Relak Minda Dirantau Seberang

Politik Malaysia kini menjadi suatu politik yang amat gila.Penuh keserabutan, berkecelamok.Tiada parti yang tiada bermasaalah,tiada bercakaran.Untuk melupakan suasana politik ini ,elok kita relakkan minda dengan melarikan diri jauh dari manusia manusia gila ini.Minggu ini bermula 20/12/2009 hingga 24/12/2009,satu kumpulan yang merupakan aktivitis sokongan kepada beberapa parti yang dipimpin olih orang orang gila telah mengambil keputusan untuk ke Padang Bukit Tinggi bagi melupakan sejenak pergeseran merebut kuasa di tanah air.Lawati laman http://lawat-bkttinggi.blogspot.com/

Catatan Konpirasi

Walaupun kepercyaan ramai ditambah lapuran klinikal dan teori perubatan bahawa kes melibatkan Anwar Ibrahim (click catatan Sivarasah)merupakan satu konpirasi politik peringkat tertinggi,namun ia gagal membuka mata penyokong UMNO.Apa yang mendukacitaka kebanyakan mereka ini didedah dengan maklumat yang secukupnya daripada media IT yang sewajarnya sudah mematangkan pemikiran mereka daripada turut mempercayai agenda jahat ini.

Jika orang politik yang berkepentingan ia bukan satu yang menghairankan,namun anak muda setahun jagung yang setengahnya belum kenal ABC sewaktu konpirasi pertama berlaku juga termasuk dalam golongan ini,malah tingkah laku mereka dalam menjalankan bersama usaha fitnah ini lebih teruk lagi daripada kumpulan kompirasi.




YA ALLAH TUHAN YANG MEMPUNYAI SEGALA GALANYA,KU PUHUN PADAMU YA ALLAH,HANCURKANLAH SELURUH PASUKAN PENDAKWAAN DAN MEREKA YANG BERKAITAN DENGANNNYA ,BERILAH KEHINAAN SEBAGAI MANA PENGHINAAN YANG DITERIMA OLIH KUMPULAN TERDAHULU



Selasa, 2010 Februari 09

Usrah-Kita Asyik Mercerca


Surau AlFirdaus satu daripada bangunan yang berada dalam "Komplek AlFirdaus"yang mengnadungi Pusat PASTI,Kedai Gunting Rambut,Gerai Kecil Peralatan Dapor,Rumah Memasak-semuanya dibina dengan sumbangan jemaah tanpa bantuan mana mana pihak berkuasa.Masih memerlukan sumbangan untuk pembesarannya.Juga berada disebelahnya ialah Sekolah Tahfiz Al Makmur.Markas PAS tidak berada disini kerana ia disewa disatu lokasi Rumah Kedai.

Pelajar Kelas Tahfiz AlQuran

Kelas PASTI dan Kedai Gunting Rambut


Malam tadi PAS Cawangan telah mengadakan Usrah Bulanan dengan Naqib undangan daripada PAS Penang.
Lanjutan daripada siri usrah yang lepas,usrah kali ini terus mengupas aqidah,kekuasaan mengikut Islam dan hukum hukum yang gagal dilaksanakan olih pemerentah semasa,UMNO-BN.
Dikupas olih Naqib,Ustaz Rizal bahawa hukum hakam Islam tidak dilaksanakan adalah berpunca daripada UMNO yang menguasai Malaysia yang lebih memfokuskan pada kehidupan keduniaan.
Dalam usrah yang dihadiri olih tidak sampai 30 orang walaupun ahli cawangan hampir 200 orang,untuk pertama kali aku sebagai salah seorang ahlinya meluahkan penentangan terhadap ulasan yang dikemukakan.
Walaupun konsep usrah yang berlandaskan "Taaruf,Tafahum,Takaful"mengajak pembincangan untuk penyatuan ahlinya,aku tidak dapat menerima jika hujah yang dikemukakan merupakan hujah hipokrit ,berubah ikut suasana dan masa serta mengikut rentak pemikiran pemimpin atasan walaupun hakikatnya pemikiran mereka telah terpesong dari matlamat asal parti.Dan bagi aku ia telah lari jauh dari konsep usrah yang aku kenal bermula dari ABIM dizaman Allahyarham Ustaz Nik Mat Derang.

Biarpun aku adalah pendokong kuat Pakatan Rakyat,tetapi melondeh keburukan orang lain(UMNO-BN),padahal kita juga membuat perkara yang sama bukanlah satu daripada perinsip aku.Mengubah hukum dengan menghalalkan cara yang dahulunya haram demi politik,juga bukan perinsip aku.Dan yang lebih membuat darah tua ini begitu bengang dengan ulasan bahawa "Kita Ikut Apa Yang Nabi SAW buat".Membanding apa yang dibuat olih PAS SEKARANG berbanding apa yang dibuat olih Junjungan Besar SAW,bagi aku adalah tidak tepat dan tidak layak kerana siapakah kita yang penuh dengan kehidupan kemungkaran (walaupun bergelar ahli PAS)diletak setaraf perbuatan Junjungan Nabi SAW,walaupun ayat penyedapnya "Kita nak ikut siapa lagi kalau bukan ikut Nabi Mohammad SAW.
Dibawalah cerita Nabi Mohammad SAW mengadakan perjanjian dengan puak kafir Mekah sebagai satu contoh untuk menghalalkan percantuman dalam PR sekarang.Tetapi malang tidak diceritakan bahawa kaum Muslimin menguasai keseluruhan keuntungan atas perjanjian tersebut dan mempunyai kekuatan untuk memastikan perjanjian itu dipatuhi.Tidak diceritakan bahawa kaum kafir Mekah amat gentar dengan perpaduan Islam yang amat terserlah dizaman baginda Rasullilah.
Bertentangan dengan hujah naqib,aku berpendapat parti bercorak Islam di Malaysia lebih dipergunakan dan sebab itulah terbukti banyak kata dua diberikan bagi menghalang pelaksanaan hukum Islam walaupun ia bakal melibatkan masyarakat Islam sahaja.Disebabkan itu,apabila dituding jari pada UMNO bahawa kekuasaan mereka gagal melaksanakan hukum Islam ,aku menyifatkan sebagai kenyataan politik yang bersifat hipokrit kerana PAS yang menyebabkan ujudnya kerajaan Pakatan di Selangor dan Kedah juga gagal untuk melaksanakan walaupun sedikit perbedaan sistem yang dikehendaki Islam dengan negeri yang dikuasai olih UMNO-BN.
Mengimbas kembali projek 16 September Anwar Ibrahim dan kesungguhan setengah pemimpin PAS untuk bersama UMNO dalam kerajaan perpaduan,dan skrip terbaharu pelawaan PAS untuk berbincang berkaitan Islam dengan UMNO mengesahkan kegagalan pelaksanaan hukum Islam olih UMNO-BN bukan isue paling besar buat PAS mutakhir ini.
Mustaffa Ali dalam komennya berkaitan 16/11 bukan sekadar memperlekehkan keupayaan Anwar,malah bersama Presiden parti TGHA membayangkan PAS tidak akan bersama jika jumlah MP Melayu tidak melebihi jumlah MP bukan Melayu bagi mengujudkan kerajaan baru.Keinginan untuk membiarkan UMNO memerentah asalkan jumlah Melayu didalamnya melebihi separuh MP pihak pemerentah memperlihatkan halatuju terkini PAS dalam memperjuangkan negara yang mengamalkan hukum Islam.Perinsip telah diubah daripada Islam kepada Melayu,padahal telah dketahui umum ,untuk zaman ini Melayu belum tentu Islam agamanya.
Kesungguhan untuk bersama UMNO dalam kerajaan perpaduan juga membuktikan bahawa tohmahan pada UMNO lebih bersifat politik.Jika diketahui UMNO "gelong"dalam melaksanakan hukum Islam apa guna PAS untuk bersungguh sungguh hingga berperang sesama sendiri jika benar kerajaan yang melaksanakan Islam yang diperjuangkan.

Dikala aku menyokong Pakatan Rakyat dan diketahui umum,perinsip pakatan bukan kearah negara Islam bukan bermakna aku tidak menyokong negara Islam.Sebagai insan Islam kita wajib mempunyai nawaitu tersebut,cuma aku hanya menzahirkan pada jemaah Usrah,bahawa aku membenci sifat hipokrit didalam diri dan perjuangan.Akuilah ketidak upayaan kita buat masa ini dan berusahalah kearah itu,tetapi dalam masa yang sama jangan memperlekehkan orang lain kalau kita sendiri tidak mampu melakukannya walaupun kekuasaan telah berada dalam tangan.Carilah Islam dikalangan mereka yang telah ada asas Islam walaupun ianya Islam keturunan daripada mencari Islam daripada mereka yang jelas tidak mahu pada Islam.

Sabtu, 2010 Februari 06

Lim Guan Eng Mahu Menjadi Khalifah?

Lim Guan Eng menjawab segala tohmahan kawan dan lawan
Muslihat untuk cemar Kerajaan Pulau Pinang tidak akan berjaya

DI SEBALIK tekanan dan kecaman terhadap kepimpinannya, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tetap tenang dan ceria. Beliau baru sahaja tiba dari kunjungan rasmi ke Korea Selatan, terus bergegas ke pejabatnya untuk ditemubual.

Beliau dilabel chauvanis, komunis, fikiran berbahaya dan menindas orang Melayu. Mottonya untuk mencontohi kepimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz, juga dipersendakan musuh politiknya.
Semuanya dijawab dengan tenang, tepat dan padat. Ikuti bahagian pertama temubual wakil Harakah, AHMAD LUTFI OTHMAN, MOHD RASHIDI HASSAN, WAN NORDIN WAN YAACOB, IZWAN ABDUL HALIM serta SABRI SAID menemui beliau di Pejabat Ketua Menteri, di Bangunan Komtar pada jam 8.30 malam, 3 Februari 2010.

Harakah: Sekarang ini kepimpinan saudara selaku Ketua Menteri hebat dipertikaikan, saudara dihadapkan dengan kritikan keras daripada parti rakan, apa respons saudara?

Lim Guan Eng : Pertamanya, saya memang begitu menghormati rakan-rakan Pakatan Rakyat. Penganugerahan Dato' Seri kepada Dr Wan Azizah Ismail, ketika itu beliau ketua pembangkang, juga kepada (Allahyarham) Dato’ Hamdan Abdul Rahman (bekas Adun Permatang Pasir) dan gelaran Dato' Seri kepada Dato' Zahrain Hashim, kerana beliau ketika itu Pengerusi KeADILan Pinang, ada tanda penghormatan.

Ini menunjukkan kerajaan negeri memberi penghormatan dan pengiktirafan sedangkan kita DAP tidak ada mana-mana (anggota) yang dapat. Semua daripada KeADILan dan PAS.

Tetapi untuk sesetengah pemimpin, kalau kita bagi penghormatan, dapat memuaskan hatinya, seketika sahaja. Lepas itu minta lain pula.

Masalah pokoknya berpunca kerana, saya tidak mahu atas desakan pihak tertentu meluluskan cadangan daripada syarikat yang dipengerusikan Zahrain meluluskan satu tender penswastaan projek kelab golf kepada sebuah syarikat dengan modal berbayar RM2.

Tentulah apabila diadakan open tender dia cakap hanya satu syarikat yang masuk tender, sungguhpun dia ada siarkan iklankan dalam The Starlah. Tapi tahulah iklan kecil, tidak semua perhatikan.

Kalau ada ikut prosedur yang tetap itu kita boleh setuju, Lembaga Pengarah boleh setuju. Selepas saya tidak mahu luluskan.

Ini membawa keretakan pertama, dan mulai selepas itu saya rasa susahlah untuk berbincang. Kalau berbincang, minta ini dan itu.

Saya menolak kerana, dia tidak memenuhi prinsip CAT iaitu Cekap, Akauntable dan Telus. Bila ini dipohon, ia tidak memenuhi prinsip CAT. Perkara-perkara yang tidak memenuhi prinsip CAT, saya susah hendak layan.

Saya tegaskan kerana prinsip CAT ini, kita bawa banyak perubahan kepada Pulau Pinang.

Dengan CAT ini, apakah pentadbiran yang mengutamakan ketelusan ia berjaya dilaksanakan?

Kita mendapat kepujian daripada Transparency International iaitu kerajaan negeri pertama yang dapat kepujian international.

Kita berjaya menjimatkan banyak wang, anggaran defisit 2008 sebanyak RM35 juta kita tukar menjadi lebihan RM88 juta, iaitu sejarah terbesar dalam rekod Pulau Pinang.

(Tahun) 2009 anggaran defisit RM40 juta, kita tukar menjadi lebihan RM77 juta. Kita akan capai RM92 juta, jika tidak kerana satu kes penyelewengan tanah (oleh) Barisan Nasional, kerajaan negeri terpaksa bayar RM14.7 juta. Itu kes penyelewengan tanah.

Kalau tidak kerana RM14.7 juta ini sepatutnya lebihan kita sudah RM92 juta.

Jadi, CAT ini berjaya kerana kita tegas untuk menegakkan prinsip tender terbuka, prinsip berhemah, prinsip bersih, prinsip cekap, akauntable dan telus.

Bila diminta luluskan tender kepada syarikat RM2 ini, kalau kita lulus, tak ada bezanya dengan BN. Selalu kita cakap dia bagi kepada syarikat RM2, jadi apa bezanya kita dengan BN? Jadi saya cakap tak boleh, lebih-lebih lagi syarikat ini tidak ada track record.

Mestilah kena beri kepada syarikat yang ada track record yang ada latar belakang jelas, ada pengalaman, ada satu sejarah yang cukup. Tapi syarikat ini hanya ditubuhkan pada 28 September 2008. Tender ini dipanggil Disember, jadi ini jelas untuk tujuan membida tender ini.

Jadi kita rasa kurang senang hatilah, sebab itu Lembaga Pengarah tidak luluskan. Itulah yang saya rasa menimbulkan perasaan tidak puas hati di sesetengah pihak. Saya rasa itu adalah personal.

Bagaimana dengan dakwaan Ahli Parlimen Nibong Tebal?

Ini kes yang sama. Hal personal. Kes Ahli Parlimen Nibong Tebal kerana rumah kedai punya hal. Jeff Oii (Ketua Staff pejabat KM) sudah minta beliau menjawab.

Dia mahu minta rumah kedai PBT untuk bapa saudara dia. Saya kata ikutlah tender terbuka, jadi lepas itu tak puas hati tulis surat, jadi saya rasa susahlah. Saya cakap kalau kita beri satu kali, kali kedua mesti minta lagi.

Kita tak boleh stop. Jadi kalau kita tidak mahu ia diteruskan, jangan start. Itu prinsip saya. Kalau kerana prinsip ini saya terpaksa menghadapi segala-galanya, saya rela, itu saya rasa satu cabaran dan saya rasa kita semua akan dapat hikmah dari CAT dan mana yang batil, mana yang benar.

Itu yang penting. Saya rasa kita ikut jalan yang benar. Kalau menghadapi apa-apa pun sekurang-kurangnya kita tahu kita buat yang benar. Macam dulu kita pun hadapi banyak cabaran macam saya masuk penjara kerana itu kes keluarga Melayu (membabitkan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik).

Itu pun saya terpaksa menghadapi banyak masalah peribadi. Tapi kita rasa kita serius kerana kita benar. Kalau kita masuk dalam penjara kerana kita benar bila kita jadi Ketua Menteri kita pun amalkan prinsip yang sama, tak boleh ada double standard.

Sebab itu kita hendak ikut teladan yang ditunjuk Khalifah Umar Abdul Aziz, kita bukan nak jadi khalifah (ketawa.

Saya pun tidak tahu macam mana mereka boleh cakap saya hendak jadi khalifah (ketawa). Mereka sudah pusing cakap saya.

Saya cakap saya nak belajar daripada Khalifah Umar Abdul Aziz. jadi, mereka cakap saya nak jadi khalifah, mana pula saya nak jadi khalifah, saya tak layak jadi khalifah. Saya cakap saya mahu belajar saja.

Saya masih ingat bila saya cakap dekat Parlimen, Umno hentam saya, kata saya kurang ajar kerana hendak belajar dari Umar Abdul Aziz.

Kalau kerana itu saya digelar kurang ajar tidak mengapalah. Jadi yang utamanya, perkara-perkara yang tidak selaras, tidak selari dengan prinsip CAT, saya rasa kita tak boleh layan.

Kita buat CAT ini kerana ia berteraskan prinsip amar makruf nahi mungkar. Tak kan dia tak faham? Kalau cakap CAT tidak faham, amar makruf nahi mungkar mesti faham. Kalau tak faham, saya pun tidak boleh buat apa, saya hanya boleh minta maaf dan kita nak teruskan sahaja.

Isu peribadi Zahrain dengan Nibong Tebal ini sudah transfer sebagai masalah antara DAP dengan KeADILan?

Masalahnya mereka ini dua-dua Ahli Parlimen. Tak ada satu Dun pun yang boleh menjejaskan kerajaan negeri.

Jadi hasrat dia nak menggugat Kerajaan Pulau Pinang, tetapi saya rasa muslihat mereka tak akan berjaya dan berhasil kerana tidak ada seorang Dun pun yang keluar setakat inilah.

Saya percaya tidak ada yang akan keluar dan semua berdiri bersama Pakatan Rakyat.

Kita pun tahu masalah mereka adalah masalah dalaman. Kebanyakan ialah masalah dalaman.

Baik Tan mahupun Zahrain. Dia frust bukan sahaja dengan saya, frust juga yang saya ingat yang lebih utama ialah dia sebagai Pengerusi Pulalu Pinang. Ini boleh cakap secara analisislah. Ini isu dalaman parti KeADILan saya tidak mahu campur.

Kerajaan pimpinan saudara didakwa merobohkan gerai Melayu. Apa penjelasan?

Sekarang kita hendak pegang kepada prinsip bersih, prinsip kedaulatan undang-undang. Kalau kita nak pastikan Pulau Pinang bersih, kita mesti pastikan undang-undang dipatuhi.

Ini kita buat secara berperingkatlah. Ini saya serahkan kepada Chow untuk uruskan kerana beliau Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan saya juga minta Mansor Othman (Timbalan Ketua Menteri 1) untuk berikan bantuan.

Kedua-dua Exco mereka tegas. Kita cakap kalau kita hendak bersihkan Pulau Pinang, kita mesti pastikan semua patuhi undang-undang.

Saya tidak tahu secara detail tapi saya sokong usaha ahli-ahli Exco saya, baik Chow baik Mansor. Kita lihat tindakan diambil penguatkuasa baik MDBP, MPSP mahupun Pejabat Daerah.

Yang kena ini adalah datangnya dari semua bangsa. Malah saya difahamkan penggerai Cina lebih ramai dari penggerai Melayu yang dikenakan tindakan.

Mana boleh dakwa yang kena roboh gerai orang Melayu sahaja? Mereka kuasai media, mereka boleh mainkan bahawa kita hanya bertindak ke atas Melayu, sedangkan yang kita ambil tindakan kepada semua.

Dan biasanya bila kita ambil tindakan kepada penggerai bukan Melayu, surat khabar Melayu tidak akan siarkan. Kita ambil tindakan ke atas penggerai Melayu, hanya surat khabar Melayu siarkan dan surat khabar bukan Melayu tidak siarkan.

Jadi, orang Melayu ingat kita tidak ambil tindakan kepada bukan Melayu dan bukan Melayu ingat kita tidak ambil tindakan kepada penggerai Melayu. Tapi kita ambil tindakan ke atas semua. Angka-angka ini boleh buktikan. Kita cakap atas fakta. Kita buat secara sama rata. Jadi ini adalah satu fitnah, satu tohmahan yang amat jahat dan mungkar sekali.

Bagaimana dalam soal peruntukan dan pembelaan terhadap umat Islam, Umno kata DAP menindas, benarkah?

Hal ehwal Islam, mereka selalu main saya bercakap saya hanya boleh bercakap amar makruf nahi mungkar.

Anda pun tahu, kita buat banyak yang baru, macam itu para huffaz di mana kita berikan mereka pengiktirafan. Ini yang tidak pernah dibuat oleh kerajaan lama.

Peruntukan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR), dulu tak pernah bagi, kita bagi, ini pertama kali kita usahakan dan kita martabatkan para huffaz. Kalau saya, saya memang kagum atas kecemerlangan daripada mana-mana pihak. Baik dari sains, matematik, mahupun agama.

Yang penting sekali hafal, itu kebolehan yang saya kagum, kerana saya sendiri tidak boleh hafal. Ini saya hafal satu muka payah, (jadi) boleh hafal 6,666 ayat, saya
tabik!

Kita mesti memartabatkan mereka. Jadi yang kita buat ini BN tidak pernah buat, maknanya kita martabatkan para cendikiawan kita.

Saya dapat respon dari mereka yang mengaji Quran ini, mereka sangat terharu, sebelum ini tak dapat perhatian, tapi daripada Kerajaan Pakatan Rakyat dapat perhatian.

Kadang-kadang kita cakap kita usaha, ini bukan wang, wang kita bagilah, tetapi untuk mereka bukan wang. Kalau untuk wang mereka tidak akan mengaji Quran, mereka akan buat bisnes, itu bukan wang itu pengiktirafan bahawa mereka diiktiraf sebagai sumber dan satu elemen yang penting ke atas pembinaan sebuah masyarakat madani dan masyarakat yang bertakwa.

Dari segi peruntukan di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat kita telah beri peruntukan lebih banyak daripada Barisan Nasional. Tahun 2008 iaitu tahun sebelum kecundangnya kawan baik saya, 2008 daripada belanjawan BN ialah RM12.5 juta.

Tahun 2009, belanjawan pertama Pakatan Rakyat naik kepada RM20.5 juta. Tahun ini sungguhpun ada kekangan ekonomi, kita naikkan lagi kepada RM24.3 juta. Sekarang hampir sekali ganda lebih besar daripada tahun 2008 di bawah BN.

Kedua, kempen membasmi kemiskinan tegar, ini selari dengan ajaran Islam iaitu zakat. Bantu yang daif, kumpulan asnaf.

Kita buat dengan bantu miskin tegar, 90 peratus orang Islam. Dalam satu tahun kita basmi miskin tegar yang tidak dapat dibuat BN dalam 51 tahun.

Pertama kalinya kita cakap semua keluarga di Pulau Pinang mesti dapat selepas semua tambahan semua bantuan, mesti dapat RM500. kalau dapat RM300, kita akan top-up RM200, kerajaan negeri bayar.

Jadi itu BN kata tidak logik, macam mana anda dapat kawal solusi you dapat bagi RM500. Ini kita pergi siasat. Kita dapat berapa bantuan yang telah diperolehi atau gaji, kita beri. Tapi ada keluarga tidak mahu terima, maruah. Mereka mahu terus bekerja.

Bukan kerana politik?

Bukan, bukan, dia tidak mahu angkat dia cakap terima kasih kerana dia ada maruah, dia bergantung kepada diri sendiri. Itu kita cuba bantu cara lain. Tapi yang lain kita bagi sampai genap RM500. Kita selalu cabar BN, oklah mereka kata ada keluarga tercicir, saya tak cakap tidak ada tercicir, mungkin kita punya kajian ada tercicir.

Tak apalah, you bagi sayalah maklumat (itu), kita siasat kalau benar kita akan bayar.

Kita tidak kenal tentang politik, warna kulit ataupun latar belakang, kalau dia miskin pasti kita akan bayar, tetapi mereka tidak dapat berikan (maklumat).

Kalau bagi tahu kita, kita akan segera siasat, kalau benar, kita akan top-up setiap bulan. Bila mereka (BN) tidak puas hati, mereka cakap tidak boleh bagi wang macam ini.

Mana boleh bagi wang, you bagi wang tak bagus. Tak boleh bagi ikan, mesti bagi jaring atau jala. Bagilah jala, jangan bagi ikan. Jadi saya jawab, betul kalau bagi jala dia dapat berdikari itu betul. Tapi kalau orang itu miskin sangat sampai dia lapar mana dia ada tenaga untuk tangkap ikan, bagilah dia makan dulu barulah dia ada tenaga untuk tangkap ikan. Itulah yang kita mesti buat untuk golongan yang miskin, asnaf dan miskin tegar. Bagilah ikan dan dalam masa yang sama bagilah jala. (ketawa)

Apakah BN gagal memahami masalah orang miskin selama 51 tahun memerintah?

Tak faham kerana (mereka) ini tidak pernah susah. Boleh pergi holiday dekat London, Disneyland, (hingga) sudah lupa macam mana jadi susah. Bukan macam kita, kita datang dari keadaan susah, kita tahu itu linangan air mata yang betul-betul teruk sekali.

Itu yang kita hendak beri bantuan. Tentang tadi itu gerai, kita selalu beri alternatif. Yang kita roboh setelah dia tidak mahu terima alternatif yang ditawarkan.

Baik Cina, baik Melayu, baik India, kita selalu beri notis, beri alternatif. Ini sudah lapan tahun itu kes gerai Do Re Mi dan ada alternatif. Macam hari itu dalam akhbar ada cakap satu gerai itu gerai kosong.

Bila saya minta Mansor pergi memeriksa dan sah gerai kosong.Banyak isu yang direka-rekakan.

Jadi dakwaan kerajaan negeri menganiaya peniaga gerai tidak wujud?

Selalu kita cakap dalam ajaran Islam, jangan fitnah sama orang, tapi dia boleh fitnah macam ni. Kalau kita berdasarkan asas, ada fakta, kita serius selesaikan, tapi janganlah sampai buat fitnah sama orang.

Kerajaan Negeri tidak akan aniayai mana-mana pihak, bodohlah kita aniayai mana-mana pihak, macam mana hendak menang. Tetapi bila kita nak bawa perubahan, perubahan ialah untuk membawa kebaikan.

Jadi kalau kita nak Pulau Pinang bertaraf antarabangsa lebih teratur, kita mesti buat macam ini. Saya pergi mana-mana, saya lihat semua teratur.

Saya baru pergi Iran di Esfahan, mana ada gerai berselerak, semua teratur. Jadi, kita pun hendak belajar seperti itu. Kita cuba ada sistem seperti itu. Secara detail saya terus terang saya tak berapa tahu, itu saya serahkan kepada Chow atau Mansor.

Tapi ini kes bukan baru, macam baru ni ada penggerai yang kita tolak gerai dia, dia mahu saman kita, nak lapor SPRM. Dia sudah nasib baik kita tidak lapor sama dia, dia pula mau lapor sama kita.

Ini penggerai Cina, jadi di sini Cina pun kena, Melayu pun kena, India pun kena.

Rakyat hendak lihat perubahan, di sini mereka boleh bezakan kita hendak daulatkan undang-undang, itu sahaja, tak lebih dari itu.

Serius saya cakap kita telah berikan alternatif lain dan mereka yang tidak mahu terima. Kalau orang lain terima kenapa dia tidak boleh terima.

Saudara tidak bimbang imej saudara diserang seperti sekarang?

Saya rasa, jika kita ikut dasar yang betul. Saya yakin dengan rakyat Pulau Pinang, mereka tidak akan dipengaruhi oleh ajaran atau pandangan-pandangan sesat macam ini.

Khamis, 2010 Februari 04

Polis, Undang-undang dan Hak asasi

Polis, Undang-undang dan Hak asasi
Puspawati Rosman

Hujung minggu lalu ketika saya sedang berehat selepas mendaki Bukit Gasing dan bersarapan pagi, saya telah dihubungi dan dimaklumkan tentang penangkapan sembilan orang mahasiswa oleh polis dan mereka telah meminta bantuan guaman. Penangkapan dikatakan berlaku di sekitar Kuala Lumpur, yang mana pihak polis mendakwa bahawa mahasiswa-mahasiswa tersebut telah terlibat dalam satu perhimpunan haram.

Sejak kebelakangan ini, saya memang mengikuti perkembangan kebangkitan mahasiswa-mahasiswa universiti tempatan kita yang semakin berani menyuarakan pendapat dan ketidakpuasan hati mereka terhadap sistem pentadbiran universiti dan lain-lain isu yang berkaitan dengan kebebasan akademik dan orang ramai secara keseluruhan. Saya pernah menghadiri beberapa siri forum yang mana terdapat beberapa wakil mahasiswa bersuara, dan pendapat yang disuarakan sangat tajam, bernas dan berani.

Rancangan AUKU gagal

Justeru itu, saya tidak terkejut sekiranya kerajaan persekutuan kini sudah mula berasa takut dan risau, walaupun isu yang dibangkitkan oleh golongan mahasiswa ini kebanyakannya adalah isu politik kampus dan bukannya negara, tetapi nampaknya rancangan kerajaan untuk melahirkan lebih banyak lagi mahasiswa-mahasiswa kurang bijak melalui AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti) nampaknya sudah tidak berjaya.

Ketika mahasiswa-mahasiswa tersebut menghubungi saya, saya telah meminta mereka memberikan saya nama pegawai polis yang bertugas dan jikalau boleh, mendapatkan nombor telefonnya sekali. Selepas lebih satu jam, salah seorang rakan mahasiswa yang ditangkap telah memberikan nama pegawai yang bertugas tetapi beliau gagal mendapatkan nombor telefonnnya. Maka saya telah menghubungi sendiri balai polis di mana mahasiswa-mahasiswa tersebut ditahan dan minta dihubungkan dengan pegawai terbabit.

"Sayalah polis yang tangkap awak (dulu)..."

Baru saja saya memperkenalkan diri saya sebagai "Puspa" kepada pegawai polis tersebut yang berpangkat ASP, beliau menyambung "Puspawati Rosman". Jadi saya sangkakan bahawa mahasiswa-mahasiswa yang ditahan telah memaklumkan kepada beliau bahawa saya adalah peguam yang mereka telah hubungi untuk khidmat guaman. Akan tetapi, pegawai tersebut berkata "tidak, tapi saya ingat nama tu. Sayalah polis yang tangkap dan lepaskan awak di Masjid Jamek tahun lepas". Saya tidak tahu reaksi bagaimana yang harus saya berikan selepas mendengar ayat penyata tersebut.

Pegawai tersebut memberitahu saya bahawa beliau adalah pengadu di dalam kes tersebut dan bukannya pegawai yang bertugas, dan pegawai penyiasat masih belum ditentukan untuk kes tersebut. Selepas lebih sejam, saya dan dua orang lagi peguam daripada Pusat Bantuan Guaman, Murnie dan Latheefa pergi bertemu dengan pegawai yang bertugas, yang berpangkat Inspektor.

Pada waktu yang sama, saya telah dihubungi oleh salah seorang daripada mahasiswa yang ditangkap yang memberitahu saya bahawa Inspektor tersebut telah mendesak supaya mereka menghubungi dan menyuruh ibu bapa masing-masing datang ke balai untuk mengikat jamin mereka.

Diperbodohkan oleh polis

Pada pendapat saya, permintaan daripada Inspektor tersebut adalah keterlaluan dan tidak masuk akal. Kebanyakan mahasiswa yang ditahan bukan berasal daripada Kuala Lumpur. Adakah polis sengaja hendak menyusahkan mereka, sedangkan tidak ada peruntukan di dalam mana-mana undang-undang pun bahawa ibu bapa wajib datang ke balai untuk menjamin anak yang sudah cukup umurnya?

Pegawai Inspektor tersebut juga bersikap dingin ketika kami para peguam meminta untuk dibenarkan berjumpa dengan anak guam. Katanya "tak boleh, saya masih menyiasat". Dengan penuh sabar kami bertanya kepada beliau atas dasar apakah permintaan kami ditolak dan Inspektor itu hanya menjawab "pergi periksa undang-undang".

Yang itu memang benar-benar menguji tahap kesabaran saya, kerana itu bukan pertama kali saya rasa diperbodohkan oleh polis. Di dalam Kanun Prosedur Jenayah, terdapat beberapa keadaan di mana hak anak guam untuk berjumpa dengan peguamnya boleh dinafikan, tetapi ia hanya boleh dilakukan oleh seorang pegawai polis berpangkat DSP ke atas atau di atas arahan DSP ke atas, bukan Inspektor. Inspektor di dalam kes masa kini bukan sahaja tidak memberitahu kami atas keadaan yang mana satukah penyebab hak anak guam kami dinafikan, tetapi beliau juga telah menyalahguna kuasa dan pangkat Inspektornya untuk menafikan hak anak guam kami.

Peguam diminta keluar

Selepas bertikam lidah dan membuat beberapa desakan melalui pelbagai cara selama lebih dua jam, akhirnya kami dibenarkan untuk berjumpa dengan anak guam dan menemani mereka memberikan keterangan. Kami pun berpecah. Akan tetapi terdapat satu insiden di mana ketika rakan saya Murnie menemani dua orang mahasiswa memberikan keterangan, tiba-tiba beliau telah diminta keluar daripada bilik siasatan oleh pegawai yang bertugas, kononnya kehadiran beliau di situ menyebabkan anak guamnya enggan memberikan kerjasama apabila memilih untuk tidak menjawab beberapa soalan yang diajukan. Murnie enggan keluar.

Terdapat peruntukan undang-undang di dalam Kanun Prosedur Jenayah di mana seseorang itu berhak berdiam diri atau tidak mahu menjawab soalan yang diajukan ketika siasatan, sekiranya beliau berasakan bahawa jawapan yang diberikan boleh menyebabkan beliau dikaitkan dengan mana-mana jenayah atau penalti atau perlucutan hak. Malah, hak ini wajib dibacakan oleh pegawai penyiasat sebelum proses pengambilan keterangan bermula. Maka salahkah para mahasiswa tersebut menggunakan hak mereka itu?

"Kamu nak buat kacau saje, kan?"

Ketika saya pergi berjumpa dengan Inspektor bertugas yang menyuruh saya memeriksa undang-undang tadi, saya bertanya secara elok kepada beliau berapa ramaikah lagi mahasiswa yang masih belum diambil keterangan mereka, kerana saya mahu berada bersama mereka. Inspektor tersebut membalas "kamu ni nak buat kacau saja kan, tak payahlah". Beliau merujuk kepada insiden yang berlaku ketika Murnie dibenarkan menemani dua orang mahasiswa tadi, dan menunjukkan kertas keterangan dua orang mahasiswa itu kepada saya.

"Ni apa ni? Tak nak jawab soalan! Kamu ni memang mengganggu kerja saya!" Kali ini saya tidak boleh bersabar lagi.

"Puan, ini kan memang hak mereka di bawah seksyen 112(2) Kanun Prosedur Jenayah", kata saya.

"Mana undang-undang pasal hak tu? Tunjuk pada saya!" Reaksi balas Inspektor itu memang memeranjatkan saya. Ini adalah kerana Kanun Prosedur Jenayah mewajibkan seseorang polis itu membacakan hak di bawah seksyen 112(2) tersebut kepada orang yang ditahan sebelum keterangan diambil!

Macam halau anjing...

Perang mulut berlaku di antara kami, yang mana akhirnya Inspektor tersebut mengugut untuk membuat laporan polis terhadap saya selepas saya menyifatkan bahawa cara beliau menghalau saya adalah seperti menghalau anjing.

Secara sindiran, saya serahkan kad saya kepada beliau bagi memudahkan beliau membuat laporan terhadap saya. Selepas itu, saya menuju ke kaunter pengaduan dan membuat laporan rasmi terhadap Inspektor tersebut yang telah menyalahguna kuasanya dan bertindak tidak mengikut undang-undang. Rupa-rupanya, rakan saya Latheefa telah terlebih dahulu membuat laporan polis terhadap Inspektor tersebut atas sebab yang sama.

Tidak lama kemudian, Murnie telah menyertai kami. Beliau memberitahu bahawa Inspektor tersebut telah marah-marah kerana ketika sesi mengambil keterangan. Mahasiswa tersebut tidak memberikan jawapan seperti yang beliau mahukan, dan Inspektor itu menyatakan hasratnya untuk mengambil semula keterangan semua mahasiswa tanpa kehadiran peguam.

Jelas sekali Inspektor tersebut tidak faham dengan peranan sebenar peguam di dalam situasi sedemikian. Dalam apa jua keadaan sekalipun, peguam adalah dilarang melatih dan memberikan anak guam jawapan untuk soalan ketika siasatan. Kami berada di situ hanya untuk memastikan supaya anak guam kami dilayan mengikut undang-undang dan supaya anak guam kami boleh menggunakan segala hak yang diperuntukkan kepada mereka dengan bebas. Ketiga-tiga kami mengeluh.

Walaupun saya tidak dapat menemani anak guam ketika mereka memberi keterangan, tetapi saya tetap menunggu di luar balai bersama-sama dengan kumpulan mahasiswa lain yang memberikan sokongan kepada rakan-rakan mereka yang ditahan. Mereka ini juga telah menguruskan proses ikat jamin dengan bantuan beberapa ahli keluarga mahasiswa yang ditahan. Saya pulang dengan ke rumah dengan keyakinan bahawa mahasiswa-mahasiswa ini sudah mampu mengawal situasi dan menguruskan proses ikat jamin sehingga selesai. Tugas saya berakhir setakat itu sahaja. Mahasiswa yang terakhir dilepaskan pada kira-kira pukul 12:30 tengah malam.

Polis buta undang-undang?

Saya seringkali berfikir di manakah silapnya sistem keselamatan dan kepolisan negara kita, sehingga pegawai polis yang sepatutnya bertanggungjawab menjaga keamanan dan undang-undang sendiri tidak tahu apakah undang-undang dan prosedur yang patut dipatuhi ketika menjalankan tugas (atau mungkin mereka tahu tapi sengaja buat-buat tak tahu?).

Adakah hak asasi orang kena tahan, yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan tidak bernilai langsung di mata mereka? Kadangkala saya menyalahkan diri sendiri apabila anak guam saya dinafikan hak untuk mendapat bantuan guaman yang sewajarnya walaupun saya berada dekat dengan mereka, kerana saya tertanya-tanya adakah ia berlaku selepas saya bertindak agresif melawan polis yang buta undang-undang itu?

Tapi, siapa yang mampu menahan sabar dengan manusia yang begitu?

(syukurlah adik aku yang kerja polis dah berhenti bersara pilihan.kini tak ada lagi keluarga aku yang kerja polis.kerja yang terpuji dan dalam banyak keadaan menjadi kerja terkutuk