Relak Minda Dirantau Seberang

Politik Malaysia kini menjadi suatu politik yang amat gila.Penuh keserabutan, berkecelamok.Tiada parti yang tiada bermasaalah,tiada bercakaran.

Adakala elok kita relakkan minda dengan melarikan diri jauh dari manusia manusia gila ini.Carilah sesuatu yang nyaman.Berjalanlah,berjalan menambahkan pengalaman.Meluaskan pandangan dan pemikiran. http://jom lawat tempat orang
Paparan perjalanan lokasi lokasi yang bolih menenangkan fikiran

Catatan Konpirasi

Ucapan Sultan Azlan Shah Tahun 1980 “Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya” – Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980



Beruk Baca Utusan

Beruk Baca Utusan

Ahad, 4 Julai 2010

LAMAN LAMAN SYURGA


Sengaja ana memilih tajuk diatas untuk posting kali ini.Awalnya hendak juga diberi tajuk "Tukar Tak Tukar Sama Saja" atau Jika Begini Biarlah UMNO Terus Memerentah atau lain lain tajuk yang akan mengambar betapa kecewanya kami lantaran tiada kelainan apa yang dilakukan pemerentah Negeri Kedah sejak mengambil alih kekuasaan Mac 2009 yang lalu. Dibawah sekali relate artikal awal berkaitan keperluan pembinaan Surau Al Firdaus yang asas binanya dilakukan tanpa bantuan luar (dana pemerentah).Dan apabila pemerentah bertukar kami juga mengharapkan sedikit perhatian kerana disinilah satu daripada "pusat" beradanya para aktivitis yang berjuang hingga berjayanya Kerajaan PAS Negeri Kedah.Namun sehingga kini bahasa mudah dikatakan "ELEK".Tiada sumbangan,tiada perhatian.Akibatnya kami kini terus berjuang dan berusaha bersendirian agar impian usaha mengujudkan Laman Laman Syurga ini akan berjaya juga akhirnya. Walaupun tiada lagi pengharapan pada pemerentah namun kami masih mengalukan sumbangan daripada sahabat sahabat yang ingin membuat amal jariah agar kita bersama dapat melihat Surau Al Firdaus dapat disiap dan dilengkapkan sebagaimana yang diharapkan. Sumbangan sahabat sahabat bolih disalurkan kepada akuan yang ana link dibawah.

Kepada sahabat yang sudi menyalurkan sumbangan dan ingin mendapatkan resit bolih hubungi
ana di HP 0134312611(Haji Mohd Rejab) atau Bendahari Surau 0194815474(Mohamad Suzi Che Ani)

Walaupun anggaran asalnya RM24,000.00 iaitu menukar bumbungnya sahaja,ianya telah meningkat kepada hampir RM100000.00 (Satu Ratus Ribu)apabila kami memikirkan keperluan masa hadapan dimana kemungkinan taraf Surau Al Firdaus akan dinaikan kepada taraf Masjid apabila permuhunan untuk mengadakan Solat Jumaat dibenarkan. Lampiran Gambaran Pembesaran Surau Al Firdaus


Kerja Berpasukan




Surau AlFirdaus satu daripada bangunan yang berada dalam "Komplek AlFirdaus"yang mengandungi Pusat PASTI,Kedai Gunting Rambut,Gerai Kecil Peralatan Dapor,Rumah Memasak- semuanya dibina dengan sumbangan jemaah tanpa bantuan mana mana pihak berkuasa.Masih memerlukan sumbangan untuk pembesarannya. Juga berada disebelahnya ialah Sekolah Tahfiz Sungai Lalang(Al Firdaus).Markas PAS tidak berada disini kerana ia disewa disatu lokasi Rumah Kedai. Pelajar Kelas Tahfiz AlQuran Kelas PASTI dan Kedai Gunting Rambut

Malam tadi PAS Cawangan telah mengadakan Usrah Bulanan dengan Naqib undangan daripada PAS Penang. Lanjutan daripada siri usrah yang lepas,usrah kali ini terus mengupas aqidah,kekuasaan mengikut Islam dan hukum hukum yang gagal dilaksanakan olih pemerentah semasa,UMNO-BN. Dikupas olih Naqib,Ustaz Rizal bahawa hukum hakam Islam tidak dilaksanakan adalah berpunca daripada UMNO yang menguasai Malaysia yang lebih memfokuskan pada kehidupan keduniaan. Dalam usrah yang dihadiri olih tidak sampai 30 orang walaupun ahli cawangan hampir 200 orang,untuk pertama kali aku sebagai salah seorang ahlinya meluahkan penentangan terhadap ulasan yang dikemukakan. Walaupun konsep usrah yang berlandaskan "Taaruf,Tafahum,Takaful"mengajak pembincangan untuk penyatuan ahlinya,aku tidak dapat menerima jika hujah yang dikemukakan merupakan hujah hipokrit ,berubah ikut suasana dan masa serta mengikut rentak pemikiran pemimpin atasan walaupun hakikatnya pemikiran mereka telah terpesong dari matlamat asal parti.Dan bagi aku ia telah lari jauh dari konsep usrah yang aku kenal bermula dari ABIM dizaman Allahyarham Ustaz Nik Mat Derang. Biarpun aku adalah pendokong kuat Pakatan Rakyat,tetapi melondeh keburukan orang lain(UMNO-BN),padahal kita juga membuat perkara yang sama bukanlah satu daripada perinsip aku.Mengubah hukum dengan menghalalkan cara yang dahulunya haram demi politik,juga bukan perinsip aku.Dan yang lebih membuat darah tua ini begitu bengang dengan ulasan bahawa "Kita Ikut Apa Yang Nabi SAW buat".Membanding apa yang dibuat olih PAS SEKARANG berbanding apa yang dibuat olih Junjungan Besar SAW,bagi aku adalah tidak tepat dan tidak layak kerana siapakah kita yang penuh dengan kehidupan kemungkaran (walaupun bergelar ahli PAS)diletak setaraf perbuatan Junjungan Nabi SAW,walaupun ayat penyedapnya "Kita nak ikut siapa lagi kalau bukan ikut Nabi Mohammad SAW. Dibawalah cerita Nabi Mohammad SAW mengadakan perjanjian dengan puak kafir Mekah sebagai satu contoh untuk menghalalkan percantuman dalam PR sekarang.Tetapi malang tidak diceritakan bahawa kaum Muslimin menguasai keseluruhan keuntungan atas perjanjian tersebut dan mempunyai kekuatan untuk memastikan perjanjian itu dipatuhi.Tidak diceritakan bahawa kaum kafir Mekah amat gentar dengan perpaduan Islam yang amat terserlah dizaman baginda Rasullilah. Bertentangan dengan hujah naqib,aku berpendapat parti bercorak Islam di Malaysia lebih dipergunakan dan sebab itulah terbukti banyak kata dua diberikan bagi menghalang pelaksanaan hukum Islam walaupun ia bakal melibatkan masyarakat Islam sahaja.Disebabkan itu,apabila dituding jari pada UMNO bahawa kekuasaan mereka gagal melaksanakan hukum Islam ,aku menyifatkan sebagai kenyataan politik yang bersifat hipokrit kerana PAS yang menyebabkan ujudnya kerajaan Pakatan di Selangor dan Kedah juga gagal untuk melaksanakan walaupun sedikit perbedaan sistem yang dikehendaki Islam dengan negeri yang dikuasai olih UMNO-BN. Mengimbas kembali projek 16 September Anwar Ibrahim dan kesungguhan setengah pemimpin PAS untuk bersama UMNO dalam kerajaan perpaduan,dan skrip terbaharu pelawaan PAS untuk berbincang berkaitan Islam dengan UMNO mengesahkan kegagalan pelaksanaan hukum Islam olih UMNO-BN bukan isue paling besar buat PAS mutakhir ini. Mustaffa Ali dalam komennya berkaitan 16/11 bukan sekadar memperlekehkan keupayaan Anwar,malah bersama Presiden parti TGHA membayangkan PAS tidak akan bersama jika jumlah MP Melayu tidak melebihi jumlah MP bukan Melayu bagi mengujudkan kerajaan baru.Keinginan untuk membiarkan UMNO memerentah asalkan jumlah Melayu didalamnya melebihi separuh MP pihak pemerentah memperlihatkan halatuju terkini PAS dalam memperjuangkan negara yang mengamalkan hukum Islam.Perinsip telah diubah daripada Islam kepada Melayu,padahal telah dketahui umum ,untuk zaman ini Melayu belum tentu Islam agamanya. Kesungguhan untuk bersama UMNO dalam kerajaan perpaduan juga membuktikan bahawa tohmahan pada UMNO lebih bersifat politik.Jika diketahui UMNO "gelong"dalam melaksanakan hukum Islam apa guna PAS untuk bersungguh sungguh hingga berperang sesama sendiri jika benar kerajaan yang melaksanakan Islam yang diperjuangkan. Dikala aku menyokong Pakatan Rakyat dan diketahui umum,perinsip pakatan bukan kearah negara Islam bukan bermakna aku tidak menyokong negara Islam.Sebagai insan Islam kita wajib mempunyai nawaitu tersebut,cuma aku hanya menzahirkan pada jemaah Usrah,bahawa aku membenci sifat hipokrit didalam diri dan perjuangan.Akuilah ketidak upayaan kita buat masa ini dan berusahalah kearah itu,tetapi dalam masa yang sama jangan memperlekehkan orang lain kalau kita sendiri tidak mampu melakukannya walaupun kekuasaan telah berada dalam tangan.Carilah Islam dikalangan mereka yang telah ada asas Islam walaupun ianya Islam keturunan daripada mencari Islam daripada mereka yang jelas tidak mahu pada Islam.

Tiada ulasan: