Relak Minda Dirantau Seberang

Politik Malaysia kini menjadi suatu politik yang amat gila.Penuh keserabutan, berkecelamok.Tiada parti yang tiada bermasaalah,tiada bercakaran.

Adakala elok kita relakkan minda dengan melarikan diri jauh dari manusia manusia gila ini.Carilah sesuatu yang nyaman.Berjalanlah,berjalan menambahkan pengalaman.Meluaskan pandangan dan pemikiran. http://jom lawat tempat orang
Paparan perjalanan lokasi lokasi yang bolih menenangkan fikiran

Catatan Konpirasi

Ucapan Sultan Azlan Shah Tahun 1980 “Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya” – Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980



Beruk Baca Utusan

Beruk Baca Utusan

Ahad, 17 Januari 2010

Jika Datang Satu Perkhabaran Dari Orang Munafik-Siasatlah Dahulu Kebenarannya

Sejak mutakhir ini Kerajaan Kelantan dan MB TGNA khasnya telah diasak dengan beberapa cerita yang jika tidak diselidiki pasti akan menggoncang kepercayaan umum dan bolih mengujudkan krisis kepercayaan yang besar.
Ini ditambah dengan seolah ujud kata sepakat diantara beberapa orang blgger yang dikenal bermusuh antara satu sama lain berganding cerita mengujudkan kesamaan cerita seolah apa yang dicatat adalah benar semuanya,tiada yang tidak benar.
Tidak cukup dengan itu,kerenah dalaman keluarga TGNA yang didokongi olih abang ipar,adik ipar dan adik merangkap isteri kepada adik apar menyebabkan kekusutan yang sepatutnya telah terungkai terus menjadi simpul mati.Tidak terfikir olih mereka bertiga dengan menjadikan ia simpul mati,ia satu pengkhianatan kepada amanah rakyat yang terpaksa dipikul olih ayah dan ayah mertua mereka yang juga ayah kepada sebahagian besar rakyat Kelantan yang selama ini memberi penghurmatan yang maha tinggi padanya.
Membaca apa yang tersurat dan tersirat didalam otak blogger blogger yang ada kepentingan diri ini,tidaklah susah seperti mana susahnya polis Malaysia mencari dimana beradnya RPK.Kecelaruan catatan dan pertelagahan fakta antara satu catatan dengan catatan sebelum atau berikutnya adalah petunjuk mudah semua catatan ini ujud atas sedap atau tidaknya ayat yang diatur.Soal orang percaya adalah soal yang lain.Apa yang penting bagi mereka,setiap hari mesti ada satu catatan dipostkan.
Untuk isu mutakir,eloklah dijengok catatan Husam Musa.
http://cetusan-hati.blogspot.com/2010/01/cerita-bazar.html

Tiada ulasan: