tahab kerakusan sahaja yang membedakan antara kesemuanya ini.

UMNO?,ya telah rosak ..Bodi nya bolihlah tahan,ada yang masih elok walaupun ada yang berlubang disana sini,tetapi injinnya hancur 100 peratus.Adakah sudah tiada mekanik yang bolih memulihkannya.Jawapannya tentu ada,tetapi usahkan untuk membaiki,hampir dan dekat untuk memberi tahu punca injin nya rosak pun sudah dihalau dan dan diterajang jauh.Untuk menampal bodi nya,banyak yang perlu di gris,dicuci dan dicat.Jalan terakhir sipenampal bodi hanyalah berupaya membuat catatan demi catatan dan berbincang bersama makanik pakar injin dan megedar untuk berkongsi pengalaman yang tertulis bersama mereka yang punya kepakaran seperti dirinya tapi tidak dapat berbuat apa apa lagi.Terlalu banyak penjaga ditugaskan menjaga kereta rosak dan burok ini.

Telah terpahat rapat hanya jenama ini sahaja yang bolih dibawa untuk memandu arah.Untuk memperbaiki injin tidak dibenarkan,menampal bodi tiada ada faedah jika injin masih rosak.
Rumusannya,apa kata injin ditukar,bodi juga ditukar.Maknanya cari kereta baru jenama nya masih jenama yang sama.Itu pun kalau jenama lain sukar untuk dipercayai.Tapi bolihkah dan ada kemampuankah keinginan di penuhi.

Itu cerita UMNO.Tapi adakah PAS dan PKR sesuci dalam debu?.
Tidak juga.Nantilah bila lapang.

Tiada ulasan: