Relak Minda Dirantau Seberang

Politik Malaysia kini menjadi suatu politik yang amat gila.Penuh keserabutan, berkecelamok.Tiada parti yang tiada bermasaalah,tiada bercakaran.

Adakala elok kita relakkan minda dengan melarikan diri jauh dari manusia manusia gila ini.Carilah sesuatu yang nyaman.Berjalanlah,berjalan menambahkan pengalaman.Meluaskan pandangan dan pemikiran. http://jom lawat tempat orang
Paparan perjalanan lokasi lokasi yang bolih menenangkan fikiran

Catatan Konpirasi

Ucapan Sultan Azlan Shah Tahun 1980 “Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya” – Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980



Beruk Baca Utusan

Beruk Baca Utusan

Khamis, 14 Januari 2010

Kebenaran Terbungkar-Bahagian 5

Sumber: Malaysian Today
Penulis: Raja Petra Kamarudin
Terjemah Oleh: Semangat Reformasi '98
Tajuk: HARI 4 - 31 Mac 2003

"Apabila seorang saksi terus-menerus mengubah keterangannya, maka itu bermakna bahawa dia berbohong," Karpal berhujah. "Namun, hakim menyatakan bahawa keterangan Azizan adalah 'sekuat Rock of Gibraltar'.".....

THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin

“Pendakwa bukan hanya mahukan sabitan, tetapi juga kehancuran (buat Anwar).”

Karpal Singh mengemukakan hujahnya yang disambung dari hujah pada Rabu, 26 Mac 2003. Dia menekankan bahawa Seksyen 402A Kanun Acara Jenayah adalah mandatori dan dalam hal itu, budi bicara tidak boleh digunakan.

Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur dimaklumkan bahawa tarikh dalam pertuduhan terhadap Anwar telah dua kali diubah; dari 'Mei 1994' kepada 'Mei 1992', dan kemudian kepada 'suatu hari antara 1 Januari 1993 dan 31 Mac 1993'. Walaupun Pembelaan memohon penangguhan supaya mereka mempunyai masa yang mencukupi bagi mengemukakan notis alibi, namun mahkamah tidak memberikan sepuluh hari kepada mereka, sebagaimana yang tertakluk di bawah undang-undang.

"Ini melanggar Perkara 5 (1) Perlembagaan (Persekutuan)," Karpal berhujah. "Dato’ Seri Anwar telah dinafikan haknya di bawah undang-undang."

Karpal berkata bahawa hakim telah bertindak secara yang memudaratkan dan dia tidak seharusnya membenarkan pendakwaan terhadap Anwar diteruskan.

Karpal kemudiannya meminta mahkamah untuk menimbangkan untuk mengenepikan penghakiman terhadap Anwar.

Berkenaan dengan kredibiliti saksi utama pihak Pendakwa, iaitu Azizan Abu Bakar, Karpal menyatakan bahawa Azizan memberikan lima keterangan yang bercanggah pada masa-masa yang berbeza.

Keterangan Azizan direkodkan di bawah Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah, dan di bawah seksyen ini, seseorang yang keterangannya sedang direkodkan:

1. Wajib menjawab semua soalan yang diajukan kepadanya. (Dia tidak boleh menolak untuk menjawab mana-mana soalan).

2. Wajib bercakap benar. (Dia tidak boleh berbohong).

3. Keterangannya boleh digunakan ke atasnya. (Termasuk didakwa atas sumpah bohong).

Walau bagaimanapun, Azizan, yang mana keterangannya direkodkan pada lima tarikh yang berbeza, iaitu dari Ogos 1997 hingga Jun 1999, kerap menukar keterangannya.

"Apabila seorang saksi terus-menerus mengubah keterangannya, maka itu bermakna bahawa dia berbohong," Karpal berhujah. "Namun, hakim menyatakan bahawa keterangan Azizan adalah 'sekuat Rock of Gibraltar'."

"Jauh panggang dari api!" kata Karpal.

"Tugas Pendakwa adalah untuk melaksanakan keadilan dan bukannya mendapatkan sabitan."

"Peranan Pendakwa harus bebas dari keinginan untuk menang ataupun kalah."

Karpal mengatakan bahawa disebabkan Azizan memberikan keterangan yang bertentangan pada masa-masa yang berbeza, maka “perkara yang didakwa berlaku tidak munasabah berlaku.”

Adapun fakta bahawa Anwar didakwa pada tahun 1999 berkenaan peristiwa yang dikatakan berlaku pada tahun 1993, maka tempoh enam tahun itu mengurangkan peluang baginya untuk merangka pembelaan yang sewajarnya.

"Masa yang berlalu menyukarkan kita untuk mengingati sesuatu, lebih-lebih lagi perkara yang berlaku enam tahun yang lampau," kata Karpal. "Dengan jarak masa yang lama, perbicaraan yang adil tidak dapat dilaksanakan."

"Di bawah seksyen 402A, Dato’ Seri Anwar sebenarnya tidak sepatutnya dibicarakan. Ini adalah kebobrokan dalam pelaksanaan keadilan.”

"Yang Arif terikat dengan tanggung jawab untuk mengesahkan bahawa Seksyen 402A telah dilanggar."

Panel hakim dan Karpal kemudiannya berdebat mengenai notis alibi. Menurut panel hakim, ia memihak kepada Pendakwa.

Karpal berhujah bahawa pihak mana yang mendapat keuntungan dari notis alibi adalah tidak penting. Ini kerana ia adalah mandatori dan hakim tidak dibenarkan menggunakan budi bicaranya. Pembelaan telah memohon penangguhan, namun hakim menolak permohonan itu.

"Hakim tidak melakukan tugasnya. Dia sepatutnya menghentikan perbicaraan dan menetapkan bahawa semua bukti yang dikemukakan tidak boleh diterima."

Karpal kemudiannya menyatakan bahawa Pembelaan telah memohon penangguhan bagi membolehkan pegawai penyiasat menyiasat alibi Anwar. Peguam Negara pada masa itu, Tan Sri Mohtar Abdullah berdiri dan mengatakan bahawa dia tidak membantah permohonan itu.

"Tetapi selepas makan tengah hari, dia mengubah pendiriannya dan menyatakan bantahannya."

Malah sebelum itu pun, hakim menyatakan bahawa pihak polis perlu menyiasat alibi berkenaan. "Namun kemudian, dia berkata pula bahawa terpulanglah kepada mereka sama ada ingin menyiasatnya ataupun tidak.”

"Hakim mengatakan bahawa Pendakwa mencari padah sendiri jika mereka tidak mencabar alibi Pembelaan."

Karpal kemudiannya memaklumkan kepada mahkamah bahawa hakim telah menyatakan bahawa bukti sokongan adalah diperlukan. Tetapi dia kemudiannya mengubah fikirannya dan menyatakan bahawa dia sedia menerima keterangan Azizan tanpa sebarang bukti sokongan, meskipun Azizan adalah saksi yang tidak boleh dipercayai dan berkali-kali melakukan sumpah bohong.

"Bukti sokongan memang diperlukan. Tetapi jika seorang saksi tidak dapat dipercayai, maka jika pun keterangannya disokong bukti tambahan, maka ia masih tidak boleh diterima dan harus ditolak."

Karpal kemudiannya menerangkan mengenai kes khalwat Azizan di Mahkamah Syariah Alor Gajah. Kes ini lantas menghancurkan kredibiliti Azizan sebagai saksi.

Dalam perbicaraan Anwar, Azizan berkata bahawa beliau mendedahkan kejadian liwat itu atas dasar "kewajipan dan maruah sebagai seorang Muslim."

Karpal berkata bahawa Pembelaan kemudiannya meminta supaya Azizan sekali lagi dipanggil sebagai saksi, yakni bagi menilai kredibilitinya. Walau bagaimanapun, hakim tidak mengizinkannya.

"Anda boleh menempelkan label ‘baka kuda asli’ pada seekor keldai," kata Karpal. "Tetapi seekor keldai tetap seekor keldai."

“Hakim bukan hanya menggunakan bukti-bukti yang tidak kuat, malah sanggup pula membenarkan keterangan seorang saksi tangkap muat.”

Pegawai penyiasat mengatakan bahawa tiada percanggahan dalam keterangan Azizan. "Kalau ya, mengapa tarikh dalam pertuduhan diubah?" soal Karpal.

"Adakah hakim berlaku jujur dalam menetapkan bahawa Azizan adalah saksi yang boleh dipercayai, yakni saksi yang tidak melakukan sumpah bohong?"

[Karpal kemudiannya berkata bahawa bukti perubatan adalah bukti utama. "Mengapakah Azizan tidak dihantar untuk menjalani pemeriksaan kesihatan? Ini mungkin dapat menyokong keterangan Azizan."

"Pegawai penyiasat tersebut mengakui bahawa masih ada masa untuk menghantar Azizan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan."

“Nampaknya, hakim menerima bulat-bulat keterangan yang diberikan.”

"Tuduhan liwat mudah dibuat tetapi sangat sukar untuk dibuktikan. Jadi, bukti yang dikemukakan perlulah sangat meyakinkan."

Setiap perbicaraan membabitkan hujah Pendakwa dan hujah Pembelaan. Tetapi Dato’ Seri Anwar telah dinafikan haknya untuk mendapatkan pembelaan yang sewajarnya. Maka Anwar sebenarnya hanya mendapat separuh peluang (dalam perbicaraan) - yang bererti bahawa dia langsung tidak diberikan peluang.

Karpal kemudian meminta mahkamah untuk membenarkan rayuan Anwar dan mengenepikan sabitan terhadapnya.

"Malah Pendakwa seharusnya tidak meneruskan pendakwaan. Tiada siapa yang terlatih dalam undang-undang akan melakukan perkara yang dilakukan oleh Peguam Negara (pada masa itu).”

“Pendakwa bukan hanya mahukan sabitan, tetapi juga kehancuran (buat Anwar).”

"Keterangan Azizan adalah keterangan yang tiada gunanya."


Artikel Asal: malaysia-today.net

Tiada ulasan: