Relak Minda Dirantau Seberang

Politik Malaysia kini menjadi suatu politik yang amat gila.Penuh keserabutan, berkecelamok.Tiada parti yang tiada bermasaalah,tiada bercakaran.

Adakala elok kita relakkan minda dengan melarikan diri jauh dari manusia manusia gila ini.Carilah sesuatu yang nyaman.Berjalanlah,berjalan menambahkan pengalaman.Meluaskan pandangan dan pemikiran. http://jom lawat tempat orang
Paparan perjalanan lokasi lokasi yang bolih menenangkan fikiran

Catatan Konpirasi

Ucapan Sultan Azlan Shah Tahun 1980 “Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya” – Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980



Beruk Baca Utusan

Beruk Baca Utusan

Sabtu, 12 Disember 2009

Ke arah mana Perlembagaan? Natijah dari Krisis Perak(1)

"Darurat" beri laluan untuk penggunaan Ordinan Darurat
Chen Shaua Fui

Walaupun 40 tahun telah berlalu selepas tragedi 13 Mei pada tahun 1969, namun negara kita masih berada dalam darurat!

Pakar perlembagaan Shad Saleem Faruqi berkata, banyak faktor yang mungkin menyebabkan kerajaan tidak menamatkan darurat. Pertama, mungkin kerajaan jahil dalam perkara ini; dan keduanya, kerajaan mungkin mendapati undang-undang yang digubal ketika darurat memberi "kemudahan" ketika digunakan.

Menurut artikel 150 (7) dalam Perlembagaan Persekutuan, seandainya darurat ditamatkan, semua akta yang digubal ketika tempoh darurat akan hilang penguatkuasaannya selepas enam bulan, jelas Shad Saleem Faruqi.

Beliau mengibaratkan pengisytiharan darurat itu dengan cerita "Ali Baba dan 40 Penyamun", di mana setelah Ali Baba mengungkapkan "sesame buka pintu", maka pintu gua terbuka dan kekayaan akan menjelma di depan mata. Begitulah pengisytiharan darurat yang juga bagaikan pembukaan "floodgate" (pintu air).

Setelah darurat diisytiharkan, Yang Dipertuan Agung boleh menggantung hak asasi rakyatnya untuk sementara dan tidak mematuhi sebahagian besar kandungan dalam Perlembagaan Persekutuan. Misalnya, darurat tahun 1969 yang menyaksikan bagaimana parlimen tidak bersidang untuk 22 bulan, padahal Perlembagaan Persekutuan hanya memperuntukkan maksima 120 hari (parlimen tidak bersidang).

Selain itu, kerajaan berkuasa untuk menggubal undang-undang yang selari dengan akta biasa, misalnya pelbagai akta di bawah Ordinan Darurat yang mempunyai fungsi yang mirip dengan Akta Pencegahan Rasuah, Kanun Keseksaan dan sebagainya.

"Saya rasa polis dan Peguam Negara suka akta darurat ini, kerana lebih mudah dan senang untuk mereka," katanya sambil memberi contoh bagaimanan bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim didakwa di bawah Ordinan Darurat bagi kesalahan menyalahgunakan kedudukan, yang lebih mudah untuk kerajaan.

Tiga kaedah untuk tamatkan darurat

Shad Saleem Faruqi berkata, terdapat dua kaedah untuk menamatkan darurat menurut Perlembagaan Persekutuan. Pertamanya, Yang Di-Pertuan Agung boleh menamatkan darurat setelah dinasihat PM; dan keduanya, Dewan Rakyat dan Dewan Negara meluluskan usul untuk membatalkan darurat. Namun, sehingga kini, parlimen tidak menamatkan darurat melalui saluran ini.

Selain itu, dalam kes Teh Cheng Poh pada tahun 1978, Privy Council di Britain menganggap darurat (yang sedia ada) boleh ditamatkan dengan pengumuman satu lagi darurat yang baru.

Shad Saleem Faruqi juga mengambil kes di India, di mana hakim pernah berkata darurat tidak harus berkuatkuasa untuk selama-lamanya, dan perlu ditamatkan secara automatik selepas satu jangka masa tertentu. Bekas hakim Malaysia, Allahyarham Harun Hashim juga pernah memutuskan penamatan darurat pada tahun 1969, tetapi penghakiman beliau telah ditolak Mahkamah Persekutuan.

Pendek kata, Malaysia boleh menamatkan darurat dengan hanya tiga kaedah.

Shad Saleem Faruqi berkata sedemikian ketika menjawab soalan daripada hadirin dalam forum "Ke arah mana Perlembagaan? Natijah dari Krisis Perak" (Whither the Constitution? Lessons to be learnt from the Perak Crisis), anjuran MerdekaReview pada malam 9 Disember, di Auditorium Pusat Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Ahli panel yang lain termasuklah Tommy Thomas, peguam yang arif dalam Perlembagaan Persekutuan, dan Mohd Nizar Jamaluddin Menteri Besar Negeri Perak Pakatan Rakyat. Forum ini dipengerusikan oleh Andrew Khoo, Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam Malaysia.


Baca: Pakar perlembagaan menyetujui Nizar untuk diadili Panel 11 hakim

*Chen Shaua Fui -Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina.

Tiada ulasan: