Relak Minda Dirantau Seberang

Politik Malaysia kini menjadi suatu politik yang amat gila.Penuh keserabutan, berkecelamok.Tiada parti yang tiada bermasaalah,tiada bercakaran.

Adakala elok kita relakkan minda dengan melarikan diri jauh dari manusia manusia gila ini.Carilah sesuatu yang nyaman.Berjalanlah,berjalan menambahkan pengalaman.Meluaskan pandangan dan pemikiran. http://jom lawat tempat orang
Paparan perjalanan lokasi lokasi yang bolih menenangkan fikiran

Catatan Konpirasi

Ucapan Sultan Azlan Shah Tahun 1980 “Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya” – Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980



Beruk Baca Utusan

Beruk Baca Utusan

Rabu, 28 April 2010

Kisah Musang Berjanggut

Malam 26 April melalui saluran TV2 terdapat ulang tayang yang berapa ratus kali tidaklah kita ketahui,siri tayangan gambar Melayu bertajuk "Musang Berjanggut".Hasil kretiviti dan olahan Allahyarham Tan Sri P.Ramlie,individu yang berjaya menghasil filem filem bermutu dan jalan penceritaan mendahului zaman.
Tayangan dilakukan dicelah polimik mengenai kekuasaan raja raja Melayu mengikut perlembagaan sedang berlaku.
Samada ia ada kaitan dengan lapuran polis olih beberapa NGO terhadap Dr Asri,atau pembacaan Khutbah Jumaat diHulu Selangor sewaktu kempen PRK P094 yang dipertikaikan olih UMNO sebagai mengingkari titah Sultan Selangor atau pun ia berhubong kait dengan panasnya sidang DUN Kedah lantaran usul olih YB Nasir Mustafa (ADUN Kubang Rotan)yang sekadar mahu tahu kuasa persekutuan terhadap hak raja di Negeri Kedah tidaklah dapat dipastikan.Namun hakikat yang nyata melalui pemerhatian TV1 atau lain saluran TV di Malaysia amat gemar untuk menayangkan cerita cerita kehidupan raja raja zaman silam.
Lantaran episod penayangan gambar Musang Berjanggut yang berulang kali menjadi satu tanda tanya adakah ianya dilakukan untuk mengingatkan masyarakat Melayu(umumnya Melayu sahaja yang melihat gambar ini)bahawa raja raja Melayu adalah manusia biasa dan tidak dapat lari dari menjalani kehidupan sebagai manusia yang penuh dengan keserabutan.
Tidak cukup dengan itu,apabila ditatap Sinar Harian (harian cetakan)muka paling hadapan (edisi utara?),terdapat lapuran mengenai NGO yang dimanakan Persatuan Kerabat Diraja Kedah (PKDK), melalui Datuk Tengku Zainol Rashid Tengku Yahya menuntut Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa memohon ampun kepada Sultan Kedah berhubung soalan berkaitan kuasa Sultan sebagai Ketua Agama Negeri itu.
Untuk lapuran Sinar Harian ini tidaklah mahu saya mengulas intipatinya tetapi yang menarik perhatian saya ialah cara pemakaian mereka yang mengaku kerabat diraja.
Dengan berseluar jin dan baju yang tidak terurus menjadi suatu yang malang dari perspektif masyarakat terhadap mereka mereka yang menamakan diri mereka keturunan raja raja.

Tiada ulasan: