Relak Minda Dirantau Seberang

Politik Malaysia kini menjadi suatu politik yang amat gila.Penuh keserabutan, berkecelamok.Tiada parti yang tiada bermasaalah,tiada bercakaran.

Adakala elok kita relakkan minda dengan melarikan diri jauh dari manusia manusia gila ini.Carilah sesuatu yang nyaman.Berjalanlah,berjalan menambahkan pengalaman.Meluaskan pandangan dan pemikiran. http://jom lawat tempat orang
Paparan perjalanan lokasi lokasi yang bolih menenangkan fikiran

Catatan Konpirasi

Ucapan Sultan Azlan Shah Tahun 1980 “Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya” – Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980



Beruk Baca Utusan

Beruk Baca Utusan

Rabu, 6 Januari 2010

Skandal Kementerian Pertahanan dibawah Najib

Skandal Kementerian Pertahanan dibawah Najib


Pendedahan RPK Siri Pertama :Bagaimana RM2 milion setahun menjadi RM21 milion setahun untuk tempoh selama 15 tahun.(alih bahasa)
Oleh : Raja Petra Kamarudin

Seperti yang dijanjikan,Malaysia Today akan mendedahkan laporan yang disokong dengan dokumen untuk membuktikan keanehan bagaimana Kementerian Pertahanan dibawah Najib Tun Razak menggunakan wang pembayar cukai.Semua insiden tersebut melibatkan salahguna kuasadan penyelewengan prosedur secara terang-terangan.Hari ini adalah siri pertama pendedahan tersebut.



Sejak 1988, Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) lazimnya melatih pegawainya di Korat, Thailand, dengan kos belanja RM2 milion setahun.

Pada 2007, Timbalan Perdana Menteri waktu itu telah meluluskan penyewaan Aircraft Combat Manoeuvring Instrument (ACMI) daripada sebuah syarikat tempatan dengan kos berjumlah RM21 milion setahun – lebih sepuluh kali ganda daripada apa yang TUDM bayar bagi melatih pegawainya di Thailand.Penyewaan tersebut adalah untuk selama 15 tahun.

Kontrak tersebut berdasarkan ‘rundingan tanpa tender’ dan syarikat terbabit tidak mempunyai sebarang pengalaman sebelumnya dalam perniagaan tersebut.Kontrak melalui rundingan itu tidak dilakukan samada melalui prosedur biasa atau melalui saluran yang sepatutnya. Namun Perdana Menteri yang ada sekarang ini meluluskan kontrak tersebut dengan melanggar prosedur yang boleh di takrifkan sebagai penyalahgunaan kuasa.

Malaysia Today mula mendedahkannya dengan dokumen berikut. Banyak lagi berkaitan perkara ini akan didedahkan bagi membuktikan wujudnya banyak salahguna kuasa dan penyelewengan prosedur yang berlaku secara terang-terangan yang telah sekian lama oleh Kementerian Pertahanan dibawah Najib Tun Razak.

Klik untuk besarkan :



Tiada ulasan: