Relak Minda Dirantau Seberang

Politik Malaysia kini menjadi suatu politik yang amat gila.Penuh keserabutan, berkecelamok.Tiada parti yang tiada bermasaalah,tiada bercakaran.

Adakala elok kita relakkan minda dengan melarikan diri jauh dari manusia manusia gila ini.Carilah sesuatu yang nyaman.Berjalanlah,berjalan menambahkan pengalaman.Meluaskan pandangan dan pemikiran. http://jom lawat tempat orang
Paparan perjalanan lokasi lokasi yang bolih menenangkan fikiran

Catatan Konpirasi

Ucapan Sultan Azlan Shah Tahun 1980 “Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya” – Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980



Beruk Baca Utusan

Beruk Baca Utusan

Selasa, 21 Disember 2010

Kedah Sejahtera

Kedah Darulaman negeri tempat aku dilahirkan,aku dibesarkan,aku bersekolah,aku mula bekerja dan juga tempat aku menamat dunia pekerjaan aku dengan sebuah GLC komunukasi yang ujud hasil pengswastaan sebuah Jabatan Kerajaan.Tidak patut dilupakan,di negeri ini jugalah aku mula bekeluarga dan kini punya anak seramai 5 orang,2 lelaki 3 perempuan.

Inilah tanah tumpah darahku.Bolih dikatakan aku tidak pernah kemana dalam jangka masa yang lama sejak lahir hingga sekarang.Kalau ada pun ianya melibatkan masa masa untuk menambah pengetahuan dan pembelajaran di Pusat Latihan Getah di Padang Rengas dan Padang Buloh sebelum mengalih haluan ke Jalan Semarak @ Jalan Gurney dimana beradanya International Commucation Traning Center.Jika lain lain daripada itu hanya setakat sebulan dua,itu pun kerana menjakani latihan dunia pekerjaan atau membawa keluarga menikmati pemandangan luar,samada dalam negeri atau luar negara.Dan bermula dari tanah inilah aku berangkat ketanah paling suci didunia dan kembali ketanah ini.

Disinilah dalam usia masih muda aku mula mengenai politik,pahit maung berpolitik.Berhenti menjadi aktivitis politik juga disini dan kini hanya seronok bersama politik sebagai pemerhati politik.

Kedah Darulaman negeriku.Kedah Sejahtera?.
Malam tadi di surau tempat aku berjemaah ,Surau Al Firdaus Taman Desa Aman Sungai Lalang tiada kuliah berjadual.Sementara menunggu azan Isyak,seperti biasa lebih ramai yang berhimpun di gerai kecil dalam kawasan surau daripada berada bersama mereka yang terus melakukan ibadah sunat didalam surau.Pekena secawan radix atau kopi o akan merancakkan perbincangan.Inilah mini parlimen kami.Hampir semua topik menjadi isu perbahasan dan perbincangan.Sebut apa sahaja isu,semuanya pernah dibincang.Walaupun sekadar kawasan biasa,bukan kawasan elit seperti yang terdapat di kebanyakan taman di bandar utama,pembahasnya bukan setakat kaki cokia,malah terdapat pakar pakar tidak rasmi meliputi hampir semua tajuk yang diperbahaskan.

Tentera,polis,pegawai penyiasat,kastam,JPJ,pendidikan,IT,komunukasi,tenaga,kesihatan,
politik sepenuh masa,perniagaan,GLC,malah taukeh emas Melayu terulung di Kedah juga berada bersama disini.Cuma yang membezakannya ialah samada masih terlibat dengan pekerjaannya atau telah bye bye dengan title seorang pesara.Dan ianya sudah lebih dari korum yang mencukupi.
Tetapi kekurangan tetap ada.Tiada pembangkang kekal dikalangan ahli tetap mini parlimen ini.
Ding dong ding dong,itu tak betul,ini tak tak patut,ini tak kena,yang kebayakannya dihalakan pada Kerajaan PAS(Pakatan) Kedah, tapi natijah akhirnya semua akan memangkah lambang yang sama bila tiba PRK atau PRU.

Kedah Sejahtera?.
Ini topik menjadi isu malam tadi.
Paling panas ia di mulakan dengan "podahhhhh"."Sejahtera kepala bapak dia",sebaik sahaja aku memberitahu Kedah dibawah pentadbiran YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Razak akan menyambut kemunculan 2011 dengan Kedah Sejahtera.
Apa yang dia buat?.Apa yang sejahtera?.Elek.Setakat turun cukai tanah yang tak seberapa tu,tak payah cakaplah.Nak tampung duit ayak yang depa penaik baru ni pun tak cukup.Piraahhh."
Kami kenal benar dengan kawan kami ni.Cakap,demontrasi mana dia tak ada,malah sewaktu semua masih menyembunyikan kemarahan SADA menaikkan tarif air baru baru ini,dialah antara juara yang mengoncang pagar pintu Wisma Darulaman.Semangat cukup kuat,mungkin akibat dia pernah menjadi seorang komando sewaktu berkhidmat sebagai tentera dulu.
"Aku, kalau bukan BN ni kaki rasuah,kaki pembohong orang,kaki katok orang,dari dulu aku tak kelapak dengan PAS ni".Cakapnya seolah dia bukan seorang penyokong tegar PAS yang amat kami semua tahu.
Semua yang ada bersama belum ada yang membantah cakapnya.Memang apa yang dicakapnya betul.Tiada dinafi kebenarannya.
Tangannya menunjuk sana,menunjuk kesitu.Mulutnya pot pet terus bersyarah.
"Tu tengok jalan tu,tu tengok tong sampah tu,tu tengok simpang tu"
Semua ini dirujuk pada apa yang berada disekelingnya.
Jalan rosak tidak dibaiki,tong sampah penuh tidak dipungut,lori trailer dan kontena di parking disimpang simpang yang menggangu pemandangan,gerai gerai baru ujud secara tak terurus,merealitikan bahawa cakap cakapnya amat betul.
Dan semua ini tidak terjadi sewaktu Kedah Darulaman diperintah olih BN,sebuah parti yang tidak menjanjikan pentadbiran secara Islam.

Kedah Darulaman Kedah Sejahtera,
Tidak cukup dengan apa yang dikatakan olih sahabat kami tadi,kita akan mempersoal Sejahterakah Kedah jika kita melangkau keluar lebih jauh lagi dari tempat tempat yang dikatakannya ini.
Sepanjang jalan,disekeling kampung kampung Melayu,ditepi rumah JKKP,MKK malah Tok Imam pun berada berhampirannya,ujud bagai kulat (cendawan dimusim hujan)pusat karaoke yang dibuka tidak kenal waktu.Pengujung Melayu,semua Melayu beragama Islam,dari sekecik kecik hingga ke tua bangka.
Sejahterakah kita dengan situasi ini.Pelaksanaan olih Kerajaan berteras Islam kah ini.
Sengaja aku tidak mahu membuka cerita apa yang ada dipusat pusat bandar kerana jika apa yang berada di kawasan perkampungan pun sudah sakit hati dan mata memandang,apatah lagi jika kawasan pekan dan bandar yang segala mak nenek ada.

Nyatalah,bercakap dan berjanji amat mudah,tapi untuk melaksanakan ia amat sukar sekali.
Amat kurang orang yang menyedari bahawa semua ini terjadi kerana pelaksanaan.Dan hampir semua pelaksanaan bukan dilakukan olih orang orang politik dimana di Kedah Ustaz Azizan adalah ketuanya.
Manusia hipokrit berada dimana mana terutama di Malaysia.Lebih sedih lagi kebanyakan manusia manusia ini adalah manusia Melayu beragama Islam.
Mereka ini lah yang menaikkan sesebuah kerajaan dan mereka juga berupaya menjatuhkan.
Mereka mereka inilah yang gah beramai ramai mengunjungi ceramah ceramah Pakatan dan bertepok sorak ,sanggup bermandikan semboran dari trak FRU sewaktu penceramah berkata"kita perlu tumbangkan kerajaan yang korup dan kroni".
Tapi malang "setengah" daripada mereka inilah yang diamanah sebagai pelaksana sebenarnya perasuah,kaki kroni yang tersembunyi.
Jika setiap bulan diberi bonus pun,sapu tetap sapu.Tanpa hulur kerja tak akan berjalan.Seolah gaji yang diberi amat kecil bagi mereka walaupun ada diantaranya jika dikumpul akan menjadi lima angka jumlahlah sebulan.Tidak pernah terbayang dalam pemikiran mereka betapa banyak keringat yang keluar dari mereka yang kurang bernasib baik berbanding mereka.Kelulusan sama,cuma nasib yang bersama mereka.
Jika tidak ,masakan apa yang aku catatkan masih berleluasa malah makin terok lagi.
Dan jika mereka mereka ini masih ada ,kata kata Kedah Sejahtera juga akan menjadi satu kata kata cakap tak serupa bikin.

Tuah kerana simpati pengundi jangan diabaikan.Meluatnya pengundi pada BN jangan dianggap satu yang kekal.
Jika kemarahan pengundi kepada BN telah hilang,nescaya PAS juga akan turut kehilangan Kerajaan PAS Negeri Kedah.Dan mereka yang menjadi duri perlu diterajang keluar.

Tiada ulasan: