Relak Minda Dirantau Seberang

Politik Malaysia kini menjadi suatu politik yang amat gila.Penuh keserabutan, berkecelamok.Tiada parti yang tiada bermasaalah,tiada bercakaran.

Adakala elok kita relakkan minda dengan melarikan diri jauh dari manusia manusia gila ini.Carilah sesuatu yang nyaman.Berjalanlah,berjalan menambahkan pengalaman.Meluaskan pandangan dan pemikiran. http://jom lawat tempat orang
Paparan perjalanan lokasi lokasi yang bolih menenangkan fikiran

Catatan Konpirasi

Ucapan Sultan Azlan Shah Tahun 1980 “Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya” – Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980



Beruk Baca Utusan

Beruk Baca Utusan

Ahad, 7 Mac 2010

Zulkifli Nordin-Malu anda dakwa diri berjuang untuk Islam

Saifuddin kepada Zulkifli:
Malu anda dakwa diri berjuang untuk Islam!
Akhirnya apa yang dihajati olih Zulkifli Nordin tercapai.Membuat porakperanda PKR-Pakatan ,sebagai helah supaya dia dipecat.Menggunakan nama Islam sebagai benting diri supaya dianggap pejuang Islam merupakan satu sifat munafik yang terserlah pada batang tubuh Zulkifli Nordin.Hanya mereka yang tidak menghayati politik sebagai satu organasasi sahaja atau mereka yang munafik setaraf dengannya sahaja yang akan berganding kata bahawa Zulkifli berada dipihak yang benar.
Ikuti temuramah Saifudin Nasution dengan MR yang akan merungkai siapa ZN.


"Itu berbohong namanya!..." Akhirnya, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail bersuara setelah sekian lama mendiamkan diri, melihat kerenah Zulkifli Noordin sejak kebelakangan ini.

Malah, "imej Islam" Zulkifli Noordin menerima tamparan sengit daripada sahabatnya ini, apabila Saifuddin menekankan bahawa berbohong itu bukanlah perbuatan muslim yang baik, setelah menyangkal tuduhan Zulkifli terhadap PKR.

Saifuddin Nasution menyandang jawatan Setiausaha Agung PKR secara rasminya mulai 1 Februari 2010, menggantikan Salehuddin Hashim yang meletak jawatan dan melangkah keluar parti. Beliau berkata sedemikian ketika mengulas isu Zulkifli Noordin dalam satu wawancara bersama MerdekaReview di ibu pejabat PKR, hari ini.

"Sungguh memalukan!"

Mengimbas kronologi kes ini, Saifuddin berkata, beliau selaku Setiausaha Agung telah menghantar surat kepada Zulkifli pada 1 Februari tahun ini, disusuli surat daripada Lembaga Disiplin PKR pada 8 Februari. Zulkifli diminta untuk menghadap Lembaga Disiplin pada 18 Februari, dan membalas surat ini dalam lima hari.

Dengan kata lain, Zulkifli Noordin (gambar kanan) perlu menjawab selewat-lewatnya pada 13 Februari, untuk memilih sama ada menghadap pada 18 atau 23 Februari, katanya.

"Dalam masa lima hari tak jawab surat. Tapi muncul pada 17 haribulan, sehari sebelum berlepas ke Korea. Kemudian, (Zulkifli berkata) 'saya pergi ke Korea kerana dihantar oleh parti. Parti tahu saya tak ada dalam negara tapi parti tetapkan tarikh'..."

Saifuddin bersambung, "Itu berbohong namanya! It's a great lie! Great lie bukannya seorang good muslim. Parti tidak menghantarnya ke Korea. Dia sendiri memilih untuk pergi ke Korea. Beza tu!"

Setiausaha Agung ini menjelaskan, seandainya Zulkifli menerima surat berbunyi "...'Saudara dengan ini dihantar oleh parti untuk menghadiri satu persidangan di Korea'. Tandatangan oleh Setiausaha Agung atau Presiden. Yes, anda boleh dakwa anda dihantar. Ini tidak. Pertubuhan Korea hantar email kepada semua ahli parlimen. Siapa nak pergi Korea, tambang pergi balik bayar sendiri; hotel, pengangkutan, makan minum di sana, organisasi itu akan bayar."

"Saya pun dapat (email itu). Saya memilih untuk tidak pergi. Kawan-kawan saya ada yang pergi. Zul (Zulkifli) memilih untuk pergi. Itu bukan dihantar oleh parti," katanya.

"Nampak? Kamu (Zulkifli) tak jawab dalam masa lima hari, satu bab. Kamu hanya hantar beberapa jam sebelum anda hendak berlepas. Kamu buat PC (sidang media), kamu kata 'parti tahu tapi parti hantar. Parti ada niat jahat untuk bertindak'..."

Lantas beliau bersambung, "Bohong! Dan kamu dakwa kamu berjuang untuk muslim dan Islam? It's a great shame! Saya beritahu kamu. Tetapi bolehkah saya dedahkan semua ni kepada media? Tidak, saya pilih untuk mendiam diri."

Bukan dihukum kerana berbeza pendapat

Saifuddin yang tercabar kesabarannya, dengan tegas menafikan bahawa tindakan diambil kerana ahli parlimen Kulim Bandar Baharu itu berbeza pendapat dengan pendirian rasmi PKR. Justeru itu, beliau menolak tuntutan Zulkifli untuk diadili anggota Lembaga Disiplin yang beragama Islam.

"Kita tak hukum dia kerana perbezaan pendapatnya dengan parti, tetapi the moment kamu (Zulkifli) buat laporan polis ke atas parti sahabat, itu menjejaskan kerjasama pakatan, then you already cross that red line, and we take action against you on that (kamu telah melewati batas dan kami mengambil tindakan terhadap kamu kerana itu).
Itu saja." jelasnya.

Saifuddin Nasution, juga ahli parlimen Machang, Kelantan berkali-kali menegaskan bahawa isunya bukan pengunaan kalimah "Allah", tetapi laporan polis yang dibuat oleh Zulkifli terhadap Khalid Samad (gambar kiri), ahli parlimen Shah Alam dari PAS. Khalid Samad adalah antara pemimpin Pakatan Rakyat yang paling lantang untuk menyatakan pendirian bahawa kalimah "Allah" boleh digunakan oleh bukan Islam.

Disiplin parti: PKR diasak pelbagai pihak

Walau bagaimanapun, pertikaian penggunaan kalimah "Allah" ini bukanlah kontroversial pertama yang dicungkil oleh Zulkifli Noordin. Beliau menjadi tumpuan media kerana tindakannya "menceroboh" ke dalam satu forum agama anjuran Majlis Peguam Negara pada Ogos 2008, yang menurutnya, bersikap anti-Islam.

PKR telah didesak untuk mengambil tindakan terhadap Zulkifli Noordin, memandangkan tingkahlakunya itu telah melanggar fasal 5.4 dalam perlembagaan PKR sendiri, iaitu "menjamin kebebasan berfikir, bersuara, bergerak, berhimpun dan berpersatuan kepada semua."

Ketika membincangkan isu disiplin, Saifuddin berkata, "Parti politik ini satu organisasi politik. Organisasi politik ini, bukan semua boleh kita selesai ikut buku. Bukan semua kita boleh selesai dengan perlembagaan. Dia ada proses timbang-taranya. Negotiation-nya (perundingannya). We don't simply take action without go into due process."

"Ada sesetengah kes yang berlaku, kita fikir bukan masa untuk kita impose disiplin yang dalam buku, misalnya. So, apa prosesnya?" Setiausaha Agung PKR ini menjelaskan bagaimana seseorang individu dipanggil, ditegur, dipujuk untuk mengubah pendekatan jika dianggap keterlaluan, dan berbincang melalui saluran dalam parti.

"Ini saya panggil proses, kerana kita mengendalikan satu organisasi politik." Setelah proses ini dilalui, sambil merujuk kepada kes Zulkifli Noordin, "...Sampai satu batas, enough is enough (cukuplah). Kamu telah melangkaui batas. Jadi kami panggil dia. Walaupun begitu, kita masih beri dia due process (proses rayuan mengikut saluran undang-undang)."

Buku bukan satu-satunya penyelesaian

Jelas, Saifuddin amat menyedari harga yang dibayar PKR untuk memberi laluan kepada proses ini. Setelah mengulas kes Zulkifli, beliau berkata, "Mengendalikan satu parti politik, buku (perlembagaan) sebagai panduan. Tetapi buku bukan satu-satunya penyelesaian. Sebab itu, proses berbincang, memberi nasihat itu berlaku. Kerana proses itu dilakukanlah, maka kita diasak di luar sana tak ada prinsip, berlengah-lengah...semua tu."

Beliau bersambung, "Sekarang kita ambil tindakan. Bukan kerana tekanan di luar, tidak. Kerana kita dah melalui semua proses tapi hasilnya tidak memuaskan, misalnya. Dan ini terus berjalan dan berlaku lagi (kesilapan yang sama diulangi)."

Dalam wawancara lebih daripada satu jam ini, Saifuddin menafikan bahawa pendirian rasmi PKR kesemuanya ditentukan oleh Ketua Umumnya, Anwar Ibrahim secara berseorangan. Ruang perbincangan dibuka dan semua pendapat diambil kira. Untuk Saifuddin, seseorang anggota parti harus mengakur kepada pendirian parti setelah perbincangan dilalui.

"(Ini namanya)...Disiplin organisasi. Dalam PAS kita panggil disiplin jemaah. Disiplin harakah. Kalau kamu tidak bersedia untuk diikat dengan keputusan parti, lebih baik kamu buat keputusan untuk bersama kami, atau tidak lagi bersama kami," dengan cermat Saifuddin Nasution menyampaikan mesejnya. (Bahagian pertama, bersambung)

*Temuramah bersama Saifuddin Nasution Ismail ini dijalankan oleh Lim Hong Siang dan Chen Shaua Fui dari MerdekaReview.

Tiada ulasan: