Relak Minda Dirantau Seberang

Politik Malaysia kini menjadi suatu politik yang amat gila.Penuh keserabutan, berkecelamok.Tiada parti yang tiada bermasaalah,tiada bercakaran.

Adakala elok kita relakkan minda dengan melarikan diri jauh dari manusia manusia gila ini.Carilah sesuatu yang nyaman.Berjalanlah,berjalan menambahkan pengalaman.Meluaskan pandangan dan pemikiran. http://jom lawat tempat orang
Paparan perjalanan lokasi lokasi yang bolih menenangkan fikiran

Catatan Konpirasi

Ucapan Sultan Azlan Shah Tahun 1980 “Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya” – Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980



Beruk Baca Utusan

Beruk Baca Utusan

Isnin, 26 Julai 2010

Melatah

Bila sebut melatah ,akan dingat bahawa inilah satu satu tabiat Melayu.Bangsa lain kurang dikaitkan dengannya.Kumpulan terlibat pula lebih kepada mereka yang menuju usia emas.Itulah hakikat dan itulah realiti,dulu.
Namun perlu diingat,sikap melatah bukanlah sifat yang baik.Kadang kala ia bolih memuzaratkan diri,malah ia bolih mengundang bencana kerana dalam keadaaan melatah,pelatah bolih melakukan apa saja tanpa disedarinya.
Namun disebalik keburukan melatah "kumpulan asal" ini,ianya sekadar membawa kecelakaan(jika berlaku)pada mereka yang ada sekitarnya sahaja.
Itu dulu.

Kini lain.
Kumpulan melatah telah diperbesarkan skopnya.Dan apabila skopnya telah diperbesar,musibah dan muzaratnya tentu lebih besar.
Antara teraju utama "pelatah" edisi terkini ialah beberapa pemimpin PAS,UMNO dan PKR.Ini belum termasuk beberapa individu yang memang mendaftar diri mereka menjadi "pelatah".Kumpulan ini pula diketuai oluh katak sikatak lompat.

"Mereka pembohong,sila letak jawatan,mari berdebat adalah antara ayat ayat "pelatah"masa kini.Ianya berlainan dengan "pelatah" tradisional yang akan mengeluarkan saja apa saja yang terkeluar dari mulutnya ikut keadaan semasa.
Namun "pelatah" terkini tersusun latahannya dan disambung sambung sambung olih pelatah lain.
Disebabkan itu latahan bentuk baru ini sudah menjadi jenaka disamping muzarat besar yang balanya diterima olih dirinya sendiri.
Tidak perlu dihuraikan panjang kerana bagi yang memahami isi pelatah politik ini tentu dengan mudah akan menyambung beberapa lagi motif dan kesan akibat dan sebab pelatah ini muncul.
Realiti juga ,pelatah politik ini adalah manusai paling bodoh dan bahlul kerana memperbodoh dan membahlol diri sendiri.

Tiada ulasan: