Relak Minda Dirantau Seberang

Politik Malaysia kini menjadi suatu politik yang amat gila.Penuh keserabutan, berkecelamok.Tiada parti yang tiada bermasaalah,tiada bercakaran.

Adakala elok kita relakkan minda dengan melarikan diri jauh dari manusia manusia gila ini.Carilah sesuatu yang nyaman.Berjalanlah,berjalan menambahkan pengalaman.Meluaskan pandangan dan pemikiran. http://jom lawat tempat orang
Paparan perjalanan lokasi lokasi yang bolih menenangkan fikiran

Catatan Konpirasi

Ucapan Sultan Azlan Shah Tahun 1980 “Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya” – Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980



Beruk Baca Utusan

Beruk Baca Utusan

Sabtu, 1 Januari 2011

Menempah Neraka di Facebook

Aku ada akaun di Facebook.Aku juga ada akaun di twitter.Tapi hanya setakat ada akaun,dengan active melalui pelbagai komen ,tak banyak mana pun.Adalah satu dua.Tapi dengan twitter,satu pun tak ada.Jadi,akuan aku dengan twitter macam akaun simpanan dan semasa aku lah.Ada akaun,tapi tak bergerak.
Melihat komen dari Facebook lebih mudah(aku tak refer pasai twitter kerana aku tak pernah buka pun),tapi aku tak berapa sukalah dengan apa yang ada dalam facebook.Walaupun catatan blogger kadang kadang lebih terok dan hina,tapi ia tak lah berapa luas sebarannya macam facebook.Catatan blogger tidak ada pemaksaan untuk melihat.Kalau tak dibagitau atau dipanjangkan,tinggallah ia sebagai catatan syok sendiri.Tapi berlainan dengan catatan dalam facebook.Terbuka luas untuk ditembusi.
Facebook orang politik lagi terok.Amat terok.Kalau tak tahan jangan buka atau jangan baca.Kalau baca,pasti tangan gatal untuk ikut bersama dalam menjawap semua hujah.
Sebab itu akau gunakan tajuk "Menempah Neraka di Facebook".
Manusia ada pemikiran masing masing.Hujah akan dilawan hujah.Dicari sandaran samada sandaran itu sengaja diada adakan, siapa yang tahu,asalkan hujah yang dibuat dikatakan bolih mematikan hujah lawan.Akhirnya ujudlah hujah yang songsang,yang keterlaluan,memaki dan menista,malah mengkafirkan yang belum tentu ianya kafir.
Jika activiti bolih menghasilkan dosa,bukankah dosa pula satu jalan keneraka.
Aku tengok dah banyak teman sudah tutup akaun di facebook.Mungkinkah ini puncanya.
Waspadalah dengan activiti di Facebook.
KALAU HENDAK DIGUNAKAN,UJUDKAN PADA PENCARIAN YANG BERMANAFAAT-BERGUNA

Tiada ulasan: