Relak Minda Dirantau Seberang

Politik Malaysia kini menjadi suatu politik yang amat gila.Penuh keserabutan, berkecelamok.Tiada parti yang tiada bermasaalah,tiada bercakaran.

Adakala elok kita relakkan minda dengan melarikan diri jauh dari manusia manusia gila ini.Carilah sesuatu yang nyaman.Berjalanlah,berjalan menambahkan pengalaman.Meluaskan pandangan dan pemikiran. http://jom lawat tempat orang
Paparan perjalanan lokasi lokasi yang bolih menenangkan fikiran

Catatan Konpirasi

Ucapan Sultan Azlan Shah Tahun 1980 “Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya” – Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980



Beruk Baca Utusan

Beruk Baca Utusan

Rabu, 24 Februari 2010

Dikejar Tak Dapat,Dikendong Keciciran

Ada kalanya dalam politik sesuatu yang baru bolih menjadi basi,dan yang lama bolih menjadi baru trang tang tang.
Ini bukan kajian Merdeka Center atau penyelidikan ilmiah para profesor universiti.
Ianya hanya catatan berdasar dengar cakap,sok sek,perbalahan kecilan,penghuraian tanpa forum yang kerap terdapat di kedai kopi kampung atau cafe penghujung bandar.
Ditengah kekalutan,pertelingkahan idea,pembongkaran benar dan palsu,mempertahan hak masyarakat atau hak individu yang dikatakan diketepikan hingga membawa kepada sikap munafik dengan meninggalkan perjuangan,belot pada parti akibat gagal mendapat sesuatu yang semua dipaparkan samada melalui sumber media propaganda BN-UNMNO,atau dikembangkan melalui catatan blogger kecil atau ternama,petunjuk memberi tanda bahawa minda pengundi PRU12 masih belum bergerak untuk kembali pada UM-BN.
Biarpun sedikit kecewa dengan Pakatan di setaip sudut,jelmaan hati kecil masih mengatakan PR lebih baik daripada BN,akibat berita berita busok yang terpapar sejak mutakhir ini.
Ada baiknya kita papar semula satu artikal lama yang masih relivan untuk masa kini,yang diposting dulu selepas tamat PRK Bagan Pinang..

Terlalu banyak tumpuan dan ulasan yang diberi bila UMNO cuba membuat sesuatu perubahan.Apa sahaja idea bagi memperkasakan UMNO dimatahati pengundi akan diulas dan dicari kekurangannya untuk memperlihatkan bahawa UMNO hanya pandai berteori dan reotorik semata mata.
Hasilnya UMNO yang mula belajar dari kesilapan semakin berjaya menambat semula hati pengundi pengundi walaupun setengahnya dilakukan secara magic yang penuh dengan penipuan.
Malangnya kita yang asyik terpukau mengulas bagi menunjukkan bahawa UMNO sebenarnya tdak mampu berubah tidak menyedari bahawa kita sendiri yang perlu berubah.Kita sendiri gagal untuk mengesan dimana kekurangan kita yang memungkinkan kita ditolak sebagai pilihan kedua kepada UMNO.
Politik sebenar kita yang punya dua wajah masih belum disatukan.Bercakap dan berkuliah dengan nada yang berlainan tadkirah disurau dan berceramah dipentas politik olih orang yang sama menjadikan setengah pengundi bingong memikirkannya.
Sewaktu UMNO dihentam habis habisan kerana gagal memahami Islam,kita berdakap dan berpelok dengan PKR yang punya ideologi yang seakan sama dengan UMNO.
Untuk memimpikan kekuasaan politik nasional sebenarnya kita wajar melakukan lampau apa yang telah kita lakukan sebelum ini.Hujah hujah memperlekehkan keIslaman orang lain sudah lapok untuk diterima olih manusia Islam dizaman ini.
Kejujuran persahabatan juga sering meragukan.Kita tanpa segan silu bertempik untuk menunjukkan akulah jagohan partiku dengan menghentam sesama kawan dalam media terbuka jika apa yang dilakukan tidak menepati keinginan dan harapan kita.


Muhasabah diri yang bersungguh sungguh wajar dilakukan jika PAS dan rakan pakatannya terutama PKR ingin terus berada dihati rakyat dan menjadi altenatif kepada kekuasaan UMNO-BN.
Modal berkempen yang berteraskan kesilapan parti lawan sudah tidak diterima lagi olih sebahagian besar pengundi.Serangan bercorak peribadi bukan setakat sudah memuak mereka mereka yang berhimpun dimajlis majlis ceramah malah ia kadang kala terpelanting dan terarah lantung kepada diri kita sendiri.
Dengan mengunakan modal keIslaman yang terlalu berat menjadikan ia seperti mecurah air didaun keladi jika mereka mereka yang hadir pada majlis ceramah ini terdiri daripada mereka yang masih kuat dengan aktiviti tradisi masyarakat Melayu yang sederhana pendidikan dan pelajaran.Bermain nombur ekor,berjudi,minum arak bukan satu halangan bagi setengah daripada mereka ini untuk hampir pada PAS-PR dan seterusnya menjadi penyumbang undi .Ini terbukti dalam PRU12 yang lalu.Jika sekadar undi penyokong tegar PAS-PR ,keputusan PRU11(2004) adalah jawapannya.
Sukanya mereka kepada PAS-PR tidak bermakna mereka komited meninggalkan BN.Selagi BN melakukan kesilapan yang menyebabkan mereka tidak serasi dengan BN,selagi itulah mereka mengharapkan satu altenatif lain dan PAS-PR menerima laba darinya.Ianya akan berakhir sekiranya BN dengan magic penipuan dapat memahami isi hati mereka,lalu mereka akan berpatah balik untuk kembali bercantum bersama BN.
Bertarung diatas padang yang dikawal secara remote control memungkin lawan dapat mencorak apa sahaja keinginannya.Dengan bantuan pakar pakar yang tidak lut pendakwaan atas apa jua tuduhan salah lakunya PAS dan pakatannya telah melupakan tujuan ratusan ribu anak muda ke Kuala Lumpur dalam demontrasi BERSEH yang bertujuan untuk memulihkan sedikit sistem pengundian demokrasi ala Malaysia.Terpukau dengan kejayaan demi kejayaan dalam 7/8 PRK ,PAS dan pakatannya terpukau dengan janji perubahan olih SPR dan melupakan tuntutan asalnya.Hanya setelah gelanggang dibuka barulah kita teringat semula bahawa sesuatu yang kita pernah bangkitkan belum terlaksana dan mahu tidak mahu pertarungan perlu diteruskan walaupun keputusanya telah diramalkan.

Tiada ulasan: