Relak Minda Dirantau Seberang

Politik Malaysia kini menjadi suatu politik yang amat gila.Penuh keserabutan, berkecelamok.Tiada parti yang tiada bermasaalah,tiada bercakaran.

Adakala elok kita relakkan minda dengan melarikan diri jauh dari manusia manusia gila ini.Carilah sesuatu yang nyaman.Berjalanlah,berjalan menambahkan pengalaman.Meluaskan pandangan dan pemikiran. http://jom lawat tempat orang
Paparan perjalanan lokasi lokasi yang bolih menenangkan fikiran

Catatan Konpirasi

Ucapan Sultan Azlan Shah Tahun 1980 “Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya” – Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980



Beruk Baca Utusan

Beruk Baca Utusan

Khamis, 14 Januari 2010

Kebenaran Terbungkar-Bahagian 5

Sumber: Malaysian Today
Penulis: Raja Petra Kamarudin
Terjemah Oleh: Semangat Reformasi '98
Tajuk: Hari 3 - 26 MAC 2003 (Bahagian 3)

Anwar terpaksa menjelaskan tentang perkara yang dilakukannya selama 90 hari, iaitu enam tahun sebelum itu. Meskipun Anwar tidak perlu membuktikan di mana dia berada (selama tempoh itu), malahan ia adalah tanggung jawab Pendakwaan, namun Anwar masih mampu memberikan alibi bagi sepanjang tempoh berkenaan.....

THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin

Tindakan hakim berunsur jenayah

Karpal Singh mengambil alih daripada Christopher Fernando untuk sesi petang hari ketiga perbicaraan rayuan Anwar Ibrahim. Dia memulakannya dengan memberitahu Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur bahawa dia ingin berbicara tentang perilaku hakim.

Karpal mengatakan bahawa mereka telah memohon untuk menyingkirkan (disqualify) hakim tersebut, iaitu Ariffin Jaka kerana dia adalah pemegang saham sebuah syarikat yang dimiliki Mirzan, yakni anak Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir Mohamad.

(Syarikat perniagaan computer itu, Dataprep Holdings Sdn Bhd memonopoli semua urusniaga komputer kerajaan Malaysia dan akan mendapat perolehan jutaan ringgit melalui program pembelian komputer kerajaan yang mewah).

Asas hujah Karpal adalah bahawa Ariffin terbabit dalam perniagaan anak Perdana Menteri, dan Perdana Menteri pulalah yang melantiknya sebagai hakim. Kes yang diadilinya pula membabitkan konspirasi yang melibatkan Perdana Menteri.

Dalam hal ini, jelaslah bahawa terdapat konflik kepentingan yang serius.

Karpal kemudian memberitahu mahkamah bahawa Anwar telah dinafikan haknya untuk mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Tarikh pertuduhan diubah dari Mei 1994 kepada Mei 1992, dan kemudian kepada "suatu hari pada jam 7:45 malam, antara 1 Januari 1993 dan 31 Mac 1993," jelas Karpal.

Namun begitu, menurut Karpal, mereka (Pembelaan) tidak dibenarkan untuk membela diri.

Karpal kemudiannya menjelaskan bahawa berdasarkan Seksyen 153 (1) Kanun Acara Jenayah, pertuduhan perlu mengandungi butiran waktu, tarikh dan tempat, dan masa yang mencukupi perlu diberikan kepada tertuduh bagi menyediakan alibi. Jadi, menurutnya, kes ini sepatutnya ditangguhkan bagi memberikan sekurang-kurangnya sepuluh hari kepada Pembelaan, yakni supaya mereka dapat mengemukakan notis alibi.

"Perancangan strategi adalah hak Pembelaan."

"Dato’ Seri Anwar mempunyai hak berkanun bagi menuntut penangguhan bagi mengemukakan notis alibi."

"Hakim yang arif sedar akan apa yang dilakukannya."

"Itulah yang berlaku kepada seorang hakim yang menilai secara tidak adil dan cuba untuk memberikan justifikasi bagi perkara yang tidak dapat diberikan justifikasi.”

"Ini menyalahi undang-undang."

"Bukti itu tidak boleh dipertimbangkan dan segala apa yang terkandung dalam pengadilan perlu dibuang."

"Apabila pertuduhan diubah dan tertuduh dimestikan menjawab pertuduhan baru ini, maka masa harus diberikan kepada tertuduh untuk membela diri."

"Undang-undangnya sangat jelas. Pendakwaan perlu memberikan sepuluh hari (kepada Pembelaan)."

"Notis pra-perbicaraan adalah wajib dan dalam hal ini, budi bicara tidak boleh digunakan.”

Karpal menambah bahawa tempoh 90 hari yang dinyatakan dalam pertuduhan, yang mana Anwar perlu mengemukakan alibi melanggar seksyen 153 (1) Kanun Acara Jenayah.

"Ia adalah tuduhan yang dahsyat," kata Karpal.

"Saya sendiri tidak ingat apa yang saya lakukan tiga hari yang lepas."

Anwar terpaksa menjelaskan tentang perkara yang dilakukannya selama 90 hari, iaitu enam tahun sebelum itu. Meskipun Anwar tidak perlu membuktikan di mana dia berada (selama tempoh itu), malahan ia adalah tanggung jawab Pendakwaan, namun Anwar masih mampu memberikan alibi bagi sepanjang tempoh berkenaan.


Artikel Asal: malaysia-today.net

Tiada ulasan: