Relak Minda Dirantau Seberang

Politik Malaysia kini menjadi suatu politik yang amat gila.Penuh keserabutan, berkecelamok.Tiada parti yang tiada bermasaalah,tiada bercakaran.

Adakala elok kita relakkan minda dengan melarikan diri jauh dari manusia manusia gila ini.Carilah sesuatu yang nyaman.Berjalanlah,berjalan menambahkan pengalaman.Meluaskan pandangan dan pemikiran. http://jom lawat tempat orang
Paparan perjalanan lokasi lokasi yang bolih menenangkan fikiran

Catatan Konpirasi

Ucapan Sultan Azlan Shah Tahun 1980 “Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya” – Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980



Beruk Baca Utusan

Beruk Baca Utusan

Selasa, 4 Mei 2010

APA DIA MEMBERI PENGHORMATAN

APA DIA MEMBERI PENGHORMATAN

Apa kah penting kita menghomarti satu satu susuk kerana pangkat dia? Apakah wajib kita memberi penghormatan kerana dia berstatus dan berderajat.

Negara kita sekarang dalam krisis. Perdana Menteri dikatakan terlibat dalam kes pembunuhan. Ada anak menteri yang dikatakan terlibat dalam kes pembunuhan. Ada menteri yang terlibat dalam kes bunuh. Justeru kita melihat manifestasi dari krisis ini muncul dalam pelbagai bentuk.

Salah satu dari manifestasi ini ialah kegilan untuk memaksa warga negara untuk menghormati sesaorang. Kegilaan ini amat jelas dihalakan kepada orang Melayu. Orang Melayu sedang diasak untuk ‘ pandai menghormat’. Orang Melayu ingin terus di feudal dan dibodohkan untuk menghormati susuk-susuk yang tidak memiliki nilai budaya yang tinggi. Susuk ini pula tidak memiliki keintelektualan yang unggul.

Susuk-susuk ini mahu dihormati melalui undang-undang dan hukum hakam.

Sebenarnya kita tidak perlu dipaksa-paksa dan di takut takutkan untuk menghormati seseorang.

Penghormatan diberi secara ikhkas.

Penghormatan diberi kerana kita merasa susuk itu memang satu susuk yang kita sendiri hormati. Bukan kerana pangkat atau derajat.

Penghormatan bukan diberi kerana punai kita di tarik. Atau telinga kita dipulas. Atau muka kita ditempeleng.

Penghormatan bukan diberi kerana kalau tidak hormat maka kita akan di tahan di penjara tanpa bicara.

Penghormatan diberi kerana diri kita merasa susuk itu telah melakukan sesuatau yang kita sendiri hormati apa yang dilakukan.

Peminat sukan menghormatai ahli sukan yang berjaya.

Peminat rock menghormati band dan rokers yang mereka minati.

Para itelektual menghormati pemikir dan ahli falsafah yang mengeluar pendapat dan menulis buku.

Peminta lukisan menghormati pelukis yang mereka minati.

Pendakwah dan orang agamawan menghormati guru rohaniah mereka.

Semua contoh-contoh penghormatan ini datang dengan hati terbuka tanpa di paksa-paksa.
Menghormat bukan membodek.

Lihat krisis yang sedang menimpa negara ini:

Bagaimana kita hendak hormat kepada Najib Razak – selagi kes Altantuya tidak jelas selesai. Dan kini kes ini telah di buka pula di Paris.

Bagaimana kita hedak hormat kepada Ketua Polis Negara : pada masa ini ijazah yang diakui dimiliki sedang di pertikaikan.

Bagaimana kita hendak menghormati Peguam Negara kerana keupayaan inteleknya sedang dipertikaikan. Malah dia dikatakan bukan seorang pelajar yang cerdik ketika menuntut di fakulti undang-uandang di Universiti Malaya.

Tidak ada sesiapa yang boleh memaksa kita untuk menghormati susuk susuk yang kita sendiri tidak yakin keintelektualan dan ketrampilan keilmuan mereka.

Susuk yang kita hormati ialah susuk yang melakukan sesuatu keunggulan yang kita minati dan kita tidak berkepuyaan untuk melakukan nya.

Tun Seri Lanang kita hormati hingga ke hari ini bukan kerana dia kerabat raja - Dia di hormati kerana dia mengumpul dan menyusun kitab Sulalatus Salatin/ Sejarah Melayu. Dia melakukan kerja intelektual.

Kita menghormati Abdulah Munshi bukan kerana dia Mamak pandai kelentong tetapi kerana dia menulis buku – Hikayat Abdullah antara tulisannya. Susuk ini melakukan kerja intelektual.

Jika mundar mandir dengan derajat dan kayu golf ke hulu ke hilir – mungkin ada kaki bodek akan menunjukkan hormat. Tetapi ini homat plastik untuk dapat balak dan jadi Tengku Wong. Penghormatan ini tidak tahan lama. Keluar dari pintu istana si Mamat ini akan kentut besar yang bunyinya lebih hebat dari Merian DiRaja.

Ekonomi kapitalis telah memecahkan hegemony ekonomi feudal. Tidak ada lagi sesiapa yang akan percaya bahawa Raja atau Sultan itu wakil tuhan. Orang Jepun dan Orang Siam pun akan ketawa bila babak ini dibuka.

Justeru hormatilah siapa sahaja yang ingin dihormati tanpa paksa paksaan.
Tapi jangan lupa untuk menghormati oxygen dan ayer kerana tanpa oxygen dan ayer kita tidak akan wujud

Tiada ulasan: