Relak Minda Dirantau Seberang

Politik Malaysia kini menjadi suatu politik yang amat gila.Penuh keserabutan, berkecelamok.Tiada parti yang tiada bermasaalah,tiada bercakaran.

Adakala elok kita relakkan minda dengan melarikan diri jauh dari manusia manusia gila ini.Carilah sesuatu yang nyaman.Berjalanlah,berjalan menambahkan pengalaman.Meluaskan pandangan dan pemikiran. http://jom lawat tempat orang
Paparan perjalanan lokasi lokasi yang bolih menenangkan fikiran

Catatan Konpirasi

Ucapan Sultan Azlan Shah Tahun 1980 “Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya” – Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980



Beruk Baca Utusan

Beruk Baca Utusan

Rabu, 24 November 2010

Pagar Yang Memakan Padi

Terlalu banyak isu yang mendapat perhatian baginda Sultan Selangor sejak Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa daripada Barisan Nasional.

Sebagai seorang raja yang tidak mahu melihat kesusahan rakyat terutama rakyat Negeri Selangor,baginda akan menegur apa sahaja jika ia melibat kerugian atas kerja kerja tidak amanah atau penyelewengan kerana ia memberi kesan kehidupan kepada rakyat baginda.
Terbaharu sebagai menunjukan kemurkaan baginda dan tidak memberi muka pada mereka mereka yang melakukan pembaziran,malah mungkin penyelewengan,baginda telah membatalkan keberangkatan disatu majlis yang dianjurkan olih Yayasan Selangor.

Sikap mengambil berat dan menghurmati undang undang juga ditunjukan olih baginda melalui pegawai Jais yang dipercayai telah mendapat arahan baginda supaya sesiapa sahaja yang tidak punya tauliah walaupun punya ijazah berjela jela daripada Azhar atau lain universiti terkemuka di timur Tengah,dilarang memberi kuliah di negeri Selangor.
Jesteru,janganlah kita hairan jika ada rakyat yang mengadu pada baginda jika mereka mengalami sebarang kesulitan,apatah lagi jika kesulitan itu ditimbulkan olih mereka yang bergelar kerabat di Raja Selangor.
Kita percaya sebagai seorang raja yang memang prihatin,kes seperti lapuran Merdeka Review ini dapat diselesaikan dalam jangkamasa yang singkat.

Tuntutan wang berterusan:Sub-Kontraktor akhirnya adu kepada Sultan
Neo Chee Hua Nov 23, 2010 01:08:10 pm

Sub-kontraktor akhirnya mengadu kepada Sultan Selangor setelah kerugian RM43 juta, apabila syarikat kontraktornya - yang dikuasai kerabat Sultan Selangor - dalam Projek Hospital Shah Alam menggunakan kedudukan dan kemudahannya untuk menuntut wang daripada sub-kontraktor tersebut.
Raja Petra Kamaruddin pernah mendedahkan surat yang berkaitan dengan skandal yang melibatkan anggota kerabat Sultan Selangor dalam laman Malaysia Today yang dikendalinya sebelum ini. Surat tersebut ditulis oleh sub-kontraktor Projek Hospital Shah Alam, iaitu GM Healthcare Sdn.Bhd kepada Sultan Selangor, mendedahkan bahawa Sunshine Fleet Sdn.Bhd yang dikuasai adinda Sultan, iaitu Tengku Arafiah terlibat dalam skandal rent-seeking.
Ketua Pegawai Eksekutif GM Healthcare Sdn.Bhd, Elvin Toh Chen Vin telah mengesahkan kepada MerdekaReview bahawa surat tersebut adalah benar. Menurut Elvin Toh, surat tersebut ditulis oleh GM Healthcare untuk mengisahkan kronologi peristiwa itu kepada Sultan.
Sebagaimana yang diketahui MerdekaReview, Sunshine Fleet yang dikuasai Tengku Arafiah bukan sahaja meminta agar GM Healthcare untuk melangsaikan hutang yang dilonggakkan sub-kontraktor sebelumnya, bahkan menuntut wang tunai dari GM Healthcare melalui pelbagai saluran. Berikutan daripada itu, GM Healthcare kerugian RM43.15 juta, kerana gagal menuntut balik wang yang dibelanjakan, malah kehilangan projek Hospital Shah Alam ini.
Kementerian Jabatan Kerja Raya kini telah membatalkan kedudukan Sunshine Fleet (yang dikuasai Tengku Arafiah) sebagai kontraktor utama projek Hospital Shah Alam, malah dibuka tender semula. Menurut laporan Star pada 3 Oktober, kerajaan telah membayar RM122.50 juta kepada Sunshine Fleet, namun projek ini hanya disiapkan setakat 25.3%.
Perjanjian antara bekas Sultan Selangor dengan Mahathir
Menurut sumber maklumat, penglibatan kerabat Sultan Selangor dalam projek Hospital Shah Alam ini disebabkan perjanjian antara bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad dengan bekas Sultan Selangor. Sebagaimana yang dimaklumkan, Mahathir Mohamad mencadangkan projek ini antara tahun 2000 hingga 2001.
Perjanjian direstui oleh Mahathir (gambar kanan) dengan Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada ketika itu adalah tanah diperuntukkan oleh Sultan Selangor, dengan syarat projek tersebut perlu diserahkan kepada anggota kerabat Sultan. Namun, projek ini ditangguhkan, malah tidak dilaksanakan sehingga Mahathir berundur dari jawatan PM. Ia hanya bermula pada zaman PM kelima, Abdullah Ahmad Badawi apabila JKR menyerah projek ini kepada Sunshine Fleet yang dikuasai kerabat Sultan Selangor pada 9 November 2007.
Menurut maklumat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), tiga orang pemegang saham utama Sunshine Fleet adalah adinda Sultan Selangor, Tengku Arafiah (70% saham), Azamuddin Shah Abdul Aziz (10% saham) dan Tengku Abdul Samad Shah Sultan Salahuddin Abdul Aziz.
Tengku Arafiah bukan sahaja pemegang saham terbesar Sunshine Fleet, malah menyandang jawatan Pengerusi Eksekutif yang membuat keputusan untuk syarikat.
Rent-seeking
Mengapa GM Healthcare terlibat dalam skandal rent-seeking ini? Menurut Elvin Toh, syarikat ini pada asalnya mengusahakan perniagaan pemborongan perubatan yang diasaskan Chua Zhi Bin. Elvin Toh mengambil alih GM Health pada tahun 2007 dan memegang 50% saham masing-masing bersama Chua Zhi Bin.
Setelah Sunshine Fleet memperolehi projek bernilai RM482.60 juta dari JKR pada November 2009, maka GM Health diundang untuk menyertai pembidaan projek tersebut. Tetapi, akhirnya Tengku Arafiah (gambar kiri) menyerah keseluruhan projek ini kepada Isyoda Sdn.Bhd, dan bukannya GM Helathcare pada 16 November 2007. Menurut perjanjian antara Sunshine Fleet dengan Isyoda ketika itu, Sunshine Fleet "sub" projek ini kepada Isyoda dengan nilai RM451.321 juta, dan mengaut keuntungan RM31.369 juta daripadanya.
Pada hari yang sama, Isyoda mengeluarkan "Letter of Undertaking of Payment" kepada Tengku Arafiah, bersetuju untuk membayar RM46.231 juta kepada Tengku Arafiah. Kontrak yang diambil-alih Isyoda sebenarnya bernilai RM405 juta setelah ditolak angka tersebut.
Maka Tengku Arafiah dan Sunshine Fleet memperolehi keuntungan bersih RM77 juta daripadanya, iaitu RM31.369 juta daripada perbezaan nilai kontrak, dan RM46.231 juta yang diterima Tengku Arafiah.
Permintaan untuk "Selamatkan Projek Hospital"
Bagaimanapun, Isyoda terjerat ke dalam masalah kewangan kemudiannya. Tengku Arafiah meminta GM Healthcare untuk menyelamatkan projek hospital ini dengan mengambil-alihnya dari tangan Isyoda - supaya projek ini tidak ditarik balik JKR.
Kedua-dua pihak mencapai persetujuan dalam satu perjanjian sub-kontrak pada 10 Februari 2009, iaitu Sunshine Fleet melantik GM Healthcare sebagai sub-kontraktor kedua, dan mengambil-alih projek Hospital Shah Alam dari tangan Isyoda dengan RM400.9 juta.
Untuk mengambil alih projek ini, GM Healthcare dengan sengaja menstruktur semula organisasi dalam syarikatnya. GM Healthcare mengajak syarikat FRONTIER STRUCTURE Sdn.Bhd dari Pulau Pinang untuk bergabung dan mengendalikan projek ini bersama.
FRONTIER STRUCTURE Sdn Bhd adalah syarikat pembinaan yang mempunyai Gred 7 dan jaminan kualiti. Selepas penggabungan kedua-dua syarikat, GM Healthcare menjadi kontraktor bumiputera kelas A. Dalam rombakan ini, FRONTIER STRUCTURE Sdn Bhd dan GM Healthcare masing-masing memegang 50% saham. Dengan kata lain, saham yang dipegang oleh Elvin Toh Chen Vin dan Chua Zhi Bin sebelum ini telah menurun kepada 25% masing-masing.
Tuntutan wang berterusan
Elvin Toh berkata, menurut perjanjian antara Sunshine Fleet dengan GM Healthcare, nilai projek ketika diambil-alih GM Healthcare hanya tinggal kira-kira RM400.9 juta. Muafakat yang dicapai dalam perjanjian adalah GM Healthcare bersetuju untuk membayar Sunshine Fleet dengan harga 5% dari nilai projek, iaitu kira-kira RM20 juta, sebagai pulangan memperolehi projek tersebut. Wang ini pada asalnya dibayar kepada Sunshine Fleet secara berperingkat, mengikut perkembangan projek dan pembayaran wang dari JKR.
Namun, Sunshine Fleet telah habis menuntut RM20 juta itu dalam masa enam bulan, malah menuntut lebih wang dari GM Healthcare. Ia berakhir dengan pembayaran GM Healthcare kepada Sunshine Fleet melonjak dari RM20 juta (pada asalnya), kepada kira-kira RM35 juta.
Elvin Toh akhirnya enggan memberi apa-apa bayaran kepada Sunshine Fleet, dan tindakan ini telah mencetus perselisihan komersial antara GM Healthcare dengan Sunshine Fleet. Antaranya, GM Healthcare meminta JKR membatalkan kontrak Sunshine Fleet sebagai kontraktor utama, malah membawa kes ini ke mahkamah untuk mendapatkan perintah agar Sunshine Fleet di-"wind-up".
Sunshine Fleet akhirnya menamatkan kontrak GM Healthcare sebagai sub-kontraktor pada 11 Ogos 2010, dan JKR pula membatalkan kontrak Sunshine Fleet sebagai kontraktor utama pada 3 September 2010. (Bahagian pertama, bersambung)

BAHAGIAN KEDUA

*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang dari teks asal.

Tiada ulasan: