Relak Minda Dirantau Seberang

Politik Malaysia kini menjadi suatu politik yang amat gila.Penuh keserabutan, berkecelamok.Tiada parti yang tiada bermasaalah,tiada bercakaran.

Adakala elok kita relakkan minda dengan melarikan diri jauh dari manusia manusia gila ini.Carilah sesuatu yang nyaman.Berjalanlah,berjalan menambahkan pengalaman.Meluaskan pandangan dan pemikiran. http://jom lawat tempat orang
Paparan perjalanan lokasi lokasi yang bolih menenangkan fikiran

Catatan Konpirasi

Ucapan Sultan Azlan Shah Tahun 1980 “Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya” – Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980



Beruk Baca Utusan

Beruk Baca Utusan

Isnin, 24 Januari 2011

Interlok-Wajah Sebenar Melayu Terserlah

Interlok masih menjadi ingauan.Interlok masih lagi jadi isu.Isu ini belum mati.Ia terus hidup,selagi ada orang yang menghidupkannya.Pentasnya juga tersedia.Tenang namanya dan ianya yang paling sesuai untuk isu ini terus menjadi isu.
Kelompok yang menjadi kurang ajar kerananya adalah dari kelompok yang sama.Orangnya adalah orang yang sama,cuma jenama sahaja yang dipelbagai.
Mulanya aku cukup bengang dengan isu ini.Terlalu kurang ajar dan biadap kelompok ini.Tetapi sikit demi sedikit,marah aku mula hilang.Bukan hilang terus tetapi hilang berubah arah.
Aku mula melihat bahawa ada hikmah disebalik isu ini.Aku terus mengenal manusia melayu.Manusia melayu era ini,masa kini.

Interlok mengujudkan melayu kepada 3 spesis.
1-spesis politik
2-spesis ngo
3-spesis yang tiada ada spesis,tak ambil tahu apa apa mengenai interlok.

Spesis politik
Jika selama ini melayu sukar disatukan,tetapi Interlok berjaya melakukannya.Melayu UMNO dan PAS senada dengan Melayu PKR.
Bersatu dalam satu sikap yang sama iaitu bisu,sebisu bisunya.Puncanya,bersuara akan menghilangkan sokongan kaum penentang Interlok kepada parti yang di anutinya.Hilang sokongan bererti nipiskan kekuasaan politik.
Perinsip,kepercayaan dan perjuangan telah diterajang jauh jauh.Hati penentang mesti dijaga,walaupun ianya akan menyebabkan hati penulis Interlok telah terguris habis.Istilah pelacur yang digunakan pada jalang jalanan telah beralih nama kepada pelacur politik.
Ketakutan melampau pada penentang terserlah.Yang bernama kerajaan takut membuat keputusan,yang bernama pembangkang melihat arah angin.Dipujuk,dibelai sebaik mungkin walaupun sejarah membukti dengan mereka ini belaian dan pujukan perlu dibayar dengan harga yang cukup besar iaitu meroboh sumbangan dan sejarah berbangsa Malaysia yang terasnya Melayu.
Kebolihan menentang hujah telah tidak diguna pakai.Sejarah satu bangsa pendatang pada tahun 1930 mahu dihapuskan demi ugutan mereka yang mendakwa bukan manusia pendatang .Rasionalnya apa yang perlu dihebohkan jika mereka bukan dari keturunan pendatang.Yang diceritakan adalah adat dan amalan manusia yang berada jauh dari dunia mereka tetapi berkelana ke Malaya pada satu ketika dulu.Berkelana sambil membawa amalannya bersama.
Jika masih mengiakan intipati nukilan novel,realiti dan sesungguhnya mereka adalah dari keturunan pendatang.

Spesis NGO
Kehebatan spesis ini juga terserlah kerana Interlok.Terserlah keperwiraan Melayu masa kini adalah satu dongengan yang menyama keperwiraan Melayu Melaka yang melepaskannya pada penjajah.Terbukti kehebatan yang diagongkan hanya kehebatan yang berdindingkan politik.
Rapuh dinding politik,runtuhlah juga keperkasaan NGO ini.
Mana Perkasa dan beberapa NGO lagi yang mengaumkan begitu gah sebelum ini.Jawapan memang masih ada,tetapi dinding politik menghalangnya bergerak.Jika bergerak,runtuhlah dinding ini.
Gapena,Pena dan beberapa persatuan penulis lain juga begitu.Kemesraan yang ditunjukan olih kawan kawan yang bernama parti politik sah merupakan kemesraan bersyarat dan kemesraan terhegeh hegeh.Bukan setakat gagal untuk berlindong,untuk menghampiri sudah diberi isyarat,jangan kau datang.

Jelas dan terang,NGO di Malaysia (baca: kebanyakan)hanya pertubuhan main main.Ada dua tiga kerat,tertubuhlah NGO.Ia juga pertubuhan untuk nafsu individu yang mahu bernama pemimpin.Paling ramai mereka yang telah ditendang keluar dari NGO lain.Sama seperti dalam parti politik.Tiada kekuatan ahli,tiada kekuatan sokongan yang sebenar,kerana sokongan hanya akan tiba andai sokongan yang diminta tidak merebahkan induk yang diminta sokongan.

Hanya ada satu jalan sahaja yang bolih menyelamatkan maruah Interlok.
Berdoa dengan sesungguh doa.Itupun hanya akan dilakukan olih mereka yang berada diantara spesis numbur 2 dengan spesis numbur 3.Mungkin kita namakan spesis no 2 3/4(dua tiga suku)

Tiada ulasan: