Relak Minda Dirantau Seberang

Politik Malaysia kini menjadi suatu politik yang amat gila.Penuh keserabutan, berkecelamok.Tiada parti yang tiada bermasaalah,tiada bercakaran.

Adakala elok kita relakkan minda dengan melarikan diri jauh dari manusia manusia gila ini.Carilah sesuatu yang nyaman.Berjalanlah,berjalan menambahkan pengalaman.Meluaskan pandangan dan pemikiran. http://jom lawat tempat orang
Paparan perjalanan lokasi lokasi yang bolih menenangkan fikiran

Catatan Konpirasi

Ucapan Sultan Azlan Shah Tahun 1980 “Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya” – Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980



Beruk Baca Utusan

Beruk Baca Utusan

Rabu, 27 Januari 2010

Kerja Sukarela Risiko Milik Bukan Melayu

25 Jan 2010,selepas solat zohor melilau aku meneropong kejalan utama dikawasan perumahan yang aku diami.Bukan apa,hanya sekadar melihat ada atau tidaknya kucing aku yang lebih sepuluh ekor itu bermain dijalan atau sedang berehat dalam rumah.
Mungkin ada yang tertanya dimana spesis ini aku perolihi hingga aku begitu mengambil berat hal kucing ini.Jawapan aku tentu mengecewakan bagi setengah peminat kucing,kerana kucing aku hanya sekadar kucing kampung,kucing yang kerap dibuang olih mereka yang tidak tahu hikmah disebalik pemeliharaan kucing.Orang tua kata kucing membawa tuah pada pembelanya.Malah aku dibagitau,bagi masyarakat Cina perangai kucing bolih menjadi petunjuk kehidupan harian pembelanya.
Kita lupakan kisah separuh tahyul merangkap imiginasi itu,tetapi kita tidak bolih lupa mengenai sikap masyarakat Cina.
Sewaktu meninjau keluar aku ternampak kepulan asap bgitu tinggi.Ianya betul betul berada arah kampung kami.(aku dan isteri aku berasal dari kampung yang berdekatan).
Risau juga aku,mungkin ada rumah saudara mara terlibat.Mengambil kamera dan dengan moto burok aku menuju arah asap.
Rupanya bukan kawasan kampungku,tapi kawasan industri Bukit Makmur Sungai Lalang menjadi korban api kali ini.Laluan masuk ke kampung kami.
Kilang GEM SPEKTRA SDN BHD menjadi mangsa.(ada suara nakal bukan mangsa tapi dimangsakan)
Terlalu banyak pemerhati(termasuk aku?).Tidak muat jika dimasukkan dalam kereta bomba yang ada disitu walaupun jumlahnya agak banyak.Lebih 10 biji agaknya.
Dari jumlah begitu banyak kereta bomba ini,aku lihat separuh daripadanya adalah Pasukan Bomba Sukarela.Ini berdasarkan apa yang ada didinding badan kereta bomba itu.
Antaranya dari Jeniang,Gurun,Guar Cempedak,Kota,Merbok dan juga Kepala Batas.
Yang unitnya(unitkah ini)hampir 100% sukarelawan ini adalah dari kaum Cina.Kemanakah perginya kaum Melayu yang agamanya Islam,satu agama yang mengajar manusia supaya mempunyai sikap menolong orang.
Ini jawapan aku,kaum Melayu sibok dengan politik,badan kebajikan dimana dia bolih jadi AJK dan ketua dan sebok membincang apa yang haram dan apa yang perlu diharmkan.
Kita lihat bukan bomba sukarela sahaja dimonopoli olih kaum bukan Melayu,tetapi hampir semua aktiviti sukarela berisiko tidak begitu digemari olih kaum Melayu.Pertolongan Cemas,Polis Sukarela antara NGO dan badan sukerala itu.
Kenapa jadi begini selain daripada jawapan aku diatas?.


Pasukan Bomba Sukarela Dimonopoli Olih Bukan Melayu

Melayu lebih banyak jadi pemerhati
































Cepat ,nanti tak bolih tengok orang padam api
Api sedang marak


Tingkap dipecahkan bagi memudahkan pipe semburan dimasukan

Apa yang bolih kami bantu-Tak bolih buat apa apa,sekadar memerhati

Tiada ulasan: