Relak Minda Dirantau Seberang

Politik Malaysia kini menjadi suatu politik yang amat gila.Penuh keserabutan, berkecelamok.Tiada parti yang tiada bermasaalah,tiada bercakaran.

Adakala elok kita relakkan minda dengan melarikan diri jauh dari manusia manusia gila ini.Carilah sesuatu yang nyaman.Berjalanlah,berjalan menambahkan pengalaman.Meluaskan pandangan dan pemikiran. http://jom lawat tempat orang
Paparan perjalanan lokasi lokasi yang bolih menenangkan fikiran

Catatan Konpirasi

Ucapan Sultan Azlan Shah Tahun 1980 “Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya” – Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980



Beruk Baca Utusan

Beruk Baca Utusan

Rabu, 1 September 2010

DUA KALI LIMA

Dua kali lima(2x5) ,berapa jawapnya.
Sepuluh (10) jawapnya.
Bukan.
PAS dan UMNO sama saja adalah jawapannya.
Sama tapi tak serupa.Dan sama,tapi tidak sama semuanya.

Malam tadi 31/08/2010,surau tempat kami Surau AlFirdaus Sungai Lalang mengundang Ustaz Hassan Razak Pegawai Khas MB Kedah untuk menyampaikan tadkirah Ramadhan.
Majlis yang berjalan selepas Solat Terawih tamat sekitar jam 1120 malam.Panjang tapi membawa faedah ilmu yang amat berguna.
Itu kes tadkirah.Panjang tapi menarik.

Selepas majlis selesai,Ustaz Hassan Razak di tarik untuk majlis rai tamu secara kecil kecilan.Sambil minum minum ,cakap cakap politik pun bermula.
Bermula dari kejayaan PAS Kedah memimpin Pakatan Kedah mentadbir negeri sehingga sedikit pengakuan ada sedikit ding dong sesama jemaah didalam merebut rezeki di bumi Allah ini.
Bagi kami (dan sesiapa yang mengikuti pentas ceramah dan pembaca tetap Harakah)penjelasan ini merupakan ulangan apa yang berada dalam catatan Harakah.Tiada yang baru.

Waktu rancak berbual aku menyelit beberapa pertanyaan yang menjadikan perbincangan yang begitu rancak tadi menjadi slow sedikit.Ternyata seakan tetamu ini tidak dapat menerima pertanyaan aku atau lain lain pertanyaan yang mencabar kreabiliti pentadbiran PAS Kedah.
Terpegaruh juga aku dengan penjelasannya.
Tetapi selepas pulang dari solat Subuh di surau,sambil menunggang sempat juga sendirian berfikir.Jawapan dan penjelasan kah ini atau babak pembantu menepis bagi melindong tuannya.
Aku memperolihi jawapan terkini bagi persoalan ini: 2 kali 5.

Soalan 1:Ustaz nak tanya sikit.Dalam ulasan blog hari ini ada cerita MB baru balik dari Mekah.Ada cakap cakap Ustaz Azizan MB guna RM 15,000 semalam untuk bayaran sewa bilik .

Soalan 2:Betulkah seperti dalam catatan beberapa blog,tingkah laku penuntut Insaniah menjadi terok,kurang lebih perangai student IPTA dan IPTS bukan agama.

Soalan 3:Saya telah ajukan soalan ini pada seorang exco Kerajaan Negeri,tapi dia suruh saya tanya Ustaz Azizan sendiri.Sekarang sebagai Pegawai Khas MB,saya nak tanya ustaz la.Apa status bangunan Dewan Orang Ramai tapi masih digunakan olih UMNO sebagai hak miliknya.

Semua pertanyaan ada jawapan.Ada yang memuaskan,ada yang sekadar melepas batuk ditangga.kah,koh,koh,agin bawa lalu begitu saja.
Tapi dari jawapan yang diberi,aku dapatlah simpulkan ada sedikit ding dong dalam jemaah PAS diperingkat kepimpinan.Inilah yang aku katakan 2 kali 5.

Soalan 1-Aku tiada ulasan susulan daripada jawapan Ustaz Hassan Razak.Sebagai seorang kerap juga ke Tanah Suci(dengan izinNYA),aku sendiri dari awal menyifatkan cakap cakap dan tuduhan itu keluar daripada orang yang tak pernah keluar daripada Negeri Kedah,kalau ianya anak Kedah.Hampas,fakta alang alang nak bohong,biar sampai jangan orang percaya.

Soalan 2-Jawapan Ustaz Hassan Razak tak ada class langsong.Mencabar balik untuk satu soalan daripada jemaah adalah satu jawapan manusia yang bukan bertaraf Pegawai Khas seorang MB PAS.
Pi tengok sendiri-bukanlah jawapannya.Memadai jawap berdasar apa yang ditanya.Jika ya katakan ya,jika tidak katakan tidak.

Soalan 3-Jawapannya jelas menunjukan berjaya atau tidaknya Kedah kekal berada dalam Pakatan selepas PRU13 bergantung pada kekuatan Ahli Majlis dan Pegawai Daerah.
Jika Ahli Majlid terdiri daripada para penakut dan bersifat munafik,lain cakap lain buat Kedah akan hanyut semula kepada UMNO-BN.
Lagi jelas terperinci jawapan daripadanya,kuasa kuasa UMNO-BN masih utuh berada di kalangan DO dan penghulu penghulu.Mereka merupakan sebahagian juru catur untuk melingkopkan Pakatan kelak.

Itu baru kes jawapan soalan,belum diulas satu jawapan yang mirip jawapan orang orang umno-bn yang amat takut pada catatan bloger.

Renung punya renung,tengok punya tengok apa yang dapat aku gambarkan selepas berkuasa PAS Kedah mula menurut sikit demi sedikit stail dan cara umno-bn melantik wakilnya dalam beberapa GLC.
Dapat aku baca sah telah ada pertelingkahan dalaman dalam merebut sedikit rezeki jika terlantik dalam GLC.
(merebut jawatan dalam PAS bukan perkara pelik)
Paling mengejutkan bila kumpulan yang gagal menempatkan diri dalam pimpinan kawasan dianggap permasaalah sebenar yang dihadapi olih PAS dan bukannya UMNO.walaupun disebut jelas siapa yang dianggap ketua kumpulan ini,aku tak akan mendedahkan walaupun ada beberapa orang lagi yang bersama bolih memberitahunya.

Tiada ulasan: