Relak Minda Dirantau Seberang

Politik Malaysia kini menjadi suatu politik yang amat gila.Penuh keserabutan, berkecelamok.Tiada parti yang tiada bermasaalah,tiada bercakaran.

Adakala elok kita relakkan minda dengan melarikan diri jauh dari manusia manusia gila ini.Carilah sesuatu yang nyaman.Berjalanlah,berjalan menambahkan pengalaman.Meluaskan pandangan dan pemikiran. http://jom lawat tempat orang
Paparan perjalanan lokasi lokasi yang bolih menenangkan fikiran

Catatan Konpirasi

Ucapan Sultan Azlan Shah Tahun 1980 “Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya” – Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980



Beruk Baca Utusan

Beruk Baca Utusan

Selasa, 12 Januari 2010

1 Negara, 1/2 Kerajaan

Pada 31 Disember 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Herald-The Catholic Weekly boleh menggunakan kalimah "Allah". Dengan kata lain, larangan Kementerian Dalam Negeri terhadap penggunaan kalimah "Allah" oleh majalah tersebut adalah tidak sah.

Seperti yang dijangkakan, Pemuda UMNO mengadakan demonstrasi, dan lidah UMNO, Utusan Malaysia pula "mengapi-apikan" selepas penghakiman tersebut. Sementara itu, Perdana Menteri Najib Abdul Razak "menyeru" agar umat Islam bertenang, jangan terlalu "menghangatkan" isu ini, seolah-olah juga sandiwara "talam dua muka" yang tidak asing untuk rakyat Malaysia.

Antara masalah yang harus diteliti dalam isu ini adalah fenomena "kuasa yang semakin berkembang" di Kementerian Dalam Negeri. Setelah Timbalannya Musa Hitam meletak jawatan pada tahun 1986, Perdana Menteri Mahathir Mohamad menerajui KDN sendiri. Sejak itu, kuasa KDN semakin berkembang.

Kuasa yang semakin berkembang itu selain disebabkan keadaan di mana "PM merangkap Menteri KDN", punca yang lebih pokok adalah "pemegang jawatan ini bertanggungjawab menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984". Kedua-dua akta draconian yang dipertikaikan NGO hak asasi manusia ini memperuntukkan kuasa mutlak kepada Menteri Dalam Negeri dalam membuat keputusan.

Dalam kes sama ada Herald boleh menggunakan kalimah "Allah", jelas KDN memainkan peranan sebagai gatekeeper dalam agama.

Dalam isu kawalan media, biarpun kita sanggup berganjak seribu langkah untuk menerima bahawa KDN bertanggungjawab mengawal kandungan media, itupun terbatas kepada kandungan yang boleh meracuni minda kanak-kanak seperti bahan lucah, atau kandungan yang sengaja menjurus kepada kelakuan yang membawa "clear and present danger". Namun, walaupun demikian, ia memerlukan alasan yang munasabah dan bukti yang kukuh.

Berbalik kepada kes mahkamah larangan terhadap Herald untuk menggunakan kalimah "Allah", sebagaimana yang dinyatakan dalam penghakiman, KDN tidak menyatakan bagaimana penggunaan kalimah "Allah" boleh mengakibatkan huru-hara dan ketidaktenteraman dalam masyarakat. Sepanjang tahun ini, "mencetuskan huru-hara, mencungkil sensitiviti agama dan mengakibatkan ketidaktenteraman masyarakat dan negara" telah menjadi alasan yang kerap digunakan oleh kerajaan Barisan Nasional untuk "memerintah" di masyarakat ini. BN sewajarnya insaf dengan penghakiman Mahkamah Tinggi kali ini.

Persoalan yang lebih penting untuk direnung adalah, Perikatan/BN telah mentadbir Malaya/Malaysia untuk lebih daripada 52 tahun, atas undi daripada setiap kaum. Ironinya, perspektif pentadbiran BN semakin menyempit, iaitu menarik diri daripada menjadi "kerajaan untuk semua", tetapi menyempitkan diri kepada "1/2 kerajaan" untuk Melayu/Muslim sahaja. KDN yang bertungkus-lumus dalam isu penggunaan kalimah "Allah" Ini, adalah contoh yang terbaru.

"Kebutaan" ini menjurus kepada kegagalan BN untuk mengubal dasar budaya, pendidikan dan sosial dari "perspektif semua rakyat", dan kegagalan untuk bersandarkan prinsip keadilan. Isu pendidikan dan agama merupakan dua contoh yang paling nyata dan ketara. Tidak pernah kerajaan BN memiliki satu dasar yang lengkap untuk membantu pembinaan tamadun kemanusiaan untuk kaum minoriti, sebaliknya sering kedengaran pula peraturan tidak tertulis berbunyi "tiada penambahan untuk rumah ibadat bukan Islam dan sekolah bukan aliran bahasa Melayu".

Dengan kata lain, dalam sistem negara ini, kaum minoriti seakan-akan warga negara yang tidak wujud. Pandangan ini dilontarkan bukan untuk menganjurkan persoalan "zero-sum game" antara kaum, juga bukan berasal dari minda "chauvinist" seperti yang dituduh kerajaan BN terhadap mereka yang berbeza pendapat.

Kerajaan BN perlu memandang berat kepada persoalan bahawa, kemakmuran dan keamanan sesebuah negara memerlukan penyertaan semua kaum. Jurang layanan antara kaum yang dilebarkan oleh kerajaan BN, dan suasana hangat yang diwujudkan oleh UMNO ketika berdepan dengan isu kaum dan agama semestinya tidak memanfaatkan Malaysia.

Pada tahun 1980-an, untuk menghalang kebangkitan semula PAS, sementara kemungkinan untuk membuktikan dirinya "Melayu/Muslim", bekas PM Mahathir Mohamad dengan giat melaksanakan dasar pengislaman dan menerapnya dalam pentadbirannya. Ironinya, PAS yang dilabel sebagai "ekstremis" oleh jentera negara yang beroperasi berlandaskan ideologi kerajaan BN, menganggap kalimah "Allah" boleh digunakan oleh agama samawi. Pandangan ini lebih inklusif secara perbandingan, dan semoga persaingan sihat antara parti pemerintah dan pembangkang akan mendatangkan manfaat untuk seluruh rakyat!

Tiada ulasan: