Relak Minda Dirantau Seberang

Politik Malaysia kini menjadi suatu politik yang amat gila.Penuh keserabutan, berkecelamok.Tiada parti yang tiada bermasaalah,tiada bercakaran.

Adakala elok kita relakkan minda dengan melarikan diri jauh dari manusia manusia gila ini.Carilah sesuatu yang nyaman.Berjalanlah,berjalan menambahkan pengalaman.Meluaskan pandangan dan pemikiran. http://jom lawat tempat orang
Paparan perjalanan lokasi lokasi yang bolih menenangkan fikiran

Catatan Konpirasi

Ucapan Sultan Azlan Shah Tahun 1980 “Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya” – Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980



Beruk Baca Utusan

Beruk Baca Utusan

Ahad, 24 Januari 2010

Pandangan SELPROA

KPI sekadar retorik menang PRU

Kesemua "enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)" tidak akan mencapai KPI-nya (Indeks Prestasi Utama), seandainya tiada KPI untuk keadilan. Malah, dengan pencabulan hak asasi, krisis Perak yang berlanjutan, usaha untuk mensabotaj kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan sebagainya, PM Najib Abdul Razak dibidas kerana gagal dalam KPI keadilannya.

Walaupun ada yang cuba membezakan antara konsep "KPI" dengan "target" (matlamat), malah menekankan bahawa tercapainya KPI tidak semestinya membawa makna tercapainya matlamat, namun tetap bersetuju bahawa "KPI" ini sekadar slogan atau retorik Najib untuk menang dalam pilihan raya umum.

Demikianlah pandangan dan kritikan yang dilemparkan dalam satu ceramah umum berjudul "Di Mana KPI Keadilan, Tuan Najib?", anjuran SELPROA (Persatuan Pegawai-Pegawai Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Selangor) di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, 21/01/2010.

Antara penceramahnya ialah V. Sivakumar (Yang Dipertua PR DUN Perak), Tian Chua (Ahli Parlimen Batu-PKR), Dzulkefly Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Selangor-PAS), Tony Pua (Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara-DAP) dan Razak Ismail (Presiden Selproa). Ceramah yang dipengerusikan oleh Syed Ahmad Putra ini dihadiri kira-kira 70 orang.

Gagal KPI keadilan, gagal semua

Tony Pua dan Dzulkefly Ahmad dengan nada yang sama bertanggapan bahawa "tanpa KPI untuk keadilan, maka semua KPI yang ingin dicapai oleh Najib akan menemui kegagalan". Berlatar-belakangkan dunia korporat, Tony Pua mengambil contoh Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST, Goods and Services Tax) yang baru diperkenalkan kerajaan Najib, untuk membuktikan hujahnya.

Tony Pua mendakwa bahawa pengenalan sistem GST ini akan mengalihkan beban cukai dari korporat kepada golongan yang berpendapatan rendah. Perkiraan dibuat berdasarkan seseorang yang berpendapatan RM1,000 dengan seseorang yang berpendapatan RM20,000. Seandainya RM900 daripada pendapatan RM1000 dibelanjakan untuk makanan, sewa, pengangkutan dan sebagainya, ia bermakna 90% daripada pendapatannya dicukaikan.

Sebaliknya, untuk seseorang yang berpendapatan RM20,000, kemungkinan hanya RM10,000 dibelanjakan untuk perkara yang sama. Dengan kata lain, hanya 50% pendapatannya dicukaikan. Kesimpulannya, kadar pencukaian terhadap golongan berpendapatan rendah adalah lebih tinggi daripada mereka yang berpendapatan tinggi.

Tony Pua memulakan ceramahnya dengan menceritakan pengalaman bagaimana dirinya meninggalkan kerjaya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif untuk berkecimpung dalam bidang politik. Walaupun mengakui bahawa dirinya tidak layak digelar "pejuang di jalan raya", kerana hanya menghadiri candle light vigil, namun tetap tidak terelak untuk dijadikan sasaran tangkapan polis.

Tony Pua mengingatkan bahawa tanpa keadilan sosial, maka polis akan menumpukan tenaganya untuk menyasarkan pembangkang, lantas tiada masa untuk memerangi jenayah. Dengan itu, KPI untuk mengurangkan kadar penjenayahan tidak akan tercapai. Beliau menambah, tanpa keadilan sosial, KPI untuk pendidikan juga tidak tercapai, kerana gagal memberi pendidikan yang adil kepada semua orang Malaysia.

"Keadilan tiada dalam kamus Najib"

Dzulkefly Ahmad yang berucap selepas V. Sivakumar, terus menyindir bahawa "keadilan tidak ada dalam kamus dewan Tuan Najib", malah menjangkakan gagasan Satu Malaysia walaupun satu retorik yang baik, tetapi gagal direalisasikan "sebab Satu Perak pun tidak mampu" direalisasikan Najib.

Beliau menambah, "bukan sahaja Najib tak boleh realisasikan Satu Malaysia, partinya dan Barisan Nasional yang dia pimpin pun, adalah segala-galanya selain daripada Satu Malaysia!"

AJK Pusat PAS ini membangkitkan isu "pengaliran keluar pelaburan melebihi pengaliran masuknya", untuk mendedahkan realiti bahawa Malaysia bukan lagi destinasi pelaburan. Malah, kerajaan Malaysia yang tidak menghormati rule of law dan sanctity of contract dikenalpasti sebagai faktor "penolak" pelaburan asing.

Dzulkefly Ahmad yang memperolehi angka 304,358, iaitu bilangan warga negara Malaysia yang bermigrasi ke luar negara antara Mac 2008 hingga Ogos 2009 (jawapan kementerian dalam parlimen), menegaskan bahawa Malaysia semakin gagal sebagai sebuah negara, dan rakyat semakin hilang yakin terhadap pimpinan kerajaan BN.

"1Malaysia, 2Perak, 3Katak"

Kegagalan kerajaan Najib menghormati "rule of law" ini paling jelas, apabila ianya menimpa ke atas V.Sivakumar, speaker DUN Perak yang diheretkan dari kerusinya, dan ditanggalkan jubah speaker dari tubuhnya. Sambil mempersendakan slogan Najib, V.Sivakumar merumuskan krisis Perak sebagai "1Malaysia, 2 Perak kerana ada 3 Katak".

Doktrin pengasingan kuasa antara perundangan, eksekutif dan kehakiman tercabar dalam krisis Perak. V.Sivakumar menceritakan bagaimana SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) menolak arahan speaker untuk mengadakan pilihan raya kecil setelah speaker memutuskan bahawa tiga kerusi ADUN telah dikosongkan.

Keadaan menjadi semakin rumit, apabila sistem kehakiman memiliki "double standard" ketika membicarakan kes. Ketika Sivakumar menggantung "Menteri Besar Zambry" dan "Exco"-nya daripada masuk ke DUN, keputusannya dicabar di mahkamah. Peguam Sivakumar menggunakan Artikel 72(1) dalam Perlembagaan Persekutuan, berbunyi "Sahnya apa-apa perjalanan dalam mana-mana Dewan Negeri tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah" untuk menolak campur tangan mahkamah, tetapi tidak diterima hakim.

Sebaliknya, setelah berlakunya kekerasan yang digunakan terhadap speaker dan ADUN Pakatan Rakyat, peguam bagi pihak Sivakumar memohon injunksi untuk memastikan apa yang berlaku pada 7 Mei 2009 itu, tidak berulang apabila DUN Perak bersidang pada masa depan. Namun, mahkamah pula bersetuju dengan peguam UMNO pada kali ini, bahawa artikel 72(1) dalam Perlembagaan Persekutuan melarang mahkamah menyoal perjalanan dalam DUN.

Sivakumar beberapa kali menggelakkan dewan dengan kata-katanya, apabila menyimpulkan bahawa DUN Perak hanya bersidang dua kali pada tahun 2009, dengan kali pertamanya 7 Mei untuk merampas kuasa speaker; dan kali keduanya 28 Oktober untuk merampas jubah dan songkok speaker.

Malah, ketika mengenang kekecohan yang berlaku pada 7 Mei tahun lalu, beliau berkata, "kalau nak buang speaker, kena buat usul, bukan diusung!"

Mengulas selanjutnya perkembangan krisis Perak yang masih belum dibubuh noktah, Sivakumar berkata sistem kehakiman yang terjerat ke dalam permainan politik ini juga menghadapi dilema kebelakangan ini. Lantaran daripada krisis Perak, mahkamah gagal membuat keputusan.

Misalnya, mahkamah memutuskan bahawa speaker Kedah berkuasa untuk menentukan sama ada wujudnya kekosongan kerusi di dalam DUN. Namun, keputusan ini terpaksa ditangguhkan kerana seandainya kes Kedah diterima pakai, maka keputusan yang sama juga harus digunakan terhadap kes Perak, kata Sivakumar.

Sabotaj dari kerajaan pusat

Setelah kerajaan PR Perak dirampas kuasa, Selangor pula menjadi sasaran seterusnya. Presiden Selproa, Razak Ismail mendakwa bahawa kerajaan BN di peringkat persekutuan cuba menggunakan kementeriannya untuk mensabotaj kerajaan PR di negeri Selangor.

Razak Ismail memberi contoh bagaimana jalan di Shah Alam tidak diselenggara dengan betul oleh JKR (Jabatan Kerja Raya Malaysia), dan banjir yang berlaku kerana JPS (Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia) enggan menyelenggara sungainya.

Presiden Selproa ini mengutuk kerajaan BN yang cuba menggulingkan kerajaan PR dengan apa jua cara, termasuk sabotajnya yang disebut di atas agar rakyat secara umumnya memandang PR tidak menjaga kepentingan mereka, dan bakal menyatakan ketidakpuasan terhadap PR pada PRU yang akan datang.

Ketika mengulas penangkapan Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM) terhadap rakan sekerjanya, Hussein Ahmad, Razak Ismail mempertikaikan bahawa penangkapan tersebut sebagai cubaan untuk mengaibkan pembantu peribadi ADUN PR. Bagaimanapun, Razak Ismail menyatakan barisan PA ADUN PR ini akan berada di barisan depan untuk mempertahankan kerajaan PR.

Mengapa tiada KPI keadilan?

Melihat kepada enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara, yang menyasarkan pengurangan kadar jenayah, pendidikan, memerangi rasuah, tingkatkan taraf hidup, memperkasa prasarana luar bandar dan pengangkutan awam, Tony Pua menganggap bahawa Najib masih terbelenggu dengan minda lamanya, dengan mengandaikan perut dan keselamatan rakyatnya dijaga, maka sokongan akan kembali kepada BN, tanpa menghiraukan penangkapan pembangkang yang tidak wajar.

Namun, Tony mengingatkan bahawa rakyat telah sedar setelah tsunami politik yang berlaku pada 8 Mac 2008, maka tuntutan demokrasi itu tidak boleh ditarik balik. Dengan kata lain, minda yang lama ini gagal memenuhi tuntutan rakyat yang sudah bangkit.

Tian Chua pula menganggap "KPI" Najib sebagai satu cara untuk menarik undi, dan mewujudkan suasana feel good buat semua orang. Oleh kerana matlamatnya hanya untuk memikat undi, maka Najib tidak melaburkan banyak masa dan pemikiran dalam konsep ini.

Antara teks ucapan dengan dasar

Tian Chua menjelaskan bahawa wujudnya dua proses dalam kerajaan. Pertamanya, penggubalan dasar yang kemudiannya diterjemahkan ke dalam pentadbiran kerajaan; keduanya, penulisan teks ucapan untuk mengartikulasikan dasarnya. Kedua-duanya sebenarnya tidak bercanggah, tetapi apa yang berlaku di Malaysia ialah kedua-dua ini menjadi cabang berbeza yang tidak berinteraksi.

"APCO (syarikat perhubungan awam) tidak berpengaruh dalam pembentukan dasar UMNO," Tian Chua menambah, "APCO cuma mencantikkan ucapan, supaya menarik didengar. APCO boleh menyediakan teks ucapan untuk tiga jam, tanpa kandungan dan dasar dalam ucapan anda, tetapi menarik ketika didengar."

Beliau menyambung, "Sama ada 1Malaysia, atau Islam Hadhari, atau apa-apa yang disebutkan, tidak pernah melalui satu usul yang konkrit, kembali ke perhimpunan agung UMNO, untuk diluluskan dan dijadikan komitmen parti ini, dan diterjemahkan ke dalam pentadbiran negara."

Pengarah Strategi PKR ini cuba membezakan konsep antara "KPI" dengan target (matlamat). "Kita ambil contoh pencegahan jenayah, Najib menyasarkan pengurangan kadar jenayah sebanyak 60%. Ini bukan KPI, ini target," jelasnya.

Beliau seterusnya menjelaskan konsep "KPI" dengan mengambil contoh balai polis. "Apabila anda sampai, dalam 15 minit, sudah ada seorang pengawai mendengar aduan anda. Laporan anda lengkap dalam masa setengah jam. Dalam satu minggu, fail sudah dibuka. Dalam tiga bulan, mereka akan beritahu sama ada kes anda jalan atau tidak jalan. Dalam satu tahun, masuk mahkamah."

"Ini KPI, tapi ini bukan jaminan untuk mengurangkan jenayah. Tidak mungkin anda kata anda boleh kurangkan jenayah dengan KPI. KPI hanya memastikan anda membuat kerja untuk memenuhi keperluan golongan sasaran anda," jelasnya.


*Lim Hong Siang -Editor MerdekaReview, edisi bahasa Melayu

Tiada ulasan: